Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Julai 2014

Bayar Zakat Drive Thru - Kempen Boikot Bayar Zakat Pada PPZ.


Makin lama makin canggih pula cara depa collect zakat.

Tengok gambar ;



Bayar zakat fitrah drive-thru je sekarang neh. Itula yang paling mudah berdasarkan kepala. Kalau ikut kiraan harta, emas dan pendapatan memang tak boleh buat drive-thru. Tapi kalau nak buat juga kena ada banyak kaunter la sebab nak kira2 dulu.

Hehe.

Btw, pernah tak korang tengok penerima2 zakat drive thru?

PPZ pacak kaunter kat mana2 then tunggu orang susah datang mengadu? Pernah tak? Tatau la kalau ada tapi aku tak pernah tengok. Setahu aku lak kan, pusat zakat neh under setiap negeri2. Ada negeri yang mana itulah pusat kutipan zakat, itula juga pusat yang agih zakat. Ada negeri, pusat kutipan lain, pusat agihan lain. Itu nama dia baitulmal.

Tak kisah la pusat kutipan zakat ke pusat agihan ke sama ke tak sama ke pokoknya gerakan untuk boikot bayar ZAKAT terpakai untuk semua jenis negeri atas alasan orang miskin tidak lagi mudah untuk mendapatkan bantuan dari pusat2 zakat di setiap negeri lagi.

Protokol penerimaan zakat disukarkan dengan karenah biokrasi. Atas alasan untuk mengelakkan orang yang tak sepatutnya terima zakat. Akibatnya dari itu, orang yang sepatutnya dan layak terima zakat pula terkena tempias. Pusat zakat nak pastikan duit zakat disalurkan kepada asnaf2 yang layak. Tapi dalam waktu yang sama protokol yang tidak diperbaharui, cara buat kerja yang old-fashioned, menyebabkan ramai mereka2 yang layak menerima zakat dipinggirkan.

Orang susah juga reti malu dan segan untuk meminta2.

Bukan senang tau nak mengeluarkan suara bagitau orang lain yang kita ada masalah kewangan.

Sapa tak segan? Ko tak segan? Aku segan wei. Aku tengah sengkek neh. Padahal baru awal bulan. Tapi segan la nak mengadu kat orang aku sengkek. Aku berani tulis kat blog aku sengkek pasal aku tahu bukannya aku nak kena bercakap depan2. Habis sini, habis sini aje la. Takan la korang nak kejar aku sampai ke rumah dan tanya oi apsal ko sengkek? Aku baca kat blog tadi ko bagitau ko sengkek. Ce citer ce citer.

Gila kau.

Setiap orang2 yang susah juga rasa segan sebenarnya nak bagitau mereka susah. Dan bila mereka dah kumpulkan kekuatan, kurangkan sedikit rasa malu, menapak pula ke pusat zakat. Niat di ahti nak bagitau yang mereka terdesak. Layak ke mohon zakat. Alih2 kena sound pula. Tulang empat kerat ada. Tapi tak reti pula nak cari rezeki. Tak ke gila babi namanya tue?

Orang susah bukannya nak kira pasal malas kerja aje. Ada je ramai orang susah tapi rajin kerja. Macam aku neh la. Rajin kerja memang rajin. Tapi tak kaya2 juga macam kroni2 BN. Hantu betul.

Buatnya tengah rajin2 kerja tetiba masalah pula mai melanda. Tak pasal2 motor kena curi. Dah nak kena keluar duit simpanan beli motor. Takde motor pula tak boleh nak bergerak. Bila dah habis keluarkan duit tak pasal2 sengkek tengah awal bulan. Tak fikir ke situasi orang macam mana? Bercakap memang mudah. Tapi kadang2 situasi yang setiap orang susah alami tue berbeza dari apa yang kita fikirkan.

Ada orang susah apabila tunggak utama keluarga sakit, meninggal ataupun kemalangan.

Ada orang susah apabila habiskan duit untuk tanggung anak2 yang semakin membesar dengan barang keperluan pendidikan yang semakin mahal ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ada orang susah apabila kena tipu, kecurian, kena samun, kena macam2 musibah yang tak disangka-sangka.

Macam kes roboh gerai peniaga di kawasan Kajang baru2 neh. Tak pasal2 peniaga rugi. Sudahla peniaga kecil. Nak meniaga pun kena meminjam. Alih2 tak dan meniaga terus mai majlis roboh gerai. Tak pasal2 kena tanggung hutang. Meniaga pun tak dapat. Hutang lagi ada. 

So situasi yang berbeza2 ini dialami oleh setiap rakyat tanpa kira waktu dan hari.

Itu pasal mulut lainkali jangan cabul sangat dok mengutuk orang miskin.

