Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 Disember 2017

Mahathir, Wan Azizah Calon PM & TPM Jika Harapan Menang PRU 14.

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohamed dilaporkan dicalonkan sebagai Perdana Menteri pilihan HARAPAN andai gabungan itu berjaya memenangi pilihanraya umum ke 14 kelak.
Selain itu, HARAPAN turut meletakkan Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri pilihan bagi Pakatan Pembangkang.
Kedua-duanya dilaporkan disenaraipendek selepas perbincangan dilakukan dan kini hanya menunggu 'restu' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama 5 tahun selepas didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu pejabatnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2014. 
Perkara itu disahkan oleh anggota Biro Politik PKR, iaitu Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani. Menurut pemimpin itu, cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu, lapor portal Malaysiakini hari ini.
Laporan itu menyebut, Johari dipetik sebagai berkata tindakan mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat memandangkan beliau adalah ketua umum bagi HARAPAN.
"Anwar ketua umum. Anwar (kata) OK, kita OK," katanya ketika dihubungi wakil media tersebut.
Johari turut dilaporkan berkata langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat sebagai menghormati bekas timbalan perdana menteri itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...