Khamis, 14 Februari 2019

Terima Kasih Kerana Tegur, Saya Minta Maaf Kata Mujahid Selepas Mengakui Kereta Miliknya Di Parkir OKU.

LAPORAN | Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Rawa mengakui kereta miliknya telah diletakkan di parking OKU seperti yang tersebar di sosmed semalam.



"Depa kata kereta plat PLH 4466 ini milik YB Menteri Agama. Tidak tahu pula dia OKU," tulis Iza Karim di Facebooknya semalam.

Berterima kasih dengan kritikan itu, Mujahid juga meminta maaf atas apa yang telah berlaku sambil mendedahkan anaknya menggunakan kawasan parkir tersebut kerana mahu memudahkan pergerakan bapa mertuanya yang OKU.


"Untuk makluman semua, saya menjaga ayah mertua yang keuzuran dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini, anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.

"Mereka telah menggunakan kemudahan parking OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur. Saya mewakili anak-anak memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih di atas teguran ini,"
kata Mujahid. - 14 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...