Khamis, 14 Februari 2019

Hutang Kerajaan Meningkat Sebanyak RM54.4B, Mitos 1b Akan Jadi Realiti Tak Lama Lagi..

SYAHIR | Laporan Bank Negara Malaysia Suku Ke-4 2018 menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan pada 2018 meningkat sebanyak RM54.4 bilion berbanding tahun sebelumnya.


Hutang kerajaan 2017: RM686.6 bilion
Hutang kerajaan 2018: RM741.0 bilion

Mitos, rekaan dan fantasi hutang RM1 trilion nampaknya akan menjadi kenyataan.

Bukan sahaja kerajaan PH gagal kurangkan hutang, malah tambah lebih banyak hutang.

Defisit kerajaan pada tahun 2018 juga lebih tinggi daripada tahun sebelumnya (2017) iaitu:

2017: RM40.2 bilion
2018: RM52.5 bilion

Perbelanjaan meningkat tetapi siapa yang mendapat faedahnya? Peruntukan dipotong, dihapus dan dimansuhkan. Pesawah, nelayan, penoreh getah, individu bujang semua semakin kesempitan.

Defisit meningkat, hutang membengkak, rakyat tak juga senang.

Mari kita anjurkan Formula 1 demi kesejahteraan rakyat semua.

Rujukan: Bank Negara Malaysia Fourth Quarter Report: http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2018/Q4/4Q2018_fullbook_en.pdf

--------------

30,000 pekerja akan diberhentikan tahun ni menurut Malaysian Employers Federation.

Kalau tahun-tahun sebelum ni confirmed viral habis berita macam ni.


Pasal apa penyokong PH senyap? Tol dah tak payah bayar? PTPTN dah tak kena bayar? Harga barang dah murah? Rakyat hidup senang lenang, mewah dan makmur?

Rujukan: 30,000 workers to be laid off this year, says MEF:https://www.thesundaily.my/…/30-000-workers-to-be-laid-off-…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...