Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Februari 2019

Kepada Salahuddin, Berhenti Main Wayang Dengan Lakonan Menangis Itu, Meluatlah Kami Melihatnya.

Nurul Asyikin |Tak perlu berbasa basi lagi. Semua tahu apa yang Salahuddin dan pegawainya lakukan semalam. Pada awalnya ia kelihatan menarik - 'Salahuddin menangis membaca surat petani'; membayangkan mungkin petani itu datang secara spontan ke program tersebut dan menyampaikan suratnya kepada menteri lalu menteri berasa terharu sehingga mengalirkan air mata.

Tapi dengan terbitkan video propaganda itu di Facebook rasmi menteri malam tadi, sahlah YB Salahuddin dan pegawainya mempunyai MASALAH TUMPU PERHATIAN YANG SANGAT SERIUS dan ya, SANGAT MEMALUKAN jugalah.




Biar penulis huraikan apa kesalahan anda dan bagaimana anda dan pengawai anda boleh membetulkan keadaan ini di masa-masa akan datang.

1. VIDEO PROPAGANDA yang dimuatkan di halaman Facebook anda telah merosakkan reputasi Salahuddin. Pada awalnya Salahuddin diserang kerana menangis disaat dia sendiri yang memotong peruntukan untuk petani, nelayan dan pekebun. Penulis melihat sampai ke hari ini Salahuddin gagal membetulkan tanggapan itu. Kegagalan membetulkan tanggapan itu membentuk persepsi yang salah bukan sahaja ke atas kementerian anda bahkan ke atas kerajaan Pakatan Harapan. Sudah sampai masanya untuk Salahuddin menyuruh mana-mana pegawainya, atau melantik sahaja yang baru untuk memantau kritikan ke atas kementerian anda (bukan dengan tujuan menghukum pengkritik) yang berlegar-legar di sosmed dan portal-portal ketika ini dan kemudiannya sediakan jawapan bagi membetulkan tanggapan itu. Kadang-kadang apa yang kita buat tu betul tetapi terlihat tidak betul disebabkan kita tidak menjawab persoalan yang berbangkit. Kadang-kadang apa yang dikritik itu betul tetapi jika kita mempunyai alasan yang menyakinkan dan menjawabnya menggunakan perkataan yang tepat, masyarakat boleh tolerate dengan 'musibah' itu dalam tempoh tertentu sehingga ianya diselesaikan sepenuhnya. Salahuddin dan pegawainya lemah dalam skill-skill yang penulis nyatakan di atas.

2. Apabila membaca laporan di portal media bahawanya Salahuddin menangis, ramai juga beranggapan menteri itu melakukan wayang. Bagaimanapun penulis bersangka baik. Namun setelah melihat aksi menangis itu menerusi video propaganda memang penulis ingin katakan, Ya Allah, benda lawak apakah ini yang sedang aku tonton. Maaf ya, dari rasa sedih (sebenarnya bukanlah sedih tetapi sedikit bersimpati kerana ketika itu beranggapan Salahuddin benar-benar menangis secara ikhlas) terus rasa nak termuntah.

3. Tidak wajar menteri berpropaganda seperti itu. Kelihatan jelas aksi itu adalah LAKONAN. Petani dirakam dari rumahnya, ada babak dilarang masuk (ini penting ke?), ada pula babak dia dipelawa naik, ada juga babak menteri buka surat terus selak surat belakang ke atas surat depan macam tahu-tahu je mana satu surat pertama dan surat kedua, ada babak menteri tanya siapa tulis, wak jawab tak acuh tak acuh, menteri tanya lagi dan menteri jawab soalan itu sendiri, "ini tulis ramai-ramai ke?" (masa ini penulis hanya mampu tangan kat dada, mata ke atas) dan selang beberapa minit, menangis, selang beberapa minit, berhenti menangis dengan meletakkan surat itu laju-laju ke atas meja seolahnya tiada nilai, dan kamera shoot muka-muka penonton yang hadir kononnya turut bersedih seperti menteri. Ketika baca surat, siap ada selingan muzik menyedihkan seolah-olah dah tahu dari awal kandungan surat itu nantinya menyedihkan dan boleh membuatkan anda menangis. Ini lakonan apa neh menteri? Tolonglah berhenti buat kelakar.

4. Berlakon dan menangis bukan kerja menteri. Anda sudah ada kuasa, jadi boleh terus selesaikan masalah dan bukannya berwayang tangis-tangisan disini.

