Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Februari 2019

UMNO Kantoi, Rupanya Program Da Ma Cai Taja PDRM Diluluskan Tahun 2017.

LAPORAN | Selepas menerima kecaman bertubi-tubi termasuklah dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Lim Guan Eng hari ini membuat kenyataan balas bagi menjawab perkara sebenar disebalik tajaan syarikat perjudian ke atas pemimpin tertinggi PDRM. 


Sumber : Sarawak Report
Pada awalnya Ketua Pemuda UMNO itu mempersoalkan kerajaan kerana membenarkan syarikat judi membiayai kos lawatan PDRM ke luar negara atas alasan .

"KESAL KERAJAAN PH BENARKAN SYARIKAT JUDI TAJA LAWATAN PEGAWAI TERTINGGI PDRM

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengakui bahawa lawatan kerja 16 Pegawai Tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke Istanbul ditaja Syarikat Da Ma Cai iaitu syarikat judi nombor ekor terkemuka.

Nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan khususnya Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng lansung tiada perasaan sensitif terhadap hukum Islam dan sentimen rakyat dengan membenarkan Syarikat Judi membiayai lawatan kerja sebuah institusi awam yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dengan lambang jelas tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammmad SAW.

Sebaran troller di sosmed
Selain itu juga apakah tindakan ini menepati prinsip tadbir urus kerajaan yang baik apabila sebuah syarikat swasta dibiarkan menaja sebuah organ kerajaan yang mampu mencetuskan polemik konflik kepentingan (conflict of interest).

Pemuda UMNO bertegas penajaan seperti ini adalah amat tidak wajar kerana bertentangan dengan prinsip agama dan moral. Seharusnya program lawatan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan jika benar lawatan kerja ini begitu mustahak untuk PDRM.

Yang pasti amalan ini juga bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah ataupun Rahmatan Lil Alamin sebagaimana yang dijuarai Kerajaan PH hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Lim Guan Eng mendedahkan syarikat judi menanggung kos perjalanan pegawai PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi ke Istantabul, Turki bagi menjawab pendedahan Sarawak Report baru-baru ini.


Sekurang-kurangnya kos lawatan tersebut berjumlah RM184,685 untuk program lawatan sambil bekerja. Angka ini sedikit berbeza dari apa yang didakwa oleh Sarawak Report, iaitu RM312,441.

Seramai 16 pegawai polis yang terlibat dalam lawatan itu yang bertujuan untuk belajar membanteras perjudian atas talian.

Selepas kenyataannya itu dilaporkan, pelbagai pihak tampil mengkritik dan mempersoalkan kredibliti Pakatan Harapan dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana membenarkan syarikat perjudian menaja kos lawatan PDRM ke luar negara.

Hal ini memungkinkan kerajaan akan dianggap cenderung berat sebelah ke syarikat perjudian itu di masa-masa akan datang.

Selain mengakui hanya mengetahui hal tersebut menerusi laporan akhbar, Lim Guan Eng juga menjawab, perkara itu telah diputuskan oleh Lembaga Totalisator Malaysia yang berperanan untuk mengawal dan menyelia semua perlumbaan kuda di Malaysia. 

Dan Ahli Lembaga Pengarahnya pula tidak terikat untuk memaklumkan atau mendapatkan persetujuan dari Kementerian Kewangan ketika membuat sebarang keputusan berkaitan agensi itu.

Bahkan keputusan untuk membenarkan program tajaan lawatan sambil belajar membanteras perjudian atas talian itu telah diluluskan pada tahun 2017 lagi, iaitu ketika kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional. - 14 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...