Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 Jun 2014

Mangsa Terbaru Kementerian Pendidikan - Profesor UM Diarah Letak Jawatan Kerana Bersikap Jujur !!!!!



Apa punya BABIK la politik kat Malaysia neh. Campurtangan di mana2. SPRM. PDRM, MAHKAMAH, PILIHANRAYA, UNIVERSITI, PEKERJAAN, KERAJAAN, semua mangkok2 ayun politik neh cuba kawal.

Mula la rasa nak mencarut tak pasal2.

SUWEI.

Yang lebih suwei ialah bila ko ditindas hanya kerana menjadi jujur. Pelik beb negara neh. Pelik.

Jadi penipu = tak dikenakan sebarang tindakan.

Jadi jujur = macam2 tekanan datang dekat ko.

Apa ke s*al punya acuan yang pemimpin2 negara kita sedang bentuk hah?

Terkini. Salah seorang prof UM tidak disambungkan perkhidmatannya (bahasa manis untuk suruh ko BERAMBOS jauh2) sebagai DEKAN di FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL.

Dah nama pun SAINS SOSIAL. Memang la kajian2 UMcedel akan melibatkan kajian2 berupa politik. Dah namanya pun KAJIAN. Sudah tentula KAJIAN merujuk kepada APA YANG DISAMPAIKAN OLEH KELOMPOK YANG TERLIBAT DALAM PROSES TINJAUAN.

Haiyaaa..

Pemimpin negara betul2 sudah hilang akal.

Baca ;

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat  (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) -TMI-

Dan ini pula tindakan dari bekas timbalan menteri di pengajian tinggi suatu ketika dulu. In solidarity dengan apa yang berlaku terhadap Redhuan. Saifuddin tidak dilantik semula sebagai menteri apabila komen2 dia lebih banyak menyakitkan ahti geng2 BN.

Itula pemimpin2 BN kalau korang nak tahu. Dengan depa mana boleh bercakap jujur. Nak kena bodek. Menipu. Menjilat. Membohong. Baru dorang suka.

KAH KAH KAH

Ahad, 29 Jun 2014

Nasruddin Tantawi Minta Hentikan Serangan Ke Atasnya Sempena Bulan Ramadhan..



3 jam yang lepas. Yakni, sebelum tue ada pihak2 yang tertentu telah melakukan sesuatu serangan keatasnya. Itu sebab dia keluarkan kenyataan begini ;

Sesungguhnya Saya Berpuasa !
Hari ini hari pertama puasa. Dah dekat nak berbuka pun. cukup - cukuplah serang saya. Apa yang anda dapat dengan menyerang saya tanpa henti ? Sementelah saya tidak pernah menyerang anda atau juga sesiapa. Malah tidak pernah membalas serangan anda.
Saya tiada apa - apa masaalah dengan serangan, belasahan, maki hamun dan kritikan menggila itu. Saya masih mampu senyum dan gembira malah menikmati segala maki hamun tersebut.
Paling tidak pun, jika terlalu kuat sangat serangan dilancarkan ke atas saya, saya sekadar mampu membentang sejadah lalu solat dan munajat mengadu hal kepada Allah swt Tuhan saya yang Maha Mendengar lagi Maha Perkasa.
Selebihnya saya doakan sebagaimana Nabi saya Muhammad saw mengajar saya supaya turut berdoa : "Ya Allah ! berilah petunjuk kepada mereka sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Cukup - cukuplah Bro ! sekurang - kurangnya rehatlah daripada terus menyerang, memfitnah dan membelasah saya di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya saya sedang berpuasa dan saya percaya anda juga sedang berpuasa !

Hari neh, semalam dan kelmarin.

Aku memang kurang di media sosial. Busy beb.

Tapi hari neh, semalam dan kelmarin, aku tak nampak pula ada pihak2 yang serang dia.

Kalau troll terbaru yang aku tahu babitkan Dyana Sofea. Dia ada upload satu gambar dia yang kembangkan gown macam ala2 menari. So gambar tue la kena troll. Bersama2 gambar Najib.

Lihat ;







Jadi aku tertany2, siapa pula yang serang Nasruddin sekarang neh? Memang haram aku nampak. Apatah lagi tahu. Ketinggalan ke apa aku neh? Pasal geng2 yang serang Nasruddin tak lain tak bukan. Geng2 yang dikenali oleh aku juga.

KAH KAH KAH

Kbai.

