Tahniah.
Anda melakukan perkara yang betul bila memilih untuk menolak semua politik dan kempen2 yang lucah serta porno. Tetapi kalau anda memilih untuk memangkah PR itu lebih baik lagi.
Tarbiah la UMNO sehingga ke titisan darah yang terakhir. Hanya apabila seseorang itu hilang kuasa, pangkat, harta dan darjat baru mereka akan sedar diri. Baru mereka akan buka mata dan memahami apakah perasan rakyat yang ditindas selama ini.
Jika anda sayangkan UMNO, pastikan mereka kalah kali neh. Kalahkan mereka, hanya dengan kekalahan, pengajaran yang berat ini baru mereka akan benar2 reform dan ubah perangai2 buruk mereka. Sayang anak tangan2kan, sayang umno, kalah kalahkan. Oke?
Hehe.
Penduduk di kawasan Kampung Sri Lukut, Batu 28, dekat sini, meluahkan rasa tidak senang apabila risalah berkaitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar di kedai makan berhampiran kawasan berkenaan.
Risalah gambar yang dikatakan mirip ketua pembangkang itu diletak di kedai makan sejak Rabu lalu telah mencetuskan rasa curiga dalam kalangan penduduk Batu 28, siapakah dalangnya?
Timbalan Ketua Peti Undi Bahagian Kahang, Yusof Ibrahim berkata, tindakan individu mengedarkan risalah tersebut sungguh tidak bermaruah.
Menurutnya, ia seolah-olah ingin mengaibkan ketua pembangkang tersebut.
“Saya tak tahu siapa yang melakukannya kerana saya percaya mereka yang terlibat ini meletakkan risalah berkenaan pada waktu malam kerana pada masa itu tiada orang yang nampak.
“Saya juga dimaklumkan oleh penduduk di kawasan ini dan bertindak membuat laporan polis pada hari sama risalah tersebut dijumpai.
“Saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana saya tidak mengetahui siapa yang buat dan saya juga sudah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Yusof yang juga Ketua Umno Cawangan Kahang berkata, risalah itu difahamkan diedar di kawasan Kampung Sri Lukut.
Katanya, jika ada pihak yang cuba untuk melakukan kekacauan di kawasan Kahang beliau akan bertindak segera terutama pada musim pilihan raya ini.
“Saya tidak mahu berlaku sebarang pergaduhan, dan biarlah pilihan raya ini berjalan dengan aman tanpa sebarang perselisihan faham terutama di kawasan ini.
“Saya juga akan melakukan tindakan segera sekiranya ahli Umno terlibat dalam pengedaran risalah ini. Bagaimanapun, saya berharap ia tidak akan diedarkan lagi kerana ia akan mencemarkan pemandangan di kawasan Kahang ini,” katanya. -SH-