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya jangan bayar zakat pada pusat zakat lagi la. Pusat zakat sekarang penat. Kakitangan tak banyak tapi kerja banyak. Kerja banyak yang membuatkan dorang tak boleh nak tinggalkan office yang selesa, mewah dan ber aircond tue.

Maka sebagai seorang rakyat yang memahami akan kerja2 pusat zakat yang menimbun2 bak gunung itula aku fikirkan satu alternatif terbaru bagi memudahkan kerja2 pusat zakat.


Caranya.

1. Semua umat islam berhenti bayar zakat pada semua jenis pusat zakat.

2. Setiap rakyat yang mahu bayar zakat perlu usaha cari orang susah sendiri. 

3. Inila masanya untuk ko datang bertandang ke rumah orang2 susah dan melihat bagaimana mereka hidup dan bandingkan pula dengan kehidupan ko. Boleh la belajar2 bersyukur ikat tepi satu.

4. Bagus juga cadangan sapa tah yang aku baca dulu. Abu Nawas kot. Lantik seorang ketua dan buat punggutan zakat kat kawasan kejiranan masing2. Dan namanya jiran, so jiran2 lebih tahu jiran mana yang susah dan sengkek. Lepas tue agihkan kepada jiran2 yang layak terima zakat tersebut. Yang melawan qazaf tak layak dapat duit zakat ye. Mohon jangan ada jiran2 korang yang terpengaruh pula dengan sikap menteri agama kita. Malu kat orang.

5. So daripada bayar kat orang ketiga baik terus bayar kepada penerima2 zakat yang layak.

6. Jangan takut. Ianya bukan haram dan berdosa pun untuk korang cari sendiri asnaf yang layak dan bayar zakat terus kepada penerima. Setakat kempen bayar zakat pada asnaf dan dibandingkan dengan buka kasino kedua.. tak terbanding rasanya. Hehe..

7. Itu sebab kerajaan tak berani nak buat apa2 bila rakyat semakin lama semakin bernekad untuk TIDAK LAGI BAYAR ZAKAT KEPADA PIHAK KETIGA.

8. PIHAK KETIGA macam PUSAT ZAKAT sekarang neh terlalu banyak karenahnya. Dah penat membaca ada orang susah sana, ada orang susah sini, ada orang merempat sana, ada orang merempat sini, tapi selagi tak masuk paper jangan harap le ada orang nak bantu.. balik2 masyarakat gak salah dan dikatakan tak prihatin macam la ko hidup tak berjiran, ko ingat jiran2 ko nak bagitau kat ko setiap masalah2 yang depa hadapi.. apa ko ingat orang takde rasa malu ka nak sebarkan citer2 peribadi kat satu kampung? Ingat ini citer gosip artis kahwin cerai terberanak terskandal ka yang macam wartawan suka sebar2 tue? Lepas dah sebar slumber badak aje menyalahkan masyarakat.. ini apa yang masyarakat mahu tahu.. pale babik korang la.

Ada orang yang kena marah dengan kakitangan pusat zakat pun ada.. ada yang datang nak minta bantuan tapi kakitangan dok tengok2 semacam pun ada.. so macam2 sebab yang bersatu sehingga membuatkan rakyat makin jelak dan jelik dengan pusat zakat. Ianya bergabung dan akhirnya membentuk satu persepsi. Pusat zakat memang tak guno eh.

9. Tapi tak guno2 pusat zakat lebih tak guno lagi orang yang mengata pusat zakat tak guno tapi bila bayar zakat p bayar kat pusat zakat. Untuk mengelakkan aku dari jadi tak guno, korang yang membaca neh pun jadi tak guno maka sama2 la kita menggunakan akal fikiran kita untuk melatih diri kita cari orang susah sendiri. 

10. Orang susah sebenarnya ada banyak kategori dan berlambak2. Tapi idea bantu jiran2 setempat dulu dan kemudiannya diperluaskan ke kawasan lain, pada aku amatlah bagus. Ada otak juga si Abu Nawas neh. Ingatkan tahu bergaduh kat ATM Maybank jek. Selain dapat merapatkan ukhwah sesama muslim di kawasan setempat ia juga dapat membentuk hubungan yang mesra di antara jiran2 yang semakin lama semakin pupus akibat ditelan zaman facebook dan twitter yang mana orang2 lebih suka berjiran melalui media sosial. Apa yang aku membebel neh setannnnnnn.......

Apa pun yang penting marila kita sama2 jangan bayar zakat pada pihak ketiga lagi dah. Itula point aku. Marila bayar zakat terus kepada orang susah. Ingatla. Kalau korang bersekongkol dengan perompak maka korang juga adalah perompak. Kiasan jek neh.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...