Khamis, 7 Disember 2017

Harakah Busuk Hati, Fitnah PAU Pesta Maksiat Kata Annuar - Ini Penjelasan PAS Kenapa Padamkan Berita.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyifatkan portal berita PAS, Harakah Daily sebagai “busuk hati” kerana menyiarkan tuduhan pesta khalwat setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) di PWTC.


Annuar yang dipetik sebagai berkata kepada Malaysiakini memberitahu yang tindakan Harakahdaily menarik balik berita tersebut juga dengan sendirinya memalukan diri sendiri.

Gambar - Google
“Perkara itu memalukan diri sendiri. Kita kalau buat berita kena ada kualiti, rakyat yang membaca berita bukan semua macam kita orang politik, mereka boleh menilai.
“Jadi bila buat posting benda tak munasabah nampak sangat hati itu busuk tapi, tak menguntungkan,” katanya ketika menghadiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 pada semalam.

 
Annuar juga enggan memberikan komen ketika ditanya sama ada Harakahdaily perlu membuat permohonan maaf kepada UMNO atas dakwaan berkenaan.

“Tak perlu komen," katanya ringkas.

Annuar turut berkata Harakahdaily tidak mengikut prinsip agama kerana menyiarkan berita berunsur fitnah tanpa asas yang kukuh.

“Boleh ke kita nak pakai Harakah, negara kita kalau ikut cara PAS, Harakah apa nak jadi.

“Adakah kita nak ikut cara Harakah, prinsip asas agama dia tak boleh ikut, dalam agama orang tak buat fitnah, tak buat tuduhan kalau tak ada asas.
“Apa yang nak dikaitkan dengan orang yang sedang bermesyuarat dengan kerja orang lain yang (maksiat). Pada saya kebudak-budakan, benda itu tak payah dilayan,” kesalnya.

 
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily Azmi Yusof memberitahu kepada pihak media yang berita 'pesta maksiat di PAU' ditarik balik kerana dakwaan tersebut datangnya dari Wan Ashima secara individu dan tidak mewakili PAS.

Azmi juga berkata pihaknya terlepas pandang secara teknikal dalam pemilihan berita menyebabkan ia perlu ditarik balik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...