Beberapa gambar pembangkang diedit, disuperimpose dan ditroll bagi tujuan menyindir Pakatan Harapan.
Bagaimanapun Pakatan Harapan setakat ini tidak mengambilkisah dengan pameran yang diadakan oleh UMNO itu.
Dalam pada itu, Zunar yang juga kartunis terkenal berfahaman pembangkang mempersoalkan sikap dwi standard yang diamalkan oleh pihak tertentu ke atas dirinya dan Fahmi Reza.
“Mesej saya kepada UMNO. Teruskan, buat seberapa banyak pameran kartun yang kamu mahu.
“Tetapi di sini saya ada persoalan, mengapa bila saya melakukan pameran serupa dengan subjek berbeza di Pulau Pinang, UMNO datang dan menyerang saya?
“Betul-betul tak ada maruah dan tak ada malu,” katanya seperti yang tersiar di Roketkini.
Zunar turut meluahkan kekecewaan apabila karyanya dijadikan subjek dan motif untuk mendakwanya di dalam Akta Hasutan dan Multimedia.
“Bila saya dan Fahmi Reza buat pameran, kamu (polis) datang tangkap kami mengikut akta hasutan dan multimedia. Tetapi membisu bila UMNO yang buat.
“Saya bukan minta supaya polis menahan kartunis UMNO. Tetapi mengapa ada sikap dwi-standard dalam keadaan ini?” soalnya.
Untuk rekod, pada November lepas, pameran solo karya Zunar di Komtar, Pulau Pinang diserang sekumpulan samseng UMNO.
Dalam serangan tersebut, dua karya telah dirosakkan oleh samseng terbabit sehingga memaksa Zunar meminta bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keadaan.
Selain Pameran Anti-DAP, UMNO turut melancarkan skuad SPAM dan berikrar mahu membendung amalan fitnah terhadap kerajaan di media sosial.
Bagaimanapun apa yang menjadi tanda-tanya ialah bagaimana UMNO boleh menguruskan post-post fitnah pro Najib yang turut tersebar di laman sosial. Setakat ini hanya pro pembangkang sahaja yang dikenakan tindakan jika dilapor polis atas post troll, berbaur fitnah dan menyebarkan berita tidak benar.
Pro Najib tidak disentuh langsung meskipun terbukti melakukan fitnah dan gambar superimpose dengan niat memalukan dan mengaibkan pemimpin Pakatan Harapan di sosial media.