Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Julai 2014

Komplot Jatuhkan Khalid Ibrahim Sebagai MB Selangor - Ini Penafian PAS.


Cakap2 yang mengaitkan PAS untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah fitnah dan spekulasi semata2.
Walaupun kita tengok ada beberapa blogger dah buat kempen untuk jatuhkan Khalid, dan kita tengok beberapa geng2 PKR dah buat kempen untuk jatuhkan Khalid di media sosial seperti twitter dan facebook namun perbincangan mengenai pertukaran MB Selangor tidak membabitkan PAS sama sekali.
Aku taknak side mana2. Aku boring dengan dorang punya pergaduhan dan pertengkaran. Kalau aku pertahankan Khalid atau tidak pertahankan Khalid, kedudukan aku sebagai rakyat tertindas tidak berubah secara  mendadak. Bahkan aku belum lagi nampak apa kebaikan yang aku akan dapat jika aku sokong mana2 pihak sekalipun.
Ye. Perlunya aku sebagai rakyat dan mana2 rakyat memikirkan bahawa jika tiada kebaikan untuk diri kita buat apa kita terhegeh2 sokong orang politik. Yang menang dan berjawatan sudah tentu gajinya. Elaunnya. Yang ko dan aku terpekik2 macam orang bodoh dah kenapa. Betul tak?
So aku belum faham lagi apa kebaikan yang aku akan dapat jika siding dengan mana2 pihak. Cuma apa yang aku nampak.. lebih baik jawatan ini kekal bersama Khalid jika mahu mengekang politikus rakus meratah duit rakyat Selangor. Part neh aku bersetuju. Jika pertukaran jawatan adalah mengenai PROJECT, POWER, MONEY maka biarlah si Khalid itu aje yang pegang. Yang2 lain tue diam dan focus pada masalah rakyat Selangor boleh tak? Tau ke tak tau yang orang dah boring melihat perebutan kuasa di Selangor neh?
Nak2 yang cakap biar orang2 partisan uruskan hal2 orang partisan.
Kepala bana kau.
Undi ko dapat dari mana mangkok ayun?
Sapa bayar gaji ko sebagai wakil rakyat mangkok ayun?
Ko ingat jadi orang parti dah besar sangat kepala ko? Ko cuba bertanding tanpa mendapatkan undi dari rakyat. Aku nak tengok sejauh mana ko boleh pergi. Dan apa? Rakyat pilih parti? 
KAH KAH KAH..
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Orang2 partisan neh terlupa satu perkara. Orang tak pilih parti, sayang. Tak. Orang pilih tolak penindasan, kekejaman, kezaliman dan ketirisan yang berlaku dalam BN tue. Alternatif yang ada ialah PR. Jika ada alternatif yang lain selain dari PR yang lebih baik, bersih dan terbukti boleh buat kerja, apakah ko rasa rakyat akan pilih PR? Fikir2kan la ek. Dan ingat tau, majoriti rakyat kat negara ini NON PARTISAN. Dan meskipun ada rakyat yang berpartisan, belum tentu pendirian mereka akan seperti partisan. Banyak kawan2 aku yang berpartisan pun berfikir macam NON PARTISAN. So, ini menambahkan bilangan PEMIKIRAN NON PARTISAN. Jadi, faham2 la ek.
Buat kerja. Gaduh la korang tunggang langang pun. Janji gaduh pasal kerja. Gaduh sebab masing2 berebut nak jadi yang paling pantas dan cekap buat kerja demi kelangsungan rakyat. Tapi kalau gaduh bab nak berebut kuasa? G matila. Aku persilakan dengan karpet merah.
Baca ;
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini.
Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat.
Menurut Samsuri, sama ada Anwar atau Abdul Hadi sendiri masing-masing tidak membangkitkan isu di Selangor termasuk kedudukan Menteri Besar.
“Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan ‘Selangor’ atau ‘Menteri Besar’ pun tidak disebut langsung,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya Abdul Khalid akan disingkirkan dari kedudukannya selepas Aidilfitri atau pada Ogos ini.
Laporan yang dimuatkan dalam ruangan komen oleh seorang kolumnis portal itu menyebut Anwar mengadakan perbincangan mengenai rancangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid ketika di IJN baru-baru ini.
Tanpa memetik sumber maklumat tersebut, dikatakan Abdul Hadi akur dengan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid.
Dilaporkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan menteri besar atau exco kanan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...