Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Disember 2017

Fitnah Musuh Yang Sakit Hati Tidak Menjadi, Keahlian PAS 2017 Pecah Rekod Kata Nasrudin.

Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin Tantawi menolak tanggapan pihak tertentu yang beranggapan PAS kini tidak lagi menjadi pilihan orang ramai.


Ini berikutan katanya, keahlian PAS untuk tahun 2017 telah mencipta satu rekod baru dengan mencatatkan keahlian baru tertinggi bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini.


"Biarpun diserang oleh pelbagai pihak termasuk cybertrooper yang menggunakan ribuan fake account di alam siber, ternyata tidak menjejaskan reputasi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpencak di pentas politik tanah air.

Fitnah musuh dan tohmahan mereka yang sakit hati dengan PAS saban ketika tidak menjadi kudis gatal kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Nasruddin, bilangan yang baru berdaftar untuk menjadi ahli PAS ialah;
i)   Tahun 2013: 14,544
ii)  Tahun 2014: 19,764
iii) Tahun 2015: 41,431
iv) Tahun 2016: 23,559
v)  Tahun 2017: 41,813
Menurut Nasrudin, tanggapan yang seringkali dimomokkan kononnya PAS terpinggir adalah perkara yang tidak benar. Sebaliknya PAS akan terus memimpin untuk kebangkitan umat Islam dan melakukan perubahan.

"Keahlian PAS pada tahun ini mengatasi rekod keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Menjadikan jumlah keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun terakhir ini ialah 141,111 ahli baharu.
Justeru, ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar. Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. Insya Allah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...