Ahad, 10 Februari 2019

Kifarah Allah, Kini Syed Saddiq Pula Dimaki Hamun Selepas Mencaci Dan Menghina Saya Kata Presiden GPMS.

LAPORAN | Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa menzahirkan kesyukurannya kerana beranggapan Allah telah memakbulkan doa orang yang dizalimi apabila Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini menjadi sasaran serangan dan dimaki oleh ramai pihak.


Ini susulan dari tindakan pengasas Hausboom yang membabikan Syed Saddiq kerana memungkiri janji untuk mempromosikan barangan perniagaan milik syarikat itu. Meskipun usahawan itu telah menarikbalik kata-kata kasarnya dan membuat permohonan maaf namun tetap mempertahankan kenyataan bahawa Syed Saddiq tidak menunaikan janji pada usahawan muda.


Syed Saddiq yang pada awalnya dilihat seperti mangsa keadaan kemudiannya terus dikecam apabila rekod perbualan WhatsApp menunjukkan wujudnya unsur-unsur favoritism dan nepotism seperti yang dikupas secara mendalam oleh portal The Coverage


"Allah swt Makbulkan Doa Yang Dizalimi

Semasa YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghina dan mencaci GPMS di dewan rakyat pada 2 Ogos 2018, saya ada call beliau beberapa kali langsung tak berjawab dan kemudian saya whatsapp beliau dan saya susuli dengan surat untuk berjumpa beliau tetapi langsung tidak berjawab. Saya beranggapan beliau mengambil keputusan untuk tidak berjumpa saya dan kepimpinan GPMS bagi menyelesaikan isu cacian Syed Saddiq kepada saya dan semua kepimpinan GPMS. Maka, saya hanya mampu berdoa kepada Allah swt supaya Syed Saddiq ini diberikan petunjuk dan hidayah daripada Allah swt.

Sehari dua ini saya lihat rakyat Malaysia terutama anak muda mula mencaci dan menghina Syed Saddiq dengan cacian lebih teruk yang saya terima. Saya tidak terkejut malah tidak kesian dengan Syed Saddiq kerana dicaci dan dihina sebegitu rupa kerana sebelum inipun beliau cukup lantang dan menghina orang lain dan tidak langsung menggunakan pendekatan berhikmah dan beradab dalam menyelesaikan isu.




 
Apa yang boleh saya simpulkan daripada peristiwa ini ialah janganlah kita sesekali menghina dan mencaci orang dengan sifat bongkak dan takabur kerana akhirnya satu hari nanti Allah swt akan memberikan kifarah kepada kita.

Saya berdoa kepada Allah swt supaya Syed Saddiq diturunkan daripada menjadi pemimpin negara dan digantikan dengan pemimpin lain yang lebih beradab dan berakhlak mulia.

#kifarahAllahswt,"
kata Presiden GPMS itu dalam satu kenyataan di Facebook pada rabu.


Zambri turut berkongsikan perbualan WhatsAppnya dengan Syed Saddiq bagi membuktikan dakwaannya. - 10 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...