Selasa, 12 Februari 2019

Najib Berjaya Tangguhkan Bicara Kerana Tommy Thomas Tak Pandai Buat Kerja.

HANIF KATRI | PENANGGUHAN BICARA NAJIB RAZAK BERKAITAN PERTUDUHAN SRC - AKIBAT DARIPADA TINDAKAN PEGUAM NEGARA "TAHAN JERAT SORONG KEPALA" !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Hampir kesemua Rakyat Malaysia yang prihatin dan ramai lagi yang di luar negara, telah lama menanti untuk permulaan BICARA dalam pertuduhan-pertuduhan yang telah ditampilkan terhadap bekas Perdana Menteri NAJIB RAZAK sejak daripada kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU-14 pada 09.05.2018

2. Mulai daripada siri pertuduhan JENAYAH pertama berkaitan SRC yang dihadapkan terhadap NAJIB RAZAK pada 04.07.2018 , di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (pada ketika itu) dengan EMPAT (4) pertuduhan kesemuanya, iaitu SATU (1) pertuduhan di bawah Akta SPRM dan TIGA (3) pertuduhan lagi di bawah pecah amanah jenayah, dan kemudiannya disusuli pada 08.08.2018 dengan tambahan TIGA (3) lagi pertuduhan gubahan wang haram di bawah Akta AMLA, menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan berkaitan SRC pada tarikh itu, sebanyak TUJUH (7) pertuduhan.

3. Ketujuh-tujuh pertuduhan itu kemudiannya pada 10.08.2018 telah dipindahkan melalui Sijil PENDAKWARAYA di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah dari MAHKAMAH SESYEN ke MAHKAMAH TINGGI berserta dengan Perintah lanjut supaya ketujuh-tujuh pertuduhan itu diBICARAkan secara bersesama, dan ditetapkan untuk BICARA selama 33 hari mulai dari 12.02.2019 hingga 28.02.2019 dan 04.03.2019 hingga 29.03.2019.
(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/najib-berdepan-4-dakwa…/, https://www.mstar.com.my/…/semasa/2018/08/08/najib-tiga-per… & https://www.mstar.com.my/…/…/2018/08/10/bicara-najib-33-hari)

4. Selain daripada siri pertuduhan SRC itu, sememangnya NAJIB RAZAK juga menghadapi sejumlah 32 pertuduhan lain (sebelum daripada 29.01.2019), yang dituduh dan ditetapkan untuk dibicarakan secara berasingan daripada TUJUH (7) pertuduhan SRC itu, pada tarikh-tarikh berasingan selepas daripada itu.

5. Ianya adalah satu HAKIKAT bahawa mana-mana pendakwaan JENAYAH dalam sesuatu kes berprofil tinggi semestimya turut didampingi pelbagai cabaran di bahu PEJABAT PEGUAM NEGARA sebagai PENDAKWARAYA, sepertimana juga pendakwaan JENAYAH terhadap NAJIB RAZAK itu.


6. Antara CABARAN utama yang dihadapi PENDAKWARAYA adalah EKSPEKTASI orang awam (di kedua-dua pihak, samada penyokong NAJIB RAZAK mahupun penentangnya) untuk perolehi KEPUTUSAN BICARA yang segera, sedangkan orang awam sememangnya tidak mempunyai pengetahuan penuh berhubung kesukaran isu-isu penting dan rumit berkaitan selok belok bicara, permohonan dan penampilan keterangan menurut pelbagai prinsip keadilan yang wujud bagi menentukan "keadilan bukan sahaja mesti dilakukan, tapi tampak sememangnya dilakukan"("justice must not only be done, but must be seen to be done").

