Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Julai 2014

Menteri Malaysia Kantoi KAW2 - Surat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Meminta New Zealand Gugurkan Pertuduhan Tersebar..

Cakap banyak tak mao.
 
Lihat surat dulu ;
 

 
Then baca apa yang dilaporkan oleh portal berita kat bawah neh jap ;
 
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand. -MKINI-.
 
Kesimpulannya?
 
Pembohongan menteri Malaysia kantoi. Diiktirafkan sampai ke luar negara. Selama neh dok tak malu dok bohong rakyat sendiri. Dia ingat media luar macam media kat Malaysia kot. Yang dorang boleh ikat, kawal dan manipulasi sesuka ahti.
 
Menteri2 Malaysia juga fikir. Bahawa mahkamah NZ sama macam mahkamah di Malaysia. Politik boleh masuk campur untuk tentukan proses perundangan.
 
KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL LA.
 
Hah.. amek kaw.
 
Sekarang dah kantoi. Minta lakukan siasatan dengan jujur konon. Telus konon. Keadilan untuk semua konon. Rupa rupanya.. siap minta gugurkan kes lagi.
 
KANTOI DERRRRRR
 
BUAT MALU JE LAAA.. INI LA NAMANYA MEMALUKAN IMEJ NEGARA MALAYSIA. Ini baru betul2 mencemarkan nama baik negara. Inila perbuatan yang menjejaskan maruah negara. Bukannya bila rakyat berdemo.
 
BODOH NAK MAMPOS.
 
Ehh.. lupa. Aku puasa la wei. Ahhhhh sudahhh.. apa2 hal pun menteri Malaysia dah kantoiiii kantoiiiiii kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

Itu yang penting..
 
KAH KAH KAH
 
KAH KAH KAH KAH
 
KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...