Khamis, 14 Februari 2019

Saman Dibatalkan, Kuil Seafield Kini Perlu Patuhi Arahan Pemindahan, Kerajaan Mahu Semua Hormati Keputusan.

Kenyataan Media

14 Februari 2019

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 13 Februari 2019 oleh YA Datuk Wong Kian Kheong berkenaan isu Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield USJ 25 Selangor. Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum penghakiman tersebut yang membatalkan saman untuk menghalang pemindahan kuil dari tapaknya.



Justeru Kerajaan Negeri Selangor menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghormati dan mematuhi keputusan penghakiman bagi menjamin ketenteraman awam dan keluhuran undang-undang.

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan semua pihak bagi mematuhi dan melaksanakan keputusan penghakiman dan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi menjamin kesentosaan Negeri Selangor Darul Ehsan.


YAB Tuan Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...