Khalid Bernafsu Besar Kerana Enggan Letak Jawatan Sebagai MB.

Cuba baca artikel kat bawah neh. Ditulis oleh laman rasmi yang kononnya mewakili suara reformasi.

Bacalah..

Sebelum ini Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai politician yang "rohok" untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan kerusi perdana menteri. Seakan habis ikhtiar dilakukan oleh mereka yang tidak sebulu dengannya berusaha agar beliau meninggalkan Putrajaya, tetapi tidak berhasil. Mahathir tetap juga bekeras dan kekal dengan jawatannya sehinggalah takdir yang tak dapat ditadbirkan berlaku.

Mahathir menggunakan apa sahaja helah dan makenisme untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaanya. Setiap seteru politiknya atau orang yang ditakuti akan mencabarnya juga diambil tindakan. Satu demi satu dikehel dan dilempar jauh tanpa mengira untung dan rugi kepada perjuangan bangsa.

Beliau juga beliau tidak segan silu menggunakan agensi dan aparat kerajaan bagi mempertahakan dirinya. Paling busuk ialah apabila Mahathir menggunakan mahkamah bagi menyelamatkan dirinya di samping berselindung disebalik sokongan rakyat yang didakwa bersamanya. Mahathir sanggup melakukan sesuatu yang orang lain tidak sanggup dan terfikir melakukannya. Dia berani.

Apa yang dilakukan Mahathir itu adalah antara sifat dan rona buruk orang politik. Mahathir telah meletakkan brand atau memberi ilmu kepada orang politik dan sekaligus menganjurkan agar jangan mudah menurut desakan. Jawatan hendaklah dipertahankan dengan apa cara sekali pun, sama ada ia bermoral atau tidak. Kehendak nafsu perlu dipenuhi terlebih dahulu. Jangan peduli soal caci maki dan maruah diri, yang penting kuasa dapat ditegakkan empayar boleh diperlebarkan gelodak nafsu dapat dilayan.

Bagi Mahathir nama perlu dicatat bukan saja kerana menjulang kemuliaan, kejahatan juga dianggap sebagai satu sejarah.

Perangai Mahathir itu nampaknya kini sudah berjangkit kepada Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor. Khalid sudah menurun Mahathir. Dan Mahathir sudah ada anak murid dalam darjah politik animalnya. Hari ini Khalid membuat kenyataan terbuka yang dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor walaupun dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Keadilan.

Kenyataan Khalid itu memberi gambaran sebenar siapa dia Khalid Ibrahim. Khalid sebenarnya seorang bernafsu besar dan tidak tahu menghormati suara demokrasi serta membaca singal-singal kebencian kepadanya. Dia sudah kehilangan radar untuk mengesan segala masalah itu.

Samalah dengan Mahathir walaupun sudah kalah dalam pertandingan merebutan jawatan presiden tahun 1987 ditangan Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi dia tetap mengatakan dia menang. Kekalahan itu dinafikan dengan teknikal yang cukup melucukan. Mahathir menerusi instrumen dan kuasa yang ada kepadanya telah menggunakan proses pengiraan undi sebagai bahtera penyelamatnya.

Khalid juga seorang yang tidak ada air muka dan tidak akan peduli kepada mesej-mesej politik. Soal moral dan integriti bukan menjadi hitungan lagi. Apa yang penting dia tegak dengan kuasa dan masih boleh menerima sorakan dan pujaan orang ramai.

Beliau bukan bodoh sebenarnya untuk memahami signal politik, tetapi sengaja mendiamkan diri bagaikan tenggiling untuk menyelamatkan diri. Apa beliau tidak tahu senario yang berlaku dalam Keadilan hari ini, termasuk keriuhan dalam pemilihan, perbalahan dan sebagainya kerana kedegilan beliau untuk memahami mesej politik.

Kelembaban akal politiknya menterjemahkan kebencian orang kepadanya menimbulkan masalah kepada Keadilan. Masalah Keadilan kini memuasat kepada Khalid. Tanpa disedari Khalid sudah menjadi duri dalam daging kepada Keadilan dan buaya tembaga dalam kolam parti berlambang mata itu.

Tidak kena gaya Khalid akan mencatat sejarah parah buat dirinya dan Keadilan. Sekiranya dia terus beperangai persis Mahathir masih mahu menjadi MB Selangor walaupun didesak dan diasak oleh parti, tidak mustahil dirinya akan dikenang sebagai watak-watak Mandalir atau Patih Kerma Wijaya dalam sejarah lampau, dimana orang yang meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat dan negeri.

