UMNO dah bengang.
Bukan kah AMK patut amek tindakan yang sama? Apa AMK tak kisah ke fitnah ;
1. Menyebarkan video Mustafa Ali?
2. Dua ahli AMK ditahan polis.
3. Wanita tersebut upahan AMK/PKR?
AMK patut desak pihak2 yang terlibat minta maaf sebab babitkan dan tuduh PKR dan AMK terbabit dalam penyebaran perkara di atas. Jika tidak AMK akan amek tindakan yang serupa sepertimana UMNO yang mendesak PAS minta maaf ataupun berhadapan dengan SAMAN.
Ini pula AMARAN UMNO untuk HARAKAHDAILY jika masih insist TUDUH UMNO penyebar video tersebut.
Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily agar memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi Pas.Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.
Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.
"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik
Harakahdailly, hari ini.
Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video
lucah dan lain-lain tafsiran lagi."
Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.
Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu. -SH-
Pendapat aku UMNO harus amek langkah yang serupa juga.
1. Berhenti tuduh PKR nak menghancurkan PAS dengan mengaitkan PKR yang sebarkan video tersebut. Benda neh tiada kaitan dengan PKR pun.
2. Berhenti menyebarkan kandungan video tersebut melalui facebook, twitter, download link, sms, wassap, email dan inbox. Apa neh? Budak2 tengok la. Tak malu ke?
3. Berhenti sebarkan kenyataan fake dari account fake Mustafa Ali dan seangkatan waktunya. Ini kerja2 cyberclown berbayar .. ingat orang tatau ke?
Sepatutnya umno keluarkan straight order kepada pemblog2 mereka, ahli2 mereka dan penyokong2 mereka. Dah kalau tiada ahli umno yang berkata2 pasal video tersebut akan terbit kah persepsi bahawa UMNO penyebar bahan lucah?
Ia berlaku bertitik tolak dari tindakan ahli2 dan pemblog2 anda sendiri. Kedua2 belah pihak akan hentikan tuduh menuduh, sebar menyebar dan biarkan polis selesaikan kes ikut prosuder undang2. Habis citer. Apa la..