Ahad, 10 Februari 2019

Khalil Hadi Nafi Memiliki Motorsikal Mewah.

LAPORAN | Muhammad Khalil Hadi yang juga Ketua Pemuda PAS menafikan dakwaan beliau memiliki motorsikal mewah berkuasa besar yang dianggarkan bernilai lebih dari RM128,000 sebuah.

Gambar-gambarnya bersama motor berjenama BMW bernombor plat R1200RT pernah ditularkan pada tahun lepas dan kini ia ditularkan kembali susulan dari tindakan SPRM yang menyiasat kemewahan beberapa pimpinan tertinggi PAS bagi mencari kaitan dengan dana 90j yang kononnya dibayar oleh UMNO kepada parti itu untuk memastikan undi Pakatan Harapan berpecah dua.

 

Menurut Khalil dalam satu kenyataan kepada portal The Star, gambar tular itu diambil pada dua tahun lepas dan motor itu sebenarnya bukanlah kepunyaaan beliau.


"Saya berposing (bergambar sahaja) bersempena dengan kempen Hari Raya 2017, dimana untuk menasihati pengguna agar memandu secara berhemah," katanya.


Ketika mengulas dakwaan kekayaan yang dimiliki oleh beberapa pimpinan PAS ada kaitan dengan dana yang disalurkan oleh Najib kepada parti itu, Khalil berkata, "Semua tuduhan-tuduhan itu adalah palsu".

Semakan kami di laman sosial mendapati, sesetengah penyokong PAS mendakwa pemilik sebenar motorsikal itu tinggal di Pulau Pinang dan ia dimiliki oleh salah seorang pimpinan PAS juga. Namun namanya tidak akan dinyatakan disini kerana info tersebut belum disemak.

Mereka menasihati agar pihak yang menuduh Khalil membuat semakan di JPJ bagi mengenalpasti pemilik sebenar motorsikal tersebut yang dikaitkan dengan Muhammad Khalil selama ini. 

Penyokong juga mendakwa Khalil tidak memiliki lesen memandu motorsikal. 

Khalil tidak dihubungi oleh pihak kami bagi mengesahkan dakwaan tersebut. - 10 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...