Khalid kata dia jadi MB kerana hendak perbaiki sesuatu agar jadi baik? Janganlah beliau berhelah, ulah dan sikapnya di Selangor kini sudah merosakkan keharmonian Keadilan dan juga Pakatan Rakyat. Khalid bukan lagi protogonis tetapi antoginis. Firasat saya Khalid akhirnya akan berpaling tadah dan bakal menganugerahkan sebuah kekalahan buat Keadilan khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. [wm.kl.10:06 am 28/06/14]

Rujukan :  http://wrlr.blogspot.com/2014/06/khalid-ikut-mahathir-nak-kekeal-kuasa.html

Persoalannya.

Kenapa laman2 blog pro PKR semakin galak menyerang Khalid Ibrahim?

Apakah sedang berlaku agenda KHALIDMOVE ketika ini?

Jeng jeng jeng..

Isu Sebar Gambar Bas Sultan Johor - MAZA Kata Kena Fitnah.

Aku keliru.

Aku rasa aku memang ada nampak MAZA sebar gambar BAS di twitter. Tapi boleh jadi ianya diretweet oleh rakan2 twitter yang lain. Mungkin dorang retweet account twitter yang palsu. Nampaknya lepas neh kena ahti2 la. Kalau nampak je twitter MAZA tersebar cepat2 pergi check untuk pastikan betul atau tidak dia yang tweet. Ke account palsu yang menyamar untuk kenakan dia.

Isu berkaitan bas yang dipandu dan digunakan oleh Sultan Johor dalam siri KSJ = Kembara Sultan Johor 2014.

Lihat gambar berkenaan.




Penjelasan MAZA ;

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain. -SH-

Gambar2 bas yang digunakan oleh Sultan Johor untuk sesi kembara 2014 boleh lihat kat sini. Gambar2 sebenar. Siap ada mini bar lagi tue. Memang mewah gila2.

HEHEHE..

Kbai. 

Rakaman CCTV - Menari Macam Orang Gila Lepas Letak Kepala Lembu Depan Rumah Rayer.

Hari neh kecoh bab citer lembu. Ape halnya?

1. Kepala lembu ditemui di depan pintu pagar depan rumah Rayer.

2. Sapa Rayer? Alah adun PR dari DUN PENANG yang cakap UMNO celaka dalam persidangan DUN hari tue la.

3. Rayer cakap CELAKA pun bukan tuju kat UMNO secara generalnya.

4. Dia tujukan pada pemimpin2 UMNO yang menyertai satu demo perkauman yang memprovokasi DAP dengan mengungkit peristiwa 13 Mei dan menyalahkan DAP di atas berlakunya peristiwa 13 Mei. Sudahla salahkan DAP, lepas tue dok ugut2 DAP pula bahawa mao lagi ka 13 Mei? Apa neh? Tak konsisten langsung. Kalau dah DAP yang salah dalam isu 13 Mei maka DAP la yang patut berkata, hoi UMNO, lue mao lagi ka insiden 13 Mei.

Betul tak?

5. Then si Rayer neh pun kena kutuk, kena siasat dan sekarang menghadapi pertuduhan apa bagai.

6. Rayer tak silap aku berjaya dalam rayuannya untuk mengenepikan pertuduhan ke atasnya.

7. Dan tah macam mana, tetiba hari neh kecoh ada orang letak kepala lembu depan rumah si Rayer.

8. Dalam rakaman CCTV kat bawah korang boleh tengok perbuatan tersebut berjaya dirakamkan melalui kamera.

9. Ini adalah aksi yang terancang.

10. Suspect bukan tidak menyedari. Suspect memang menyedari aksinya dirakam.

11. Selepas letak bungkusan kepala lembu, dia dah naik dah motor tue untuk gerak.

12. Tapi lepas dia toleh belakang, tetiba dia menari betul2 depan CCTV tue.

13. Cuba fikir kenapa?

14. Jawapannya dia tahu depan tue memang ada CCTV.

15. Dah la no plat dia tak jelas dirakam oleh CCTV.

16. Dah la pakai serba hitam dengan topi kaledar tertutup bagai lagi.

17. Kasut pun hitam juga.

18. Lepas menari dia blah.

19. Nampak sangat memang saja nak menari depan CCTV.

20. Tatau sapa punya kerja tapi yang pasti depa memang dah planning.

Yang aku nak tahu. SIAPA dan KENAPA.

