Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 April 2018

Shahrizat Kata Bertanding Di Parlimen Bandar Tun Razak Hanya Cerita Spekulasi.

Oleh : Berita Harian

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, belum menerima arahan daripada kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Malah, Shahrizat melahirkan rasa terkejut dengan khabar angin yang bertiup, menyatakan beliau bakal calon kawasan itu yang secara tradisinya ditandingi oleh wakil daripada MCA.




Katanya, beliau beranggapan desas desus itu sebagai hanya satu spekulasi politik semata-mata menjelang PRU-14 pada 9 Mei ini.

"Spekulasi. Serius (betul). Saya akan maklumkan kalau sudah dapat berita (makluman) mengenainya (pencalonan Parlimen Bandar Tun Razak," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada NSTP, hari ini.

Beliau mengulas laporan portal tempatan yang mendakwa calon UMNO akan diletakkan di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak namun ia bukan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Portal itu memetik sumber mendakwa BN dijangka mencalonkan Shahrizat, dan disahkan beberapa sumber UMNO, termasuk dari kepemimpinan pusat.

Pada PRU lalu, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak ditandingi wakil MCA tetapi dipercayai akan berlaku pertukaran kerusi di antara MCA dan UMNO pada PRU-14.

UMNO mahu meletakkan calonnya atas alasan mendapat sokongan baik masyarakat Melayu setempat, yang 50 peratus daripada jumlah pengundi kawasan itu.

Pada PRU-13, wakil MCA kalah kerusi Bandar Tun Razak kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan majoriti 11,832 undi.

Abdul Khalid, 72, menjadi Ahli Parlimen bebas selepas keluar dari PKR dan difahamkan, enggan bertanding mempertahankan kedudukannya di situ pada PRU-14.

Sementara itu, Shahrizat adalah ahli UMNO Kepong yang menceburi arena politik pada 1982 sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru.

Beliau dipinjamkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika PRU 1995.

Sejak itu, Shahrizat yang menjadi calon payung terjun, memenangi tiga penggal pilihan raya di Parlimen Lembah Pantai sekali gus, menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO.

Pada 1995, beliau mengalahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas, yang mewakili Parti Semangat 46 dengan majoriti 13,361 undi.

Pada PRU 1999, Shahrizat menumbangkan calon PKR, Zainur Zakaria, dengan majoriti 1,417 undi dan menang besar pada PRU 2004 mengalahkan bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Sanusi Osman, yang bertanding atas tiket PKR dengan majoriti 15,288 undi.

Bagaimanapun, Shahrizat kalah dengan majoriti 2,895 undi kepada Nurul Izzah Anwar (PKR) pada PRU 2008. Pada PRU-13, Shahrizat tidak bertanding di mana-mana kawasan

Wahai Pembangkang, Bila Agaknya Malaysia Nak Bankrupt Sebenarnya Ni? - Eric Se To.

Oleh : Eric Se To / Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN

Saya mempunyai satu soalan kepada pembangkang.

Sebelum 2013, pembangkang membuat kenyataan setiap beberapa bulan yang menyerang kerajaan dengan mendakwa perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) yang berat sebelah menyebabkan Malaysia kerugian RM30 bilion setiap tahun kepada kroni.

Individu yang lazim membuat kenyataan ini adalah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua, Wong Chen dan lain-lain.

Kerugian antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun.

Selepas 2013, pembangkang tidak lagi membuat kenyataan itu. Mengapa?

Ia kerana perjanjian berat sebelah IPP itu adalah masalah legasi yang dicipta Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berjaya diselesaikan.




Berikut adalah bagaimana ia diselesaikan:

1MDB membeli kebanyakan IPP ini pada 2010 hingga 2012 bagi menyertai industri janaan tenaga persendirian dan menjadi syarikat IPP kedua terbesar di Malaysia.

Kemudian pada September 2012, kerajaan mengendalikan tender terbuka buat pertama kalinya dalam sejarah bagi Perjanjian Pembelian Tenaga IPP. 1MDB adalah pembida terendah bagi setiap pembaharuan IPP, menyebabkan pembida lain untuk mengikut langkah, sekaligus menyelesaikan perjanjian berat sebelah buat selamanya.

1MDB bekerjasama dengan kerajaan turut menyelamatkan wang negara antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun (berdasarkan angka Pakatan), atau antara RM400 bilion hingga RM600 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Bukti bahawa masalah perjanjian berat sebelah ini berjaya diselesaikan dapat dilihat pada pengurangan subsidi gas dari Petronas kepada IPP melalui laporan tahunan mereka selain keuntungan dianggap ‘pecah rekod’ Tenaga Nasional Berhad setiap tahun sejak 2012.

Faktanya, pembangkang tidak lagi membuat bising terhadap isu ini sekaligus ia boleh diterima sebagai bukti namun anda tidak akan menerima sebarang pujian terhadap kejayaan 1MDB mahupun kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menyelesaikan masalah ini.

Sekarang, soalan saya adalah:

Jumlah hutang 1MDB ketika ini ialah RM30 bilion, dengan sandaran kepada aset yang meningkat nilai serta hutang itu adalah tempoh panjang di mana bayaran terakhir adalah pada tahun 2039.

Maka, bagaimana agaknya Malaysia tidak bankrap ketika kita kerugian RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun (ekoran perjanjian berat sebelah IPP zaman Dr Mahathir) tetapi kita akan bankrap ekoran hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion sebagaimana didakwa pembangkang?

Saya menanti pembangkang untuk menjawab persoalan ini.

Hadi VS Anak Saudara Sendiri Di Marang.

Oleh : Malaysiakini

Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei ini.

Miqdad Zakaria, anak saudara kepada isteri presiden PAS, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).




"Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah," kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut berhubung langkah Abdul Hadi bertanding satu kerusi sahaja, sumber menjelaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan memutuskan perkara itu kemudian.

"Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan," katanya.

Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU ke-14 kali ini.

Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.

Kerusi DUN Ru Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.

Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.

PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.

Manakala HARAPAN Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.

Jumaat, 13 April 2018

"Saya Bukan Mat Bangla," Penyokong Pakatan Harapan Diseru Henti Fitnah..

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Fudzail telah menyebarkan dakwaan kononnya seorang pegawai telah meminta warga asing untuk memangkah Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 14 kelak.

"Pegawai meminta warga asing untuk mengundi BN bagi menukar pentadbiran kerajaan Selangor sedia ada. Tolong tularkan kepada semua," kata Fudzail pada rabu.

Post itu kemudiannya dikongsikan sebanyak 9,400 kali berbanding post asal yang disebarkan oleh Friends Of Selangor.

Kapsyen yang disiarkan oleh Friends Of Selangor juga sangat jauh berbeza dari apa yang ditularkan oleh Fudzail.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Naib Ketua Umno Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, yang mana beliau adalah individu yang berada dalam rakaman yang tular itu.

"Kerajaan telah menubuhkan akta berita palsu dan kini saya mangsa pertama difitnah. Jadi saya merayu pada seluruh warga Malaysia, janganlah buat cerita yang tak benar. 

Kita ini rakyat Malaysia harus bersatu. Kalau tak boleh membantu, diam. 

Saya minta pembangkang yang bermulut longkang tolong jangan buat fitnah. Tak boleh tolong, sila jauhkan diri," katanya kepada media sejurus selesai membuat laporan polis pada khamis.

Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim turut menjelaskan tujuan beliau memberikan bantuan kewangan kepada lelaki (seperti dalam rakaman video) yang bernama Azmi Abdul Malik adalah kerana mahu membantu lelaki berkenaan.

Kata Datuk Abdul Mutalif;

- Bengkel milik Encik Azmi terbakar pada isnin (8 pagi). Punca kebakaran ialah litar pintas bateri motorsikal, ianya disahkan oleh unit forensik pihak bomba.

- Azmi ada 3 anak yang mana 2 darinya berpenyakit. Anak keduanya ada penyakit kencing manis. Anak bongsunya yang baru berusia 5 bulan pula ada masalah jantung. Isteri Encik Azmi juga tidak bekerja.

- Sudah 9 tahun Encik Azmi cuba mendapatkan lesen bagi premis perniagaannya tetapi gagal. 

- Andai BN menang kelak, Datuk Abdul Mutalib berjanji akan memberikan Encik Azmi lesen perniagaan agar beliau boleh menjalankan perniagaan tanpa masalah.

- Pemberian wang 3,000 adalah untuk membantu kesulitan yang dihadapi oleh Encik Azmi pada ketika ini.


Azmi Abdul Malik ketika ditemui menafikan dirinya warga asing Bangladesh dengan menunjukkan bukti kad pengenalan miliknya kepada sekumpulan media yang membuat liputan.

"Tak dapat bantu saya, jangan buntukan saya. Saya sendiri sedang bersusah payah nak majukan diri dan keluarga saya. 

Bila dibantu, diberi pula ayat-ayat menyedihkan. 

Saya harap janganlah perkara ini berulang, bantu saya, jangan buntukan saya. Setidaknya dapat kurangkan beban saya," kata Azmi dalam nada seakan sebak.

Gambar Oleh FOBN
Dalam perkembangan berkaitan, akaun Facebook Fudzail hilang dari radar selepas perkara itu menjadi perhatian netizens.

Cybertroopers BN telah mendakwa Fudzail adalah 'macai DAP' dan membuat poster bagi mengecam tindakan Fudzail yang menyebarkan fitnah ke atas Barisan Nasional.

Pihak kami tidak dapat mengesahkan samada akaun Facebook Fudzail benar-benar adalah penyokong Pakatan Harapan/DAP memandangkan beliau menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Bagaimanapun netizens dinasihatkan untuk sentiasa berfikir dua kali sebelum menyebarkan apa-apa perkara yang tidak pasti.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - 13 April 2018.

Gadis 19 Tahun Berang Gambar Disalahguna Untuk Kempen Undi PKR.

Kecoh di laman sosial Twitter hari ini apabila seorang gadis yang berusia 19 tahun meluahkan kemarahannya kerana gambarnya disalahguna untuk tujuan berkempen politik.

Sebaran Cybertroopers BN
Dikenali dengan nama Aida Azira, beliau berkata semakin benci dengan politik apabila sesetengahnya bersikap mengambil kesempatan ke atas gambarnya untuk berkempen politik.

"Kalau boleh saman and aku tahu siapa buat gambar ni sumpah aku maki. Kau mesti orang politik dah 21 ke atas . Suka suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan, makin benci pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang," katanya dalam satu kicauan. 

Muka depan The Star

 
Malah katanya, gambarnya itu turut tular sampai masuk ke dalam akhbar yang membuatkan beliau merasa marah. Tidak hanya itu, Aida juga berkata beliau merasa malu dan meluat kerana terlalu ramai yang menghantar gambar itu kepadanya semula.

"Kalau cuma viral dekat socmed je tak apa. Ni sampai masuk newspaper. How could you politician take advantage with 19 years old girl? Dah lah curi gambar orang. Lepastu buat poster tah apa apa. 

Nak kempen, kempen jelah. Tak payah lah mengacah suruh orang jangan cari bini muda lah apalah. Mula mula aku sabar ea PKR. Tapi setiap kali orang send benda tu dekat aku. Aku rasa annoying malu pon ada. 

Kalau aku kena fitnah , korang nak bayar ke segala kerugian aku? Oh lupa lah semua nak untung je. Tu lah sampai menyusahkan orang," katanya lagi. 

Bagi mengetahui perkara sebenar dan siapakah dalang yang mengedit gambarnya sehingga menjadi tular, Aida juga mengesahkan telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat.

"Lecturer semua send benda sama. Whatsapp aku penuh benda sama, insta aku penuh benda sama. Ingat aku bangga ke muka aku pampang depan depan surat khabar untuk raih undi korang? 

Nak kata aku tak beradab? Silakan. Aku sabar ea dari mula gambar ni tersebar. Aku senyap aku sabar je tahan malu. Kalau gambar perempuan lain mungkin yelah diorang boleh terima sebab diorang sendiri tangkap dengan bendera parti masing-masing. Aku apa ke mengena. 

Last kalau boleh aku nak orang yang edit curi gambar aku dekat insta ni sendiri minta maaf dekat aku. 

Untuk tahu benda sebenar pasal poster ni, saya buat laporan polis," katanya lagi mengakhiri luahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang model yang dikenali dengan nama Wendy Lean turut tampil menafikan beliau bergambar dengan logo parti BN bagi tujuan berkempen untuk mendapatkan sokongan ke atas parti itu. 


Wendy dalam satu kenyataan berkata, gambar yang tular itu diambilnya pada 5 tahun yang lepas dan pihak syarikat telah menjualnya kepada orang ketiga.

Justeru itu Wendy menafikan beliau bergambar dengan logo parti BN bagi tujuan mengalakkan orang ramai untuk mengundi parti berkenaan.

Wendy turut menjelaskan gambar yang tular itu sebenarnya telah diedit (photoshop). - 13 April 2018.

Selepas Rakyat Huru Hara Kerana TMJ Belanja, Terbukti Johor Perlukan Kepimpinan Baru Kata Pendakwah.

PENDAKWAH bebas penuh kontroversi, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary berkata apa yang berlaku selepas TMJ membelanja Bangsa Johor membuktikan Johor sebenarnya memerlukan kepimpinan yang lain.

Ini katanya, reaksi balas yang ditunjukkan rakyat terhadap tindakan TMJ itu membuktikan rakyat Johor memerlukan banyak bantuan namun kerajaan sedia ada tidak berjaya mencukupkan keperluan rakyat dengan sewajarnya.


Katanya lagi rakyat mampu berjalan ke banyak pasaraya besar namun tidak mampu membeli barang kerana dahagakan bantuan dek kepimpinan yang tidak terurus dengan baik.
 
"TMJ TELAH BUKTIKAN BAHAWA JOHOR PERLUKAN KEPIMPINAN YANG LAIN
 

Kejadian di Aeon Johor membuktikan bahawa rakyat sangat memerlukan banyak bantuan. Kerajaan sedia ada termasuk negeri Johor tidak berjaya mencukupkan rakyat Johor dengan sewajarnya.
 

Kesusahan yang wujud dalam zahir kesenangan sebenarnya berlaku dalam masyarakat negara Malaysia terutama Johor.
 

Kita boleh dan mampu pergi berjalan ke banyak pasaraya besar namun tidak mampu beli barang pun kerana rakyat masih dahagakan bantuan dek kepimpinan rakyat yang tidak terurus dengan baik," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook.

Pada rabu, TMJ telah berkunjung ke AEON Tebrau dan mengumumkan menggunakan pembesar suara untuk membayar apa sahaja yang diambil oleh pelanggan pada ketika itu.

Laungan terima kasih dan nama TMJ kemudiannya kedengaran selepas pengumuman dibuat.

Bagaimanapun sejurus selepas kejadian itu, pasaraya berkenaan menjadi huru hara berikutan diserbu ramai pelanggan.

AEON Tebrau kemudiannya ditutup sebentar pada pagi khamis dan menyambung semula operasinya pada petang selepas melakukan kerja-kerja pembersihan dan penambahan stok.

Beberapa pasaraya lain turut diserbu pada khamis apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita TMJ akan membelanja semua BANGSA JOHOR pada hari itu. - 13 April 2018.

Pembangkang Yang Ubah Janji Gaji Minima RM1,500 Nurul Izzah - Syahir.

Oleh : Syahir

Jadi pembangkang ni senang. Tipu, spin, putarbelit, flip flop macam mana pun tetap ada yang akan percaya. Apa yang mereka cakap semuanya betul.

Contohnya macam Nurul Izzah Anwar yang keluarkan kenyataan media petang tadi berkenaan Manifesto BN spesifiknya meningkatkan gaji minima pekerja kepada RM1,500 secara berperingkat.




Nurul Izzah kata janji BN ini kebelakang sebab pembangkang sudah sekian lama memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 sekarang baru BN nak janji.

Kemudian Nurul Izzah cakap pemimpin BN hipokrit sebab sebelum ini mereka kritik dasar gaji minima RM1,500 pembangkang tetapi sekarang BN janjikan gaji minima RM1,500.

Di sini Nurul Izzah silap. Dia tak faham kritikan yang dilontarkan Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Khairul Azwan Harun tahun lepas. Yang dikritik adalah dasar pembangkang sebelum ini yang mahu meningkatkan gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,500 secara serta merta.

Hanya baru-baru ini di dalam Manifesto Harapan Palsu, pembangkang mengubah janji mereka kepada menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 secara berperingkat. Di dalam Bajet Alternatif 2017 dan 2018, mereka tidak cakap kenaikan secara berperingkat. Siapakah yang terkebelakang di sini?

BN sudah lama komited untuk menaikkan gaji minimum pekerja setiap 2 tahun seperti termaktub di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Tahun ini kadar gaji minimum pekerja akan disemak sekali lagi selepas semakan kali terakhir pada 2016.

Jadi janji BN untuk menaikan gaji minimum kepada RM1,500 SECARA BERPERINGKAT dalam masa 5 tahun bukanlah u-turn, flip-flop atau hipokrit tetapi menegaskan komitmen sejak 2011 iaitu menaikkan kadar gaji minimum setiap 2 tahun.

Yang u-turn, flip-flop adalah pembangkang - dulu nak turunkan harga minyak untuk semua kepada RM1.50 seliter, sekarang nak bagi subsidi minyak bersasar. Dulu nak hapuskan PTPTN, sekarang kena bayar bila gaji RM4,000. Dulu BR1M itu dedak, sekarang nak teruskan pemberian BR1M. Dulu nak bagi cuti bersalin 120 hari, sekarang nak bagi 90 hari (yang BN dah buat pun). Siapa yang sebenarnya terkebelakang wahai Nurul Izzah Anwar?

Rujukan :

 
1. Kenyataan Media Nurul Izzah: http://www.nurulizzah.com/…/manifesto-bn-kebelakang-dalam-…/

2. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732): http://www.parlimen.gov.my/…/billindex/pdf/2011/DR172011.pdf

Najib Troll Lim Guan Eng Isu Banglo..

Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Lim Guan Eng tentang isu banglo dan terowong di laman Facebooknya.

"Petang ini saya di Pulau Pinang, bukan untuk tengok banglo atau terowong tak siap, tapi untuk tengok gelombang kebangkitan biru di sini. 

Daripada sambutan yang saya terima di Balik Pulau tadi, saya yakin penduduk Pulau Pinang akan #BersamaBN #HebatkanNegaraku!," katanya dalam kenyataan itu.


Isu banglo dan terowong adalah dua isu yang sering dijadikan modal oleh Barisan Nasional bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang terutamanya imej Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Untuk rekod, kes perbicaraan pembelian banglo Lim Guan Eng baru sahaja bermula pada 26 Mac yang lepas. Banglo yang berharga RM2.8 juta itu didakwa dibeli di bawah harga pasaran daripada Phang Li Koon pada tahun 2014.

Phang dan Guan Eng masing-masing menafikan dakwaan salahlaku dalam urusniaga berkenaan.

Kes disiasat SPRM selepas pelbagai pihak tampil membuat laporan pada tahun 2016. Isu tersebut pada awalnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Selepas dua tahun barulah perbicaraannya bermula. Ramai percaya ia ada kaitan dengan musim pilihanraya bagi menekan kedudukan Lim Guan Eng.

Manakala isu terowong pula mula menjadi sensasi apabila kerajaan negeri diserang oleh MCA dan beberapa NGO masyarakat termasuklah disiasat oleh SPRM.

Baru-baru ini Zenith mendakwa telah membayar ahli perniagaan N.Gnanaraja sebanyak 19 juta bagi membolehkan SPRM tidak menyiasat tender projek pembinaan terowong. Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim turut didakwa menerima wang 3 juta dari syarikat itu.

Bagaimanapun Abdul Azeez kemudiannya menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

Baca : Zenith tuntut semula wang 19 juta dan 3 juta dari dua individu!

Berbeza dalam isu pembelian banglo 2.8 juta, Lim Guan Eng sebenarnya lebih teruk dikritik dalam isu pembinaan terowong.


Terutamanya apabila gagal hadir untuk berdebat dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong yang terletak di Kampung Paya, Butterworth pada 30 Mac lalu.

Alasan tidak hadir yang diberikan oleh Guan Eng ketika itu kepada Ka Siong ialah Timbalan Presiden MCA itu seharusnya bertanding di Bagan terlebih dahulu jika mahu berdebat dengannya.

Malahan, Guan Eng juga mencabar Ka Siong untuk menganjurkan debat dengan dua topik utama iaitu isu 1MDB dan projek pembinaan terowong jika mahu beliau hadir berdebat. - 13 April 2018.

Khamis, 12 April 2018

Surat Akaun Bersumpah Prebet Adam Tular Di Laman Sosial.

ISU mengenai Prebet Adam kembali menjadi perhatian selepas TMJ menulis tentangnya di Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini.

Pada 7 April, TMJ memberikan pandangan peribadinya bahawanya Bangsa Johor dicadangkan untuk terus kekalkan pentadbiran Barisan Nasional dan memperbaiki kerosakan parti itu dari dalam.


Bagaimanapun kenyataan TMJ itu kemudiannya dikritik oleh ramai netizens dan akibatnya PDRM telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat komen-komen jelek netizens terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Dalam kenyataan itu TMJ turut memperkatakan insiden yang membabitkan Prebet Adam.

"Begitu juga dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.

Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara,"
kata
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada sabtu.

Tahun lepas penulis dan juga bekas wartawan yang pernah berkhidmat di Berita Harian, A.Syahril Kadir menghasilkan buku yang bertajuk Konfesi Prebet Adam yang mana ia adalah mengenai kisah benar tentang insiden Prebet Adam yang mengamuk di Chowkit pada 31 tahun yang lepas.


Penulis itu mengakui berjumpa sendiri dengan Prebet Adam yang berada di Pulau Pinang bagi mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang terjadi pada tahun 1987.

Ketika itu (tahun 2017), Adam dikhabarkan seorang gelandangan yang disisihkan masyarakat dan keluarga.

Adam juga mengakui beliau melihat sendiri kematian adiknya namun bukan kerana dibunuh oleh Sultan Johor sebaliknya kerana ditimpa sisa kebakaran ketika rumah keluarga mereka terbakar pada tahun 1975.

Baca sini : Kisah Benar Prebet Adam Yang Ramai Pihak Tidak Tahu!

Dan di laman sosial pula, surat akuan bersumpah Prebet Adam ditularkan bagi menyokong kenyataan TMJ sebelum ini.



Portal Free Malaysia Today hari ini turut melaporkan kenyataan ahli keluarga Prebet Adam, Hawa Jaafar yang menafikan dakwaan kononnya Adam mengamuk kerana Sultan Johor membunuh adiknya.

Adam katanya mengamuk selepas tertekan dengan penderaan mental dan seksual yang menyeksa dirinya secara fizikal dan emosi ketika itu.



Hawa dalam kenyataan itu juga meminta maaf kepada Sultan Johor dan mahu semua pihak berhenti menyebarkan cerita fitnah itu lagi.

Katanya, keluarga mereka tidak dibayar bagi menutup cerita sebenar kerana sememangnya adik mereka tidak pernah dibunuh oleh Sultan Johor.

Malahan mereka hidup secara serdahana dan tinggal di flat. Hawa juga katanya merasa malu kerana terpaksa mendedahkan abangnya, Adam seorang penagih dadah dan pernah masuk penjara kerana terlibat dalam kesalahan dadah apabila isu amuk Chowkit kembali diperkatakan masyarakat. - 12 April 2018.

Diselar Sebar Fitnah, Rafidah Aziz Edit Kenyataan Asal Isu Tanah MINDEF.

8 April lalu, Tan Sri Rafidah Aziz telah menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Baca : Dasar Penswastaan Tanah Milik MINDEF Kini Milik 3 Individu.

Dalam surat itu, Rafidah mendakwa 40,000 hektar tanah milik MINDEF kini bertukar milik kepada 3 individu yang dipajakkan selama 40 tahun lamanya.


Projek itu juga katanya tidak dibuat secara tender terbuka malahan diberikan kepada syarikat yang tidak diketahui rekodnya.

Kata Rafidah lagi, dasar penswastaan tanah MINDEF itu menguntungkan syarikat yang memiliki tanah-tanah pajakan MINDEF. Malahan katanya, tanah-tanah milik MINDEF kini bukan lagi milik MINDEF

Menurut Rafidah, syarikat diberikan kuasa untuk membangunkan kem-kem militari base yang baru dan selepas selesai, syarikat akan memiliki tanah yang dipajak yang mana mereka boleh menjual kepada pihak lain atau membangunkan tanah tersebut secara komersial.

Tanah itu kata Rafidah, adalah aset strategik negara dan sangat berharga.

Susulan pendedahan oleh bekas menteri MiTi itu, kumpulan cybertroopers UMNO kemudiannya tampil membidas dakwaan berkenaan.

Pro BN mendakwa kenyataan Rafidah adalah #FakeNews dan fitnah semata-mata ini kerana pada penghujung 2008, Tan Sri Rafidah Aziz bukan lagi menteri yang berada dalam kabinet. Malahan Najib juga bukan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Berdasarkan semakan, nama Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan dari senarai kabinet Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) selepas berakhirnya PRU12. 

Perkara itu turut dilaporkan oleh portal Malaysiakini. Rujuk sini.

Manakala Najib meskipun memegang porfolio Kementerian Pertahanan tetapi ia hanya bertahan sehingga September 2008 sebelum beliau menukar portfolio kepada Kementerian Kewangan pada tahun yang sama.

Kementerian Pertahanan kemudiannya diserahkan kepada Pak Lah. Lihat rujukan sini dan sini.

Selepas apa yang dituliskan oleh pro BN menjadi viral, didapati Tan Sri Rafidah Aziz kemudiannya mengedit sedikit tentang kenyataan asalnya dengan mengubah tahun daripada 2008 kepada penghujung 2007.


Dalam perkembangan yang lain, Eric Se To, Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional turut menyelar kenyataan Rafidah Aziz mengenai pemilikan tanah MINDEF itu.

Menurutnya, apa yang didakwa oleh Rafidah itu juga pernah tersebar di group WhatsApp pada bulan lepas.

Gambar - Eric Se To
Tidak diketahui siapa yang menulisnya tetapi kerana ia terlalu karut maka Eric Se To memilih untuk mengabaikannya. 

Namun tidak disangka-sangka dakwaan yang sama kini disebarkan atas nama Tan Sri Rafidah Aziz, adakah kini Rafidah sengaja menyebarkan ia dan meletakkan 'kredit' ke atas namanya agar isu tersebut menjadi tular, kata Eric Se To dalam satu kenyataan.

Eric Se To turut berkata, pada tahun 2008 Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal turut berada dalam kabinet Pak Lah yang kemudiannya Najib sehingga tahun 2015.

Jika ia merupakan satu perkara besar, sudah tentu ia akan menjadi isu dan dipersoalkan Tun Mahathir.

4 Kali Edit Sindir Pro BN - Gambar Pro BN

Rafidah bagaimanapun tidak memperjelaskan kenapa beliau mengubah tarikh ataupun menjawab kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pro BN.

Namun Rafidah menjawab kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang menafikan semua pendedahan Rafidah dengan mendakwa ia adalah pembohongan semata-mata.


"Ia adalah satu pembohongan. Penipuan dan lebih banyak penipuan," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussien ketika diminta mengulas tentang pendedahan Rafidah pada 8 April lepas.

Jawapan Rafidah untuk Hishammuddin/Menteri Pertahanan


Respon Rafidah kepada unit komunikasi MINDEF 


Mempertahankan dakwaannya, Rafidah tetap mengesa agar kertas kabinet pada akhir tahun 2007 didedahkan kepada umum biar semua menilai dan mengetahui kebenarannya sendiri. - 11 April 2018

Inilah Cara-Cara Penipuan Yang Akan Dilakukan Oleh Najib Dalam #GE14 - Mahathir Mohammad.

Oleh : Chedet.cc / Tun Mahathir Mohammad.

1. Najib berada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90% menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU 14.

2. Oleh itu sudah ternampak penipuan yang dilakukan dan akan dilakukan oleh Najib.

3. Demikianlah dunia percaya Najib akan tipu sehingga “The Economist” U.K. telah siar berita bertajuk Najib akan curi PRU 14 di Malaysia.

4. Apakah jenis penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib. Saya senarai dibawah penipuannya.



i. Senarai pengundi sudah diubah sehingga 4 juta tidak ada alamat yang penuh.

ii. Beratus pengundi mempunyai nama yang sama, umur sama tetapi tinggal di negeri-negeri berlainan.

iii. Hingga 70 pengundi memiliki alamat yang sama – iaitu tinggal di satu rumah – walaupun berlainan kaum. Apabila diselidik terdapat hanya 2 orang di rumah itu.

iiii. Pengundi pos dan pengundi awal bertambah hingga 1 juta. Cara mengundi pos tidak jelas dan terbuka untuk penipuan. Peti undi boleh disembunyi dari pemerhati parti lawan. Besar kemungkinan kertas undi ditambah.

v. Sempadan kawasan pilihanraya diubah supaya kaum-kaum diasingkan. Kononnya Melayu mudah disogok supaya mengundi BN. Mengikut Najib orang Cina sukar disogok. Ini dilihat dalam PRU 13.

vi. Pengundi terutama kakitangan Kerajaan ditakutkan dengan dakwaan kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan diberi amaran oleh Najib sendiri bahawa mereka mesti undi BN atau tindakan akan diambil terhadap mereka. Sebenarnya tiada siapa yang akan tahu siapa undi siapa apabila perkiraan dibuat.

vii. Bantuan wang kepada parti lawan disekat dengan tindakan oleh LHDN dan MACC menambah cukai atau membeku wang di bank supaya perniagaan tidak dapat diteruskan.

viii. Semua kawan-kawan pemimpin parti lawan ditegah berdekat dengan pimpinan parti lawan. Maka pemimpin parti lawan kehilangan semua kawan. Sudah tentu mereka tidak boleh bantu P.H. Kontrak mereka, perniagaan mereka, hutang bank mereka akan dihentikan jika masih berjumpa pemimpin parti lawan. Tindakan-tindakan ini menentukan parti lawan tidak ada kewangan yang diperlukan untuk biayai pilihanraya. Sebaliknya Najib memiliki banyak duit yang diselewengkan dari 1MDB dan lain-lain dana Kerajaan.

ix. Sogokan wang dan barangan kepada bakal pengundi dibuat secara terbuka oleh Najib dan UMNO sebab polis atau MACC tidak dibenar oleh Najib mengambil tindakan undang-undang.

x. Tempat mengundi ditukar tanpa diberitahu pengundi supaya apabila mereka pergi ke tempat mengundi biasa nama mereka tidak ada disitu. Tempat undi mereka dipindah jauh dari tempat tinggal pengundi. Dengan itu mereka tidak dapat mengundi. Hak mereka dicabul.

xi. Daftar pengundi baru disembunyi daripada parti lawan sehingga tidak dapat parti lawan berkempen dikalangan mereka.

xii. Pada kebiasaannya parti politik yang baru ditubuh didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan dengan segera. Tetapi permohonan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan tidak dijawab setelah sembilan bulan berlalu. Keadaan tidak menentu ini meletak Pakatan Harapan dalam keadaan serba salah. P.H. tidak dapat membuat persiapan sebagai sebuah parti dengan mengguna satu logo dan satu simbol baginya. Jika diketahui P.H. tidak akan didaftar maka parti-parti dalam P.H. perlu guna 4 simbol sendiri. Ini akan mengelirukan pengundi berkenaan yang manakah simbol bagi parti-parti lawan yang bergabung dalam P.H.

xiii. Kononnya P.H. tidak dilulus pendaftarannya ialah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah tidak mengikut perlembagaannya. Ini disebut dalam ucapan ROS tetapi tidak disampaikan secara bertulis kepada PPBM. PPBM tidak dapat perbetulkan kesalahannya untuk mendapat kelulusan ROS. Arahan mahkamah kepada ROS untuk jawab surat PPBM hanya menghasil surat dari ROS meminta tambahan maklumat yang sudahpun lama diberi oleh PPBM. Di antara sebab-sebab yang banyak ialah kerana mesyuarat agung PPBM tidak mengikut perlembagaan. PPBM mesti adakan mesyuarat cawangan dahulu. PPBM parti baru dan belum ada cawangan jauh sekali mengadakan cawangan yang disahkan oleh ROS. PPBM hanya dapat tubuh bahagian dan tidak semua diluluskan oleh ROS. Sebab itu PPBM terpaksa mengadakan mesyuarat agung PPBM dengan dihadiri oleh wakil bahagian yang dilulus sahaja. Ternampak jelas ROS hendak cari salah supaya P.H. tidak didaftar. Sekarang ROS telah bubar sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Bermacam syarat dikenakan termasuk ditegah pamer gambar pengerusinya. Pembubaran selama 30 hari didapati sama dengan pilihanraya. Niat jahat Kerajaan dan ROS amat jelas.

Undi Pos.

5. Peraturan mengundi pos tidak jelas. Pengundi boleh undi di rumah dan hantar undinya kepada SPR. Tidak ada polling agen parti pembangkang mengawasi pengundi atau sesiapa lain semasa mengundi. Parti lawan tidak dapat mengetahui siapa yang mengundi, ke mana undi itu dihantar, siapa yang menyimpannya, di mana peti undi (jika ada) disimpan.

6. Pengundi pos juga disenarai dalam senarai pengundi biasa dan boleh mengundi secara biasa. Besar kemungkinan pengundi undi dua kali. Juga undi mungkin tidak dapat dirahsiakan; yang mana ini mendedahkan kepada ugutan tindakan tertentu oleh Kerajaan.

7. Amatlah jelas proses PRU 14 akan dipenuhi dengan aneka jenis penipuan oleh Najib. Ia tidak akan bersih. Benarlah Najib akan mencuri PRU ke -14.

8. Namun penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85% pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya.

9. Dan sekarang hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu, hari bekerja. Ini satu lagi cara Najib untuk sekat rakyat dari mengundi. Ya, semasa saya PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin. Tetap diberi cuti pada hari itu.

10. Jangan takut.

11. Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi P.H., undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi.

12. Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib.

13. Pengundi tidak perlu terima kasih kepada Najib atau mengundi BN.

14. Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong P.H. Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz.

PAS Kecam Tindakan SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja.

Kenyataan Media

PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi. Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.


Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada.

Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan KL dan luar negara?

Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi?

PAS akan mengadakan mesyuarat segera pada hari esok bagi mengambil tindakan selanjutnya. Namun PAS mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi. Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
10 April 2018

Rabu, 11 April 2018

Hari Mengundi 9 Mei Diisytiharkan Sebagai Cuti Umum.

Oleh : Bernama

Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).




Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja.

“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu.

Penjelasan Isu Tanah MINDEF Seperti Dakwaan Rafidah - Kementerian Pertahanan Malaysia.

Kenyataan Media

Penjelasan berhubung persoalan dan isu yang dibangkitkan oleh YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz melalui Surat Terbuka kepada PM pada 8 April 2018 khususnya mengenai pemindahan milik tanah Kementerian Pertahanan kepada syarikat swasta;



1. Merujuk kepada kenyataan YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek mengikut kaedah land swapping oleh Kementerian Pertahanan adalah tidak benar.

2. Selain itu dakwaan beliau kononnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan dipindah milik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu ini juga adalah tidak benar.

3. Secara umumnya, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan projek-projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara land swap. Lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain.

4. Secara prinsipnya, pelaksanaan projek-projek Kementerian Pertahanan melalui kaedah land swap merupakan mekanisma yang telah digunapakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) yang telah diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

5. Setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara land swap yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip. Setelah kelulusan prinsip diperolehi, cadangan projek pembangunan tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN. Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan perlaksanaan.

6. Tanah-tanah Kementerian Pertahanan yang terlibat dengan kaedah land swapping dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ‘end user’ seperti Tentera Darat, TLDM dan TUDM. Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar. Oleh itu, kem-kem tersebut perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang lebih sesuai.

“TRANSFORMASI MELALUI INOