Selasa, 12 Februari 2019

Apa Yang Istimewanya Siti Kassim Sehingga Tarikbalik Dakwaan, Intergriti AGC Dipersoalkan.

The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad | Middle Finger, double standard dan AGC?
 

AG ni satu jawatan besar. Kuasa besar. Tanggungjawab besar. Jadi sesiapa yang bawa kuasa dia di AGC pun memikul beban sama.


AGC boleh tuduh, tarik balik tuduhan, atau tutup fail tanpa tindakan untuk mana-mana kes sekalipun.

AGC perlu bertindak secara bebas, tidak memihak dan neutral. Atas kapasiti jawatan dia, AG atau pejabat AGC tak boleh memihak kepada mana-mana pihak, termasuk kawan, keluarga, bekas rakan seperjuangan, rakan tarian atau apa-apa kaitan lain.

Rekod menunjukkan tangkapan, siasatan dan dakwaan kepada individu yang menunjukkan isyarat lucah pernah diambil. Kes dibawa sampai ke Mahkamah, hukuman dijatuhkan.




Jadi arahan pendakwaan kepada Siti Kassim ni adalah satu benda normal dan konsisten. Ini la yang dilihat sebagai betul, tidak memihak dan neutral.

Menjadi satu perkara pelik, kenapa arahan tersebut ditarik balik?

Apa yang special Siti Kassim ni?

Yang lagi pelik, arahan ditarik balik selepas Siti Kassim sendiri bising-bising kononnya dianiaya. Kononnya pertuduhan keatas dia adalah satu perlakuan yang dirancang.

Kita tak boleh kata dia dah bersalah. Tapi kita juga dah tengok video yang jelas.

Bukankah lebih baik jika personaliti umum dan kontroversi macam Siti Kassim membebaskan diri dari pertuduhan dengan menang kes di Mahkamah?

Adalah tidak adil jika AGC ambil tindakan kepada beberapa orang yang tak terkenal, tak pandai menari dan tak buat bising tetapi memilih untuk tak tuduh Siti Kassim.

Memang apa yang AGC buat untuk kes Siti Kassim ni benda yang tak salah pun. Memang kuasa dia.

Tapi...

Semua tindakan AGC akan dilihat dan dinilai oleh rakyat. Tindakan AGC ni jadi tanda aras awal kepada sistem keadilan di Malaysia.

Kenapa?

Kerana untuk kes jenayah, Mahkamah pun tak ada kuasa nak tuduh orang kalau AGC kata tak nak.

Itu la separation of power, satu mekanisma check and balance.

Jadi dalam kes Siti Kassim ni, kenapa ada double standard?

Adakah tunjuk middle finger bukan kesalahan jenayah? Adakah kita bebas tunjuk middle finger macam Mr Bean? Atau adakah pertuduhan kepada kes-kes lain sebelum ni adalah satu kesalahan AGC?

Pada masa ni, segala teori yang melibatkan hubungan baik Siti Kassim dan AG, termasuk isu tarian akan dibangkitkan dan dipertikai.

Ini tak bagus untuk reputasi besar pejabat AGC.

Kita harap ada penjelasan lanjut bagi mewajarkan tindakan kontroversi ini.

Nota kaki: Supaya tak ada kekeliruan, tindakan ini langsung tidak melibatkan Mahkamah. Ia adalah tindakan dan kuasa AG semata-mata.

#thelawchambersofRedzuanandFaiezad
#tlcrf

Mohd Redzuan Bin Mohamed Yusoff
Peguambela & Peguamcara

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...