Sapa punya provokasi ah?

Tah. Lue fikirlah sendiri..

Lihat video ;

Sabtu, 28 Jun 2014

Khalid Tidak Akan Meletak Jawatan MB Walau Didesak.

Enggan letak jawatan biarpun ada pihak2 yang menekan TSKI berambos dari kerusi MB samada secara terang-terangan ataupun berkias bagai. 

Baca ;


Dan Anwar plak bagi statement agar mana2 pihak jangan sebarangan bercakap isu jawatan MB. Kena ber ahti2. Agaknya boleh mengulas isu berkenaan tetapi jangan sebarangan kot. Dan kalau tujuannya mengulas untuk mendesak TSKI berundur pun tak guna juga. Kenapa tidak bincang all out dalam mesyuarat parti supaya krisis dalaman boleh diselesaikan? Sampai bila asyik nak salahkan BN dalam isu perebutan jawatan MB? Sampai buat kajangmove bagai. Beria2 kelentong penyokong2 setia korang. Sampai bila? Disebabkan kajangmove penyokong PR jadi berpuak2 tau.

- Yang sampai mati setia demi PR

- Yang sakit ahti dipermainkan

- Yang menyampah sebab kena kelentong maka beria2 ulas untuk orang faham permainan PKR disitu. Tapi yang setia sampai mati tak boleh terima. Maka dari kawan jadi lawan. Walaupun Wan Azizah menang ia juga bukan perkara yang membanggakan kerana agenda kajangmove temui kegagalan.

Aku tak faham la. Kenapa 3 billion punya cerita sampai huru hara perjuangan PR di Selangor.

Khalid tak patut simpan rizab Selangor sampai 3b. Duit punya pasal kawan jadi lawan.

Baca ;


Khalid Ibrahim sekarang neh tengah ditekan oleh geng2 PKR dan DAP dalam beberapa isu berkaitan pentadbiran negeri Selangor. Yang terbaru isu KIDEX. Atas mata rakyat isu KIDEX disuarakan kerana mahu membela rakyat. Tapi ini mungkin berbeza dari prinsip wakil rakyat PR yang membalon TSKI dalam isu KIDEX. Pada mereka, KIDEX satu lagi isu yang boleh mencemarkan kredibliti TSKI di mata rakyat Selangor.

Pada aku.

1. Ianya memang betul TSKI perlu dikritik dalam beberapa perkara berkaitan pentadbiran negeri lebih2 lagi yang melibatkan masalah rakyat.

2. Namun kritikan yang beralasan perjuangan peribadi aku tak setuju.

3. Ianya memang betul TSKI tak berapa nak perform sebagai MP dan adun di kawasan yang dia menangi tahun lepas (2013).

4. Tapi ianya juga betul berlaku beberapa perkara berupa sabotaj untuk melemahkan gerak kerja TSKI di kawasan yang dia menangi.




Dalam erti kata lain, walaupun TSKI juga melakukan beberapa keputusan yang kurang memuaskan tetapi kesalahan tersebut diselitkan dengan elemen fitnah dan sabotaj. So, rakyat Selangor takan terima perkara2 macam tu. Jika Khalid terbukti gagal perform sebagai MB, tak payah geng2 PKR bantai dia, rakyat Selangor sendiri yang akan bersuara untuk pecat Khalid.


Penyokong2 PR pun dah rasa semak dengan isu pertikaian jawatan MB Selangor. Dari sebelum PRU. Selepas PRU. Setahun dah berlalu pun masih bercakaran isu MB Selangor. Persoalan sampai bila? Tak malu ke bagi modal kat UMNO?

Lue fikir la sendiri ek.

Kbai

Jumaat, 27 Jun 2014

Adun PKR Cadang Khalid Ibrahim Letak Jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.
“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.
“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.
“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.
“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.
Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam sekali gus gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan semula parti itu Sabtu lalu.
Manickavasagam memperoleh majoriti sebanyak 186 undi selepas mendapat 701 undi berbanding Khalid yang memperoleh 515 undi. -FMT-



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kajang move sudah gagal.
PKNS move pun sudah gagal.
Maka tindakan terakhir, Khalid Ibrahim MOVE.. move move move dari jawatan menteri besar di Selangor..

KAH KAH KAH

Maka bergaduh-gaduh la mereka angkara KERUSI menteri besar..