5. Apa yang Salahuddin patut buat? Pertama, apa kata menteri buat bancian. Ya seperti Kementerian Pendidikan buat bancian collect suara orang ramai mengenai hal pendidikan, anda selaku menteri boleh buat juga. Dulu khabarnya ada, tetapi mungkin bancian itu tak menyeluruh dan tersekat di separuh jalan. Jadi kali ini mula lakukan bancian, dengan beri borang samada secara online dan manual kepada nelayan darat, nelayan laut, petani besar, petani kecil, pekebun besar, pekebun kecil, pesawah besar, pesawah kecil, ya, pada semua, menyeluruh.

6. Bancian itu perlu berperanan mengumpulkan maklumat berkaitan pemilikan rumah, tanah, pendapatan bulanan, tanggungan, masalah, tahap pendidikan anak-anak, keperluan. Ya, semua kena ada.

7. Ok, masalah rumah. So bagaimana kementerian anda boleh berperanan membantu golongan ini memiliki rumah. Bagaimana? Buat JV dengan pihak bank yang melelong rumah-rumah yang ditinggalkan? Mudahkan pinjaman? Wujudkan pinjaman khas untuk golongan ini dan bagaimana? 

8. Masalah tanah, oh ada tanah-tanah terbiar tidak diusahakan milik nelayan, milik petani, bagaimana modal boleh diberikan secara usahasama, kerajaan dapat untung, yang mengusahakan pun dapat untung. Bagaimana kerajaan boleh memastikan yang benar-benar berkelayakan sahaja mendapatkan modal itu supaya kerajaan tak kerugian. Semua ini perlu ada satu kaedah.

9. Buat perjumpaan dengan golongan sasaran muka ke muka. Petani, peternak, nelayan, pekebun, di seluruh negara jumpa mereka terus dilapangan tanpa kamera dan show off (sampai bila nak teruskan tradisi ini? Sepatutnya orang yang hadir tula bercerita mengenai tindakan menteri dan bukannya sebaliknya. Itu barulah kempen yang berkesan). Pastikan pegawai catit apa masalah yang mereka dengar. Bila jumpa, jangan bagi satu pihak je bercakap. Atau jangan hanya anda je nak bercakap di atas pentas itu untuk sampaikan kenyataan anda. Muaklah kot. Tak cukup TV, RADIO, PORTAL DAN SURATKHABAR? Bila jumpa nak kena dengar menteri sembang lagi. Serius? Masa inilah anda patut bagi mic satu ke satu, biar golongan sasaran ini menyampaikan. Jangan pula lantik satu ketua dan hanya ketuanya sahaja potpetpotpet. Jangan. Bagi semua pihak bercakap dan luahkan masalah, pendapat masing-masing.

10. Kadang-kadang kaedah itu sudah ada. Kaedah nak menyelesaikan masalah itu sudah ada. Tetapi ia tidak sampai ke golongan sasaran kerana kelemahan penerangan. Ketika inilah anda sebagai menteri patut arahkan pegawai media anda untuk lebih aktif dalam menerangkan dan menyampaikan maklumat. Perlu aktif menyediakan infografik dan menyebarkan di ruang-ruang yang ada. Perlu dilakukan segera jika tidak jika anda yang akan kehilangan sokongan rakyat. Contohnya kursus-kursus percuma yang disediakan di kementerian anda. Berapa ramai yang peka dan tahu? Bayangkan pula begini, jika wak yang Salahuddin menangis dihadapannya itu disuruh berkursus 28 hari jauh dari rumahnya, bolehkah dia membiayai kos perjalanannya? Mahukah dia berjauhan dan mampukah dia berjauhan? Ini bermakna, perlu ada kaedah supaya kementerian anda JV kursus pendek dengan KOLEJ KOMUNITI, GIAT MARA. Agensi itu kan ada kat banyak tempat dan agak menyeluruh di Malaysia. Mungkin tak perlu berjauhan, sekadar ulang-alik sahaja. Maka, gunakanlah akses itu. Inovatif lah sikit.  

Terus terang, tangisan Salahuddin adalah babak kebodohan yang penulis tak pernah terfikir tergamaknya menteri Pakatan Harapan melakukan ia. Siapalah tuan penasihat Salahuddin itu. Jelasnya dia telah memainkan peranan yang cukup cemerlang menjatuhkan imej dan reputasi anda sebagai menteri. Ayoyoyo.. jangan terasa hati pula Salahuddin. Sebagai rakyat adalah tanggungjawab penulis berkata benar demi membantu menteri melakukan kerjanya secara berkesan, dan tumpu perhatian pada masalah sebenar, jika penulis membodek menteri, ketahuilah itu lebih bahaya lagi.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...