Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 April 2013

3 DUN Terengganu bertembung 3 penjuru - BN VS PAS VS PKR.

Terbaek !!

Ini yang kita mahu. Berikan kemenangan mudah kepada BN. Ataupun kita boleh fikir positif. Ini ialah taktik PAS dan PKR. Untuk pecah undi. Sebab nak raih sokongan. Kalau orang takut kat PAS maka dia undi PKR.

Best tak alasan neh?

Hehe.

Ini pertembungan 3 penjuru di Dun Terengganu.

N. 02 - KOTA PUTERA    

1. MOHD MAHDI BIN MUSA    BN   
2. ADAM BIN MAT SAID    PAS   
3. MOHAMED ABDUL GHANI BIN HAJI IBRAHIM    PKR    


N. 11 - SEBERANG TAKIR    

1. AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF    PKR  
2. AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN    BN   
3. ZAKARIA BIN DAGANG    PAS 

N. 25 - BUKIT BESI    

1. ROSLAN BIN ISMAIL    PAS   
2. ROSLEE BIN DAUD    BN  
3. MOHD SHAMSUL BIN MAT AMIN    PKR 

Terengganu, kita bukan cakap pasal penang. Kalau di penang kita boleh terima gak strategi tue. Tapi ini terengganu. Kalau orang tak boleh terima dap, itu logik. Tak boleh terima PAS? Itu kurang logik. Since terengganu antara negeri yang PAS kuat dan kukuh oke.

Apa pun setelah berfikir masak2, ini bukan masa untuk aku take side. Taking side neh merugikan. Kalau kita pilih sokong PKR, marah pula member2 PAS. Kalau kita pilih sokong PAS, marah pula member2 PKR. Sudah la member2 bn confirm marah dah. Bukan masa untuk tambah musuh baru. So untuk semua dun yang mana PKR, PAS dan DAP bertembung, lantak korang la.  

Cuma aku pelik gak camne eh korang nak kempen. Mesti serba sedikit susah kan. Sesama sendiri suruh undi logo parti masing2.. Dan pengundi2 terutamanya penyokong pr mesti keliru. Aku nak pangkah sapa neh. 

Lets say ;

Penduduk ada 10 ribu.

4 ribu confirm pangkah PR.

2 ribu confirm pangkah BN.

4 ribu atas pagar pangkah ikut calon dan isu.

BN dah secure 2 ribu. PAS dan PKR mungkin berpecah. Mungkin sorang 2 ribu. Mungkin sebaliknya.

Katakan sorang 2 ribu. So atas pagar neh akan decide. Kalau 2 ribu atas pagar pergi ke BN, BN ada 4 ribu. Lagi 6 ribu mungkin dapat kat PAS 3 ribu, PKR 3 ribu.

Rupanya penyokong PAS dan PKR jika bergabung ada 6 ribu. Tapi mereka memilih untuk berpecah. PAS dan PKR bila berpecah bawa label parti masing2. Kalau bergabung bawa label pakatan rakyat meskipun ketika mengundi kena pangkah calon yang mewakili parti. Still bukan isu sebab kita dah baca calon dari PAS ka PKR ka DAP ka ialah calon2 dari PR itu sendiri.

Jadi nampak tak kat sini kenapa aku cakap korang memberikan kemenangan dan laluan mudah buat BN?

Tapi takpela. Nak salahkan PAS ka PKR ka tak perlu. Taksuber2 pasti mengamok salahkan parti dan pemimpin mereka. Lagipun ini bukan kerja kita. Kita pun tatau cerita sebenar. Sudah semestinya PKR akan defend diri PKR dan PAS akan defend diri PAS. Sedangkan surat watikah perlantikan takan boleh terbit sendiri. Mesti ada yang cop dan sign. Heh.

Cuma sebagai seseorang yang sedang mahu cuba mencipta sejarah, aku berharap sangat insiden neh tidak memberikan laluan mudah kepada BN. Yelah, aku sebenarnya berpegang teguh kepada satu matlamat iaitu menjatuh BN. Yang neh aku sangat konsisten. Aku tak peduli jika penjatuh itu PR ataupun sebaliknya. Pokoknya ada alternatif selain dari BN itu bagus. Harap2 la, ini tidak akan jadi penyebab kepada PAS GAGAL untuk menawan Terengganu kembali. Oke. Bai. 

Rujukan :  http://resultpru13.spr.gov.my/module/penamaan/laporan/laporan_6/laporan_6.php

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...