Macam best jer drama dorang.. boleh UMNO buat lauk.

KAH KAH KAH

Kbai.

Denda 10,000 Kerana Miliki VCD Lucah - Yang Sebar Bila Nak Dakwa Pula?


Tadi baca satu kes.

Lihat ;

Seorang lelaki hari ini didenda RM10,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah memiliki 43 keping video cakera padat (VCD) lucah.

Wilson Cheong Wee Son, 28, turut dituduh memiliki 152 keping VCD berbahasa Inggeris serta 70 keping VCD berbahasa Cina yang tidak mempunyai sijil “B”.


Bagi tuduhan memiliki 43 keping VCD lucah berbahasa Cina, majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Cheong membayar denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda, dia dihukum penjara lima bulan.

Majistret Zuraini turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM5,000 terhadap Cheong selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kedua kerana memiliki VCD tanpa sijil kelulusan Badan Penapisan Filem. 
Cheong yang kini bekerja sebagai penjual jam tangan, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di hadapan flat Cheras Ria, Jalan Ketumbar Height, Cheras, Kuala Lumpur, pada 21 Mei, 2008, jam 8.30 malam.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Haderiah Siri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama.

oOOO

Tak boleh memiliki VCD lucah ek. Salah ek. Boleh didakwa ek.

Baikla.

Aku rasa individu di atas tak pernah pula pergi promosikan kat blog2 dia ada VCD lucah. Betul tak?

Aku tak juga rasa dia pernah siarkan klip2 lucah kat laman youtube ataupun blog.

Ye tak?

Dia memiliki VCD lucah yang dijumpai ketika dia meniaga di pasar. Baca berita di atas. Sekarang neh aku nak tanya.

Kenapa yang sebarkan VCD lucah kat laman2 sosial tak kena dakwa?
Kenapa yang sebarkan VCD lucah time kempen2 politik tak kena dakwa?
Kenapa yang pasang skrin giant dok siar klip2 lucah tak kena dakwa?
Kenapa yang pos VCD lucah ke rumah2 orang tak kena dakwa?

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Apa sudah jadi dengan Papa Gomo? Eskay? Trio 3 badut? Mana pendakwaan ke atas mereka? Mana kes? Mana perbicaraan?

MANAAAAAAAAAAA?

Kenapa sesetengah orang dilarang untuk menjual dan memiliki VCD lucah tetapi sesetengah orang pula bebas memiliki, menyebarkan dan berkempen2 pasal kelucahan pula?

Kerajaan mana yang bangang sangat neh hah? Takan POLIS tak boleh nak siasat sampai sekarang kot. Tak buka2 kes pun. Senyap je. Semua dah jadi babik ke apa.

KAH KAH KAH

Blackout Di Pengiraan Undi Pemilihan PKR Yang Menyaksikan Khalid Ibrahim Kalah.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Blackout di mana-mana. Kebetulan yang luar biasa. Blackout juga di pemilihan PKR. Nampaknya taktik blackout ditiru dengan begitu bergaya sekali oleh puak2 tertentu dalam PKR.

Tahniah diucapkan.

KAH KAH KAH

Baca ;

PKR mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media hari ini.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya insiden itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pengiraan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani. -MKINI-

4 dari 6 Disyaki Pengganas Sulu Yang Ditahan Polis Boleh Mengundi - PDRM Perlu Jawab!

Polis kena jawab apa yang sedang hangat tersebar sekarang neh. Aku rasa ramai juga orang nak tahu kenapa pengganas2 neh boleh mengundi? Boleh mengundi maksudnya ada IC. Ada IC maksudnya warganegara. 

Lihat yang tersebar di laman maya ;
 


Sejujurnya aku tatau dari mana dia dapat akses pangkalan data mengenai no IC yang dimiliki oleh pengganas2 Sulu tersebut. Mungkin disebarkan oleh POLIS. Aku tatau.

Dan lihat ;




Jap.

1. Polis baru2 ini telah menangkap sekumpulan individu yang disyaki pengganas.

2. Salah seorang darinya dilaporkan berkhidmat sebagai pegawai polis. Nama dia Zainuddin Mislani. Lihat gambar.

3. Dalam polis pun ada pengganas? Mak ai. Rujuk sini.

4. Kalau korang klik link rujukan di no (3) korang akan nampak ada nama2 individu yang ditahan.

5. Dalam ayat tersebut ada dinyatakan seseorang bernama Kassim Ibrahim disyaki sebagai pendatang tanpa izin.

6. Dan yang turut sama ditahan ialah anak kepada pegawai polis tersebut.

7. Nama wanita dalam gambar di atas merujuk kepada isteri, Kassim.

8. Yang mahu diketahui oleh rakyat ialah, adakah mereka2 ini memang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan pengganas?

