Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 April 2013

PRU-13 : DUN Sungai Acheh tanding 3 penjuru, BN VS PAS VS PKR.


Konon dah selesai. Menurut berita yang dilaporkan oleh FMT hari tue, ada mengatakan mesyuarat seketariat PR telah memutuskan calon PR di Dun Sungai Acheh ialah Chegu Bard. Rujuk sini.

So yang PAS keluarkan surat kelulusan neh apa citer? Surat palsu meh?


Gamaknya bukan hanya ada pelakon video seks, kita juga ada pelakon yang menyamar jadi Mustafa Ali yang mengeluarkan surat sokongan di atas ek?

Ini sudah pasti menyukarkan penyokong2 PR untuk berbuat pilihan. Samada PAS ataupun PKR. Kalau berdasarkan sentimen kepartian, PAS pasti menang. Mereka punya penyokong yang bukan saja ramai bahkan setia. 

Calon DUN Sungai Acheh ialah ;

Datuk Mahmud Zakaria (BN), 

Badrul Hisham Shaharin (PKR) 

dan 

Mohd Yusni Mat Piah (Pas). 

Rujukan : sini dan sini.

Ini tidak baik. Ia memecahkan sokongan dan memberikan kemenangan yang mudah kepada BN tak pasal2. Bayangkan, siapa yang penyokong2 PR nak undi? PAS pun sebahagian dari PR. PKR pun sebahagian dari PR. Boleh jadi mereka tak jadi nak undi. Boleh jadi mereka akan undi salah satu. Tak kira la apa tindakan mereka ia tetap akan merugikan PR tak pasal2.

Berbeza dengan BN. Konsisten dah penyokong2 BN hanya akan undi BN.

Hish.

Terima kasih la kepada PKR dan PAS. Sebab menghuru harakan pilihan penyokong2 pakatan rakyat. Langkah korang memang terbaek. Bila aku kritik taksubers korang akan meroyan. Kemain lagi marah2 aku. Bersangka baik la. Dorang akan selesaikan juga sebelum penamaan calon. 

Pfttt. 

Ini sebab aku tak minat masuk mana2 parti be it PR BN atau apa parti pun la. Lone ranger lebih baik. Jika itu ditakrif gila ia lebih baik sebab aku merdeka keluarkan apa saja pendapat menurut diri aku, bukan kemahuan orang. Ini syurga. Di kawal orang, bukan syurga. Ia hanya akan membuatkan aku jadi kotak macam ahli2 parti yang lain. Komen mesti senada. Pendapat mesti sama. Pemikiran mesti serupa. Kalau berbeza, ko macai.

KAH KAH KAH

Apa pun tak boleh. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...