Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Disember 2017

Gambar-Gambar Demo Bantah Trump Iktiraf Jerusalem Ibu Negara Israel - Pakatan Harapan, PAS, UMNO Bergabung Bantah Kezaliman.

Hari ini buat pertama kalinya dalam sejarah Pakatan Harapan, PAS, dan UMNO duduk sepentas dan berdemo di lokasi yang sama bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan Presiden Amerika, Donald (duck) Trump yang mengiktirafkan dan mengumumkan Jerusalem sebagai ibu negara baru bagi Israel mengantikan Tel Aviv.

Turut dilaporkan Amerika juga akan memindahkan pejabat kedutaannya daripada Tel Aviv ke Jerusalem bagi menunjukkan kesediaan Amerika menyokong tindakan Israel itu.

Untuk rekod, Jerusalem ialah nama yang digunakan oleh Israel manakala bagi umat Islam, mereka menggunakan nama Baitulmaqdis dan kedua-dua nama ini merujuk kepada satu tempat yang sama.

Bantahan tersebut yang berlangsung selepas solat jumaat menghimpunkan umat Islam dari pelbagai NGO dan idelogi politik bagi menyatakan solidariti terhadap Palestine.

Antara NGO yang turut berada di lokasi bantahan ialah Aqsa Syarif, Perkasa dan PPIM. 

Pakatan Harapan, Pemuda UMNO dan Pemuda PAS serta beberapa NGO yang lain dilaporkan menghantar memorandum bantahan secara berbeza kepada wakil  kedutaan Amerika.

Mereka juga membuat protes dan mengutuk tindakan Amerika yang disifatkan memburukkan lagi situasi tegang di antara Israel dan Palestine. 

Ceramah dan laungan anti Israel silih berganti dan poster yang tertera wajah Donald Trump dikoyak, dibakar dan dipijak oleh peserta perhimpunan.

Berikut adalah gambar-gambar demo bantahan ke atas US yang mengiktirafkan tindakan Israel.














"Baitulmaqdis/Jerusalem/Al-Quds adalah antara kota tertua di dunia. Terdapat 3 pertembungan agama disini iaitu Islam-Kristian-Yahudi. 

Bagi umat Islam, Baitulmaqdis merupakan kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Disini terdapat Kubah as-Sakhrah dimana berlaku peristiwa Israk Mikraj (Nabi Muhammad) yang membawa kepada solat 5 waktu dan terletaknya Masjid Aqsa, kiblat pertama umat Islam. 

Bagi penganut Kristian, tempat suci mereka adalah Church of the Holy Sepulcre. Di gereja ini mereka percaya bahawa Yesus(Nabi Isa) telah disalib dan kemudiannya dikebumikan. 

Bagi pengikut Yahudi, tempat suci mereka di panggil Western Wall (wailling wall). Merupakan tembok yang dibina oleh Raja Salomon (Nabi Sulaiman), putera Nabi Daud. Mereka akan berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka. 

Selain itu, disini juga terdapat Haikal Sulaiman yang berkait rapat dengan Masjid Aqsa yang membawa kepada sebab utama penjajahan Israel ke atas Palestin. 

Oleh kerana sejarahnya yang panjang serta peperangan negara Arab-Israel pada 1967, Baitulmaqdis diletakkan di bawah pemantauan antarabangsa. Namun kelmarin, Presiden Amerika Donald Trump dalam ucapan telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menggantikan Tel Aviv telah meledakkan api kemarahan umat Islam. 

Jelas sekali, Trump tidak menghormati status quo tanah yang dianggap suci bagi kami umat Islam. Ramai pemimpin utama dunia sudah mengkritik tindakan Trump itu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Maka itu, saya dan rakan-rakan berhimpun mengadakan protes di hadapan Kedutaan Amerika. Sesungguhnya saya anti-Trump mulai saat dan detik ini. Celaka!," kata Kerry Porter.

Di Malaysia 



Di Palestine

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...