9. Ataupun mereka ialah warga asing yang mendapat IC dengan cara yang salah?

10. Jika mereka memang rakyat Malaysia atas sebab apa mereka terlibat dengan kumpulan pengganas yang mahu menawan Sabah?

11. Jika mereka ialah warga asing yang mendapatkan IC dengan cara yang HARAM, macam mana salah seorang dari mereka boleh terlepas proses screening yang ketat sehingga terpilih menjadi pegawai polis?

Yang neh POLIS kena dedah. Jangan bagi masyarakat buat speculate. Orang awam khususnya rakyat SABAH perlu tahu apa yang sedang berlaku.

KESELAMATAN sentiasa menjadi isu utama bagi penduduk2 di Sabah. PATI sentiasa menjadi MASALAH mereka sejak zaman berzaman.

Sampai satu tahap mereka sendiri hidup diburu rasa takut apabila PATI terlalu ramai. Bahkan yang menyamar jadi warga Malaysia pun ramai. Masih ingat kes rompakan bersenjata di Ambank yang mengorbankan salah seorang staff Ambank yang kecoh tahun lepas? Hah..nampak tak bagaimana longgarnya tahap keselamatan kita sehinggakan sesiapa pun boleh memiliki IC palsu dan membolosi undang2 negara.

Jadi, POLIS perlu jawab la.

Apsal ada anggota polis sendiri terlibat dengan kumpulan pengganas. Jika pengganas pun menyamar jadi polis, apalagi nak diharapkan pada tahap keselamatan negara kita, betul?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai. 

Gara-gara Masuk DAP, Wanita Cantik Kena Serang.

2 hari yang lepas ada seseorang masuk DAP. Nak tahu sapa?

Tengok ;



Owh. Rara rupanya masuk DAP.

Rara neh start terkenal sebab ;



Gadis BERSIH. Bukan setakat gadis BERSIH aje, kulit dia pun memang BERSIH. Senang cakap orangnya cun melecun la katakan.

Sebenarnya. Sebelum2 ini pun ada je wanita melayu samada bertudung ataupun tidak bertudung menyertai DAP. Cuma mereka tak dikenali sangat.

Dalam kes Rara, oleh kerana dia agak terkenal maka tak pasal2 tindakan dia menyertai DAP mendapat kritikan dan penghinaan dari geng2 UMNO.

Contoh poster yang dibuat untuk jatuhkan maruah seorang wanita ;


Ewah ewahh.. sedapnya buat poster pakar urut batin siap sebarkan no telefon orang lain. Mak bapak ko tak ajar ke nak hormat orang?


Sentap juga aku baca bila dia label RARA bohsia perasan cun.

Aku rasa dia neh tak pernah jumpa RARA kot. Bila ko jumpa RARA nanti bukan ko akan cakap dia perasan cun. Sebaliknya ko akan perasan dia memang cun. 

Lagi satu. Dia bukan BOHSIA la, bodoh. Sedap2 aje buat tuduhan rambang.


Ini lagi sorang.

Masuk DAP = maksudnya kena serah diri ke?

Aku rasa dorang2 neh tak faham maksud MENYERTAI PARTI POLITIK kot. Jangan samakan apa yang BERLAKU dalam UMNO berlaku pada parti2 lain juga. Kan dulu kecoh kisah UMNO menghidangkan PUTERI UMNO sebagai HABUAN SEKS dalam pemilihan parti. Betul?

Rujuk sini.

Apa yang berlaku dalam PARTI UMNO tak berlaku dalam DAP. So jari jemari tue kasi cantik sikit dalam menaip la. Sedikit sebanyak kawan2 pasti terasa juga kalau korang dok kutuk2 tindakan RARA dengan cara yang kurang sopan macam si RARA neh dedicate masuk DAP untuk jadi PEREMPUAN SUNDAL pula.

Seseorang berhak masuk mana2 parti politik sekalipun. Selagi mana parti2 politik tersebut diiktirafkan oleh undang2 dan berdaftar dengan ROS. Tindakan RARA yang mahu menyertai DAP adalah pilihan dia sendiri. Suka tak suka ke apa ke kena la hormat. Bukan dia mencuri hak sesiapa. Dia gunapakai hak dia sendiri.

