Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Jun 2014

Blackout Di Pengiraan Undi Pemilihan PKR Yang Menyaksikan Khalid Ibrahim Kalah.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Blackout di mana-mana. Kebetulan yang luar biasa. Blackout juga di pemilihan PKR. Nampaknya taktik blackout ditiru dengan begitu bergaya sekali oleh puak2 tertentu dalam PKR.

Tahniah diucapkan.

KAH KAH KAH

Baca ;

PKR mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media hari ini.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya insiden itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pengiraan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani. -MKINI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...