Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Jun 2014

Jiran Tahu Ada Remaja OKU Firdaus Menangis Tapi Buat Tatau..


Sudah la. Sudah la. Sudah la nak bersangka baik dengan orang yang memang pemalas nak amek port.

Ini memang artikel nak jadi gaduh. Harap maklum.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aku baca ;

Penduduk rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai, tempat remaja OKU, Muhamad Firdaus Dullah, 15 dikurung mendakwa ada mendengar tangisan mangsa pada waktu malam.

Namun, rata-rata penduduk yang berkata mereka tidak menyangka bahawa ia datangnya dari Muhamad Firdaus.

Antara jiran yang ditemui Astro AWANI memberitahu bahawa mereka hanya mengetahui keadaan Muhamad Firdaus setelah keluar berita mengenainya.

Ada beberapa kanak-kanak yang mengenali Muhamad Firdaus turut mengakui bahawa mereka pernah terlihat mangsa memanggil dan menangis dari tingkap rumah, ketika mereka sedang bermain bola di padang flat berkenaan.


Penting untuk menjadi penyibuk walau apa pun orang akan cakap pasal ko. Kalau ko tak berlatih untuk jadi penyibuk sampai bila2 pun ko akan rasa malu. 

Aku memang dah hilang rasa malu untuk jadi penyibuk. Aku pun dah hilang rasa malu untuk pergi ke tempat UMNO tapi pakai baju BERSIH ataupun BLACKOUT berlandaskan sentimen penyibuk aku tadinya untuk bantu orang.

Aku pun dah hilang rasa malu bila MAKCIK2 UMNO dok cakap aku SOKONG DAP.

Pergi MAMPOS la makcik2 oi (harap makcik2 tue tak baca blog neh kalau tak mampos aku). Aku nak tolong orang aje. Walaupun aku hampir kena belasah angkara sikap penyibuk aku suatu ketika dulu. Kes budak kena dera beb. Gila la. Aku tatau landasan nak berhenti dari bersikap penyibuk.

Tadi aku tengok Awani. Nampaknya jiran2 menyedari kehadiran anak OKU tersebut. Dan jiran2 terhampir nampaknya tak berbuat apa2 atas alasan tatau apa2 padahal tahu cuma buat2 tatau. Sangka buruk dengan sengaja. Mohon terasa.

Aku syak penguatkuasa imegresen membuat pemantauan akibat aduan. Aduan untuk serbu warga asing ialah aduan tipu. Maksudnya ada orang telah menipu penguatkuasa imegresen bahawa kat situ ada rumah yang diduduki oleh warga asing. Ini sebab dorang datang nak serbu. Tapi warga asing tak ditemui. Kes nak ambush warga asing mati terus. Pintu pagar berkunci. Mereka buka pintu pagar tue sebab aduan. Maksudnya rumah tersebut itu la secara spesific telah diadukan kepada pihak penguatkuasa.

Katakan. Orang report rumah ko. Then mesti la penguatkuasa p rumah ko. Kalau orang report rumah aku tapi dia serang rumah ko memang tak logik la kan. So rumah itu secara spesificnya telah diadukan. Dan tahniah la pada pihak yang melakukan aduan.

Aku tatau sapa. Tapi mungkin jiran2 disitu juga yang tatau nak buat macam mana.

Ahh.. apa kata aku buatla citer dongeng untuk selamatkan budak tue. Boleh jadi.

Bila aku dok tengok2 berita Awani kata2 jiran dia pun ada yang mengarut juga. Mula2 kata tatau ada anak OKU. Kata dia terus balik kunci pintu. Lepas tue ada jiran lain cakap kami tahu ada anak OKU tapi tak sangka plak dia dilayan macam tue. Then cakap tak pernah tengok. Last, tengok sekali aje. Lepas tue cakap dulu tak perNah macam tue pula. Haiya.

Poyo.

Nampak sangat pembohongan berlaku disitu.

KAH KAH KAH

Tapi yela. Aku bukan nak salahkan jiran2 apa semua. Salah menyalahkan sampai kiamat pun tak guna der. Masalah tak selesai2 juga. Sekarang baik kita pupuk kesedaran untuk jadi lebih prihatin dan penyibuk terhadap situasi sekeliling. Kita didik dan latih diri kita dulu. Memang susah nak buat perkara2 macam neh. Bukan aku nak tipu. Muka kena tebal la dengan muka2 orang yang rasa ko neh poyo ke apa. Menyemak jek aku tengok. Ko sapa aku nak citer masalah aku kat ko kan. So benda2 macam neh korang kena hadam dan terima.

Bukan sahaja diri kita bahkan kita perlu didik anak kita sekali. Jadi lebih penyibuk. Mari kita menjadi lebih penyibuk. Biarla orang nak cop kita penyibuk 1Malaysia pun takpe. Mari kita menjadi lebih penyibuk di mana2 sahaja dalam apa jua keadaan.

Jangan hanya jadi penyibuk dalam kes gosip rumahtangga artis semata2.

Jadilah masyarakat yang suka sibuk hal orang (yang penting2 sudah la) sehingga kita digelar sebagai masyarakat yang paling busy body dalam hal2 membabitkan kebajikan dan masalah setempat.

Ayuh. Luaskan kuasa penyibuk kita sekarang.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...