Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Jun 2014

4 dari 6 Disyaki Pengganas Sulu Yang Ditahan Polis Boleh Mengundi - PDRM Perlu Jawab!

Polis kena jawab apa yang sedang hangat tersebar sekarang neh. Aku rasa ramai juga orang nak tahu kenapa pengganas2 neh boleh mengundi? Boleh mengundi maksudnya ada IC. Ada IC maksudnya warganegara. 

Lihat yang tersebar di laman maya ;
 


Sejujurnya aku tatau dari mana dia dapat akses pangkalan data mengenai no IC yang dimiliki oleh pengganas2 Sulu tersebut. Mungkin disebarkan oleh POLIS. Aku tatau.

Dan lihat ;




Jap.

1. Polis baru2 ini telah menangkap sekumpulan individu yang disyaki pengganas.

2. Salah seorang darinya dilaporkan berkhidmat sebagai pegawai polis. Nama dia Zainuddin Mislani. Lihat gambar.

3. Dalam polis pun ada pengganas? Mak ai. Rujuk sini.

4. Kalau korang klik link rujukan di no (3) korang akan nampak ada nama2 individu yang ditahan.

5. Dalam ayat tersebut ada dinyatakan seseorang bernama Kassim Ibrahim disyaki sebagai pendatang tanpa izin.

6. Dan yang turut sama ditahan ialah anak kepada pegawai polis tersebut.

7. Nama wanita dalam gambar di atas merujuk kepada isteri, Kassim.

8. Yang mahu diketahui oleh rakyat ialah, adakah mereka2 ini memang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan pengganas?

9. Ataupun mereka ialah warga asing yang mendapat IC dengan cara yang salah?

10. Jika mereka memang rakyat Malaysia atas sebab apa mereka terlibat dengan kumpulan pengganas yang mahu menawan Sabah?

11. Jika mereka ialah warga asing yang mendapatkan IC dengan cara yang HARAM, macam mana salah seorang dari mereka boleh terlepas proses screening yang ketat sehingga terpilih menjadi pegawai polis?

Yang neh POLIS kena dedah. Jangan bagi masyarakat buat speculate. Orang awam khususnya rakyat SABAH perlu tahu apa yang sedang berlaku.

KESELAMATAN sentiasa menjadi isu utama bagi penduduk2 di Sabah. PATI sentiasa menjadi MASALAH mereka sejak zaman berzaman.

Sampai satu tahap mereka sendiri hidup diburu rasa takut apabila PATI terlalu ramai. Bahkan yang menyamar jadi warga Malaysia pun ramai. Masih ingat kes rompakan bersenjata di Ambank yang mengorbankan salah seorang staff Ambank yang kecoh tahun lepas? Hah..nampak tak bagaimana longgarnya tahap keselamatan kita sehinggakan sesiapa pun boleh memiliki IC palsu dan membolosi undang2 negara.

Jadi, POLIS perlu jawab la.

Apsal ada anggota polis sendiri terlibat dengan kumpulan pengganas. Jika pengganas pun menyamar jadi polis, apalagi nak diharapkan pada tahap keselamatan negara kita, betul?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...