Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 April 2013

Keluarga AminulRashid Saman PDRM dan Kerajaan Malaysia.


Akhirnya.

Setelah sabar selama beberapa tahun. Nampaknya mereka kini bangkit dan melawan. Satu perkara yang betul dibuat oleh keluarga ini sebenarnya. Aku dah lama tunggu. Bila agaknya mereka akan sanggup bangkit dan melawan akan penganiayaan yang dilakukan terhadap anak mereka?

Jangan salah faham. 

Tidak kita marahkan polis yang jalankan tugas.

Tidak juga kita benci dan anti polis.

Jauh sekali kita marahkan keseluruhan agensi polis itu sendiri.

Tetapi jauh di sudut ahti kita, kita persoalkan, apa sebab budak ini, yang berusia 15 tahun, yang hanya memandu tanpa lesen, di tembak sampai mati ?

Kita faham dia langgar undang2. Kita sangat2 memahami bahawa polis hanya mahu kuatkuasakan undang2. Tetapi yang kita tak boleh terima ia cara ia dikuatkuasakan saja. Ini je yang mana polis kena faham kenapa kita masyarakat tidak boleh terima perkara ini. 

Untuk mendapatkan anak ia bukan kerja senang. Tetapi anak mati begitu saja hanya kerana sedikit kesilapan yang dia buat. Siapa la kita nak hukum dia sampai mati hanya kerana dia tidak mempunyai lesen memandu?

Itu belum lagi tuduhan2 yang karut dan melampaui batas dari pihak media ke atas susuk tubuh arwah AminulRashid.

Pihak media tidak boleh disalahkan sewenang2nya. Kenyataan dipetik dari polis sendiri. Sudah la arwah ditembak mati kerana tidak lesen memandu. Tetapi arwah di anggap melakukan tindakan samun. Cubaan menutup kesalahan kerana GAGAL mematuhi SOP itulah yang menguris ahti masyarakat sebenarnya.

Telah masyarakat berkata. Telah masyarakat berterus terang. Jikalau polis jujur, kita akan faham. Baiklah polis bukan tuhan. Ada kesilapan yang kadangkala tidak la polis dapat elakkan. Jikalau polis sedia mengambil tanggungjawab itu, kita juga sedia berlapang dada dan menerima kelemahan itu di samping kita akan sedia beri ruang dan peluang untuk polis perbaiki diri.

Tetapi cadangan dan saranan kita diketepikan. Yelah kita cuma masyarakat yang tiada kuasa. Hanya suara sebagai jalan untuk meluahkan apa yang terpendam.


Tuduhan ke atas batang tubuh adik ini berterusan. Dia tidak dapat berkata2 untuk membalas balik apa yang dicampakkan ke atasnya. Dia hanya 15 tahun. Bayangkan jika ini anak anda, bayangkan jika anak anda di tuduh melakukan sesuatu yang dia TIDAK lakukan, bayangkan mulut2 orang mengecam, menghina dan menuduh anak anda yang baru sahaja MATI DITEMBAK POLIS atas JENAYAH yang DIA SENDIRI TIDAK LAKUKAN?

Bukan sedikit tuduhan yang dilemparkan. Langsung takde perikemanusiaan. Meletakkan pelbagai tuduhan ke atas individu yang kita sendiri tak kenal siapa.

PEROMPAK, PENJENAYAH, PENYAMUN, KECIK2 LAGI ADA PARANG UNTUK MENYAMUN ORANG.

Ini semua apa neh?

Jika ko yang mati, jika ko yang kena tembak, jika ko diberikan kesempatan oleh Allah untuk bangkit dan dengar penghinaan secara besar-besaran ke atas BATANG TUBUH KO, jika ko diberikan KESEMPATAN untuk lihat IBU kandung ko menangis membaca penghinaan itu, jika ko diberikan hak untuk melihat ahli keluarga ko menahan diri kerana DIKECAM dan DI TUDUH secara besar2an di MEDIA MILIK kerajaan, apa yang ko RASA?

HAHAHA

PADAN MUKA MAK AKU?

PADAN MUKA FAMILY AKU?

PADAN MUKA AKU?  

Jika ko mahu maka ko penjarakan dia je. Jika ia sangat perlu maka ko denda dia je. 

BUKAN DENGAN CARA TARIK NYAWA DIA. 
     
Ia bukan kes jika bukan ARWAH mati maka POLIS yang akan mati. No.

Ia adalah kes jika POLIS mematuhi SOP arwah hanya akan dikenakan hukuman.

Itu sahaja jalan cerita yang perlu kita fahami. Jikalau yang bersalah itu sedia mengambil tanggungjawab, jikalau polis sedia bersedia mengakui kesilapan, kita tidak akan pergi sejauh ini. 

Justice untuk arwah AminulRashid, akan kami cari keadilan untuk kamu.

The family members of Aminulrasyid Amzah filed a RM50 million “unlawful killing” lawsuit against the police and the government today, in a case that could reignite public anger among voters here over how the schoolboy was shot 21 times by police in 2010.
Flanked by incumbent PAS MP Khalid Samad, the family’s decision to sue will provide Pakatan Rakyat (PR) fodder in the campaign for Shah Alam, now a major focus of Election 2013 after Barisan Nasional (BN) named controversial Islamic firebrand Zulkifli Noordin as its candidate there yesterday.
“We are suing for negligence in the discharge of duties, where the police went on a shooting spree,” Aminulrasyid’s family lawyer, N. Surendran, told reporters at the High Court lobby here today. -TMI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...