Kalau ko nak masuk UMNO. Apa layak aku kutuk tindakan ko masuk UMNO? Tak layak juga. Lantak ko la. Ko nak masuk parti perosak sekalipun.

MUAHAHAHA.. 

Kesimpulannya. 

Raikan kepelbagaian. Hormati hak individu selagi mana dia tak kacau hak korang.

Simple as that.

Kbai. 

Rujukan posting yang mengutuk Rara disini.

Khamis, 26 Jun 2014

PAS Pecat Ahli Yang Berjihad Ke Syria.

Tak puas ahti aku. Aku baca dorang dok kutuk2 PAS yang pecat ahli PAS yang berjuang ke Syria. Yang dipecat ialah individu bernama Lofti Arrifin.

Rujuk printscreen.


Tadi aku baca ini ;


Lepas tue aku buka sendiri laman portal HD. Aku baca.

Rupa2nya memang betul beb. PAS pecat ahli kerana berjihad ke Syria. Lihat link ==> http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29233-pas-pecat-lotfi-ariffin-11-mei-lalu

Dalam artikel berita berkenaan ;

1. PAS akui telah memecat seorang ahli PAS yang berjihad ke Syria.

2. PAS akui pemecatan tersebut berkaitan rapat dengan pemergian individu tersebut ke Syria.

3. Selepas mendapatkan maklumat sahih barulah PAS membuat keputusan untuk memecat individu tersebut.

4. Pemecatan Lofti Arrifin telah dimaklumkan kepada keluarga terdekat dia.

5. Individu berkenaan tiada kaitan lagi dengan PAS.

6. PAS tidak akan teragak-agak untuk memecat mana2 ahli yang pergi berjihad ke Syria.

Nanti dulu.

Ramai ahli2 PAS bercakap. Pemecatan Lofti Arrifin adalah untuk memastikan PAS tidak dituduh sebagai SARANG PENGGANAS.

WOWWWWW..

Apa bezanya bila KERAJAAN MAHU MENGHUKUM RAKYATNYA yang berjuang di SYRIA?

Menghukum pejuang2 yang BERJIHAD ke SYRIA adalah untuk MEMASTIKAN MALAYSIA TIDAK DITUDUH SEBAGAI RAKYAT PENGGANAS.

MALAYSIA dicop sebagai SARANG PENGGANAS takpe?
PAS tak boleh dicop sebagai SARANG PENGGANAS?

Eh, sapa pula takut kena dengan cop2 label2 bagai neh? Macam poyo jer jawapan tue.

KAH KAH KAH

PAS menghukum dengan cara memecat keahlian.

KERAJAAN menghukum dengan cara pendakwaan.

Jadi PAS = KERAJAAN = sama2 ada sebab yang SERUPA. Bezanya KERAJAAN bagi peluang juga untuk rakyatnya membela diri sebab melalui proses pendakwaan. Bukannya memecat membuta tuli.

So, wajarkah ahli2 PAS meroyan mengutuk kerajaan yang menghukum mereka2 yang berjuang ke SYRIA? Sudah tentula tak wajar.

PASAL PARTI KO PUN SAMA ANTI PENJIHAD2 KE SYRIA.

Aku tak galak. Aku juga tak bantah. Aku tak galakkan peperangan. Bagi aku peperangan tak selesaikan masalah. Jika nak ke Syria. Aku anjurkan bantuan kemanusiaan. Kurangkan kerosakkan dan elemen2 keganasan serta pertumpahan darah. Itu aku punya pandangan.

Namun. Dalam waktu yang sama, aku tetap hormati mereka2 yang mempunyai pandangan yang berbeza. Jika rasa mahu berjihad ya akhi, ya ukhti, silakanla. Hak masing2. Tak pula aku nak musuhi individu2 yang mempunyai prinsip yang berbeza.

Jahat2 UMNO tak pula dia buang terus kewarganegaraan RAKYATnya yang berjihad ke Syria. Patutnya PAS contohi la pendekatan yang sama. Daripada pecat, why not kemukakan surat tunjuk sebab. Tunggu la dia balik. Biarlah dia bercakap bagi pihak dia. Lepas dia dah berhujah baru putuskan hukuman.

Tah pape la PAS neh.

Tah pape.

Kbai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...