Ahad, 10 Februari 2019

Rakyat Merungut Susahnya Nak Daftar Borang Bantuan Sara Hidup Sekarang..

SOSMED | "Sijil nikah pun nak juga ke?," itulah antara luahan netizens apabila menceritakan kerumitan mengisi borang bantuan sara hidup bagi tahun 2019.


"Sepupu aku tolong kemaskini untuk tokwan punya BSH. Dia nak tahu tarikh nikah tokwan. Mampos. Orang tua dah bercicit entah mana pergi sijil nikah dia pun tak ingat dah," kata Khairi KJ di Twitter.

Sally pula menulis, "BSH menyusahkan. Kena scan/photostat sijil perkahwinan kalau nak mohon atau kemaskini. BRIM dulu takde pun. Teruk betul," katanya.




"Tersangat menyusahkan datuk Seri. Bayangkan kalau orang tua yang tak simpan lagi sijil nikah tak akan turun naik jabatan agama nak cek sijil tu. Lepsa tu nak ke LHDN lagi update segala, datang LHDN bukan terus selesai, mesti penuh dan ramai, UTC sekarang bukan buka sampai malam macam dulu.. Sian eh.., " kata Erdie.




"Haritu bawak mak kemaskini. Terdengar perbualan orang sebelah dengan pegawai LHDN. Nenek tu datang sejauh 30km sampai-sampai pegawai tu mintak sijil nikah.. Nenek tu mampu geleng kepala je bila pegawai tu mintak nenek tu balik ke rumah dan bawa semula sijil nikah dia," komen Mohd Najib.

Pihak kami difahamkan pendaftaran BSH cara baru ini adalah antara langkah usaha kerajaan untuk memastikan hanya yang benar-benar layak mendapatkan bantuan membuat permohonan. Bagaimanapun kerajaan yang baik adalah kerajaan yang tidak boleh mengabaikan rungutan rakyat.

Apatah lagi sesetengahnya beranggapan sebegini;



"Teknik menyusahkan rakyat mendapat bantuan Kerajaan seperti di atas ini dinamakan sebagai 'Means Testing'.


Means Testing adalah teknik Kerajaan NeoLiberal yang tak mahu beri bantuan kepada rakyat tapi takut dikecam rakyat, maka Kerajaan NeoLiberal akan menyusahkan rakyat untuk mendapat akses kepada bantuan menggunakan kaedah berbentuk birokrasi yang dinamakan sebagai Means Testing,"
kata Anas Abdul Jalil. - 10 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...