Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 Disember 2017

Kes Rasuah Pasir, Komplot Untuk Jatuhkan Saya Dan PH Di Selangor Kata Azmin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu mengheret anak saudaranya dengan kes rasuah pasir adalah satu komplot untuk menjatuhkan dirinya dan juga kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) Selangor lapor Sinar Harian hari ini.


Menurutnya, ia merupakan satu serangan peribadi terhadap dirinya dan keluarga.

"Saya yakin ia satu tindakan yang dirancang pihak lawan untuk menjatuhkan Selangor sehingga menyerang saya dan menjejaskan kedudukan saya serta keluarga.

"Meskipun begitu, saya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang serangan, saya akan tetap berdiri teguh sebagai menteri besar demi bekerja dan membantu rakyat Selangor," katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan penahanan seorang anak saudaranya dalam skandal pasir.
Terdahulu, Mahkamah Majistret membenarkan reman tujuh hari terhadap anak saudara Mohamed Azmin dan tiga individu lain atas tuduhan rasuah melibatkan projek perlombongan pasir.
 
Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan SPRM menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini.

Pada masa sama, Adun Bukit Antarabangsa itu turut melabelkan pihak tersebut mungkin cemburu selepas melihat Selangor semakin maju dan berjaya di bawah pentadbiran kerajaan Harapan.

"Saya percaya serangan itu dilakukan oleh 'cybertrooper' Umno yang sengaja mencari isu menjelangnya PRU14 dan Persidangan Agung Umno yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak kisah siapa ahli keluarga saya yang mereka mahu tahan dan siasat, namun saya kesal kerana maklumat itu sudah didedahkan lebih awal kepada umum sebelum beliau ditahan.

"Dua hari sebelum anak saudara saya ditahan, berita itu sudah didedahkan dalam blog-blog kepunyaan Umno, semua orang tahu blog berkenaan namun saya tidak perlu mendedahkan namanya," katanya.

Katanya lagi, pihaknya kesal dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa telah membocorkan perkara itu kepada umum sebelum penahanan dibuat dan mempersoalkan integriti jabatan berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...