7. CABARAN itu menjadi semakiin sukar apabila antara strategi awal mana-mana pihak PEMBELAAN termasuk pihak PEMBELAAN untuk NAJIB RAZAK, semestinyalah adalah untuk menangguhkan ataupun melengahkan permulaan BICARA kerana dengan penangguhan atau kelengahan strategik dari masa ke semasa, sedikit sebanyak akan membantu pihak PEMBELAAN dari beberapa sudut, antaranya :

(a) melemahkan intipati dan keterangan lisan saksi-saksi PENDAKWARAYA yang dipanggil memberi keterangan yang ketajaman daya ingatan mereka semestinya akan terjejas setiap kali penangguhan atau kelengahan berjaya diperolehi pihak PEMBELAAN, dan

(b) setiap penangguhan atau kelengahan adalah umpama kemenangan-kemenangan kecil pihak PEMBELAAN di minda orang awam di atas TANGGAPAN SALAH seolah-olah PENDAKWARAYA gagal melaksanakan tanggungjawab untuk melancarkan BICARA terbabit.

8. Walhal, strategi awal untuk penangguhan atau kelengahan oleh pihak Pembelaan NAJIB RAZAK, telah terzahir pada 15.01.2019, apabila pihak PEMBELAAN telah menulis kepada MAHKAMAH TINGGI untuk memohon penangguhan BICARA yang telah ditetapkan mulai 12.02.2019, atas alasan bahawa terdapat tiga RAYUAN yang telah difailkan ke MAHKAMAH RAYUAN berhubung tiga PERINTAH yang diberikan oleh MAHKAMAH TINGGI pada 10.08.2018 dan 18.12.2018, masing-masing, yang telah menolak permohonan "gag order", permohonan pembatalan Sulaiman Abdullah sebagai Ketua Pendakwa pertuduhan SRC dan permohonan perolehan dokumen, kesemuanya yang telah cuba dipohon oleh pihak PEMBELAAN. Sememangnya permohonan penangguhan BICARA atas kesemua alasan itu telah ditolak MAHKAMAH TINGGI pada ketika itu.
(Link Laporan : https://www.edgeprop.my/…/prosecution-objects-defences-bid-…, https://www.thestar.com.my/…/high-court-dismisses-najib-ap…/ & https://www.thestar.com.my/…/court-dismisses-najib-challen…/)

9. Namun, apa yang sememangnya ANEH dan PELIK yang berlaku selepas itu, adalah beberapa tindakan dan langkah yang diambil oleh pihak PENDAKWARAYA sendiri, yang telah mengakibatkan pihak PENDAKWARAYA bagaikan "TAHAN JERAT SORONG KEPALA", sehingga kesemua TUJUH (7) pertuduhan yang telah ditetapkan untuk BICARA mulai 12.02.2019 telah kini ditunda oleh MAHKAMAH RAYUAN ke tarikh yang akan ditetapkan, seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 11.02.2019 bertajuk "Mahkamah Rayuan benarkan Najib tangguh perbicaraan kes SRC", yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah.

10. Antara tndakan dan langkah pihak PENDAKWARAYA yang menjadi ""TAHAN JERAT SORONG KEPALA" adalah seperti berikut :

(a) Pada 28.01.2019, iaitu 15 hari sebelum permulaan BICARA berkaitan TUJUH (7) pertuduhan asal SRC itu, pihak PENDAKWARAYA telah tampilkan TIGA (3) lagi pertuduhan tambahan berhubung SRC secara terus di MAHKAMAH TINGGI untuk menjadikan jumlah sebanyak SEPULUH (10) pertuduhan kesemuanya !!

(a)(i) Persoalan pertama adalah kenapakah perlu ditambah mana-mana pertuduhan lanjutan berkaitan SRC, sedangkan apa yang lebih penting dari segi keadilan adalah supaya sekurang-kurangnya SATU (1) pertuduhan dapat dijalankan BICARA seperti dijadualkan pada tarikh asal 12.02.2019, sepertimana yang didahagakan oleh kesemua pihak yang sudah lama menanti perbicaraan JENAYAH berkenaan !!,

(a)(ii) Persoalan kedua pula adalah, kenapakah satu kesilapan asasi boleh dilakukan oleh pihak PENDAKWARAYA untuk menampilkan TIGA (3) pertuduhan baru itu secara terus ke MAHKAMAH TINGGI sedangkan kemudiannya pada 07.02.2019 pihak PENDAKWARAYA sendiri yang menarik balik ketiga-tiga pertuduhan baru itu di atas alasan bahawa ianya hendaklah ditampilkan di MAHKAMAH SESYEN terlebih dahulu !! (Link Laporan : http://www.utusan.com.my/…/najib-didakwa-tiga-pertuduhan-ta… & http://www.astroawani.com/…/najib-dilepas-tanpa-dibebaskan-…)

(b) Pada 07.02.2019 juga, iaitu 5 hari sebelum BICARA ketujuh-tujuh pertuduhan asal SRC dijadual bermula, pihak PENDAKWARAYA telah memilih untuk membatalkan Sijil PENDAKWARAYA yang dikeluarkan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang telah menjadi asas perpindahan kes dari MAHKAMAH SESYEN ke MAHKAMAH TINGGI, dan sebaliknya telah memohon MAHKAMAH TINGGI pada hari yang sama untuk melaksanakan budibicara MAHKAMAH TINGGI di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah untuknya memindahkan ketujuh-tujuh kes asal dari MAHKAMAH SESYEN ke MAHKAMAH TINGGI semula, sedangkan selepas penarikan balik Sijil PENDAKWARAYA di bawah Seksyen 418A, ianya membuka ruang dan luang untuk pihak PEMBELAAN menghujahkan tiada mana-mana prosiding yang wujud pada masa itu untuk penggunaan budibicara MAHKAMAH TINGGI di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah kerana kesemua TUJUH (7) pertuduhan itu sepatutnya disebut semula di MAHKAMAH SESYEN terlebih dahulu !! (Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/najib-minta-tangguh-bicara-kes…)

(b)(i) Persoalan ketiga adalah kenapakah lepas ENAM (6) BULAN selepas perpindahan kesemua TUJUH (7) pertuduhan asal ke MAHKAMAH TINGGI yang berlaku pada 10.08.2018, cuma pada 07.02.2019, iaitu LIMA (5) HARI sebelum tarikh asaa BICARA pada 12.02.2019, baharulah pihak PENDAKWARAYA tampil untuk memperbetulkan kesahihan perpindahan pertuduhan itu ??!!

(b)(ii) Persoalan keempat adaah, Apakah halangan yang wujud dalam ENAM (6) BULAN itu yang akibatkan pihak PENDAKWARAYA gagal melakukan pembaikan dan pembetulan kepada proses perpindahan kesemua pertuduhan itu pada tarikh yang jauh lebih awal untuk elakkan penangguhan BICARA ??!!

11. Secara jujur saya nyatakan, kesemua Rakyat Malaysia berhak TUNTUT pihak PENDAKWARAYA memberi penjelasan yang munasabah di atas KEALPAAN dan KECUAIAN berkaitan perkara-perkaa yang ditampilkan di Perenggan 10 di atas, sehinggakan MAHKAMAH RAYUAN pada hari ini, 11.02.2019, telah demi keadilan untuk mendengar RAYUAN pihak PEMBELAAN berhubung kesahihan prosiding itu, telah perlu menangguhkan BICARA ketujuh-tujuh pertuduhan berhubung SRC terhadap NAJIB RAZAK itu !!

12. Sudahlah pihak PEMBELAAN semestinya mencari jalan untuk menangguhkan dan melengahkan BICARA, tetapi yang amat SEDIH dan PEDIH adalah apabila pihak PENDAKWARAYA yang diharapkan bertindak degngan PROFESIONAL, yang sebenarnya menyumbang secara besar kepada penangguhan BICARA yang dinantikan itu !!

13. Sememangnya "TAHAN JERAT SORONG KEPALA" adalah kata peribahasa yang tepat dengan apa yang disajikan oleh pihak PENDAKWARAYA kepada kesemua Rakyat Malaysia berhubung pertuduhan JENAYAH berkaitan SRC terhadap NAJIB RAZAK, setakat ini, yang mana adalah diharapkan tidak akan diulangi lagi !!

TANPA GUNDAH -GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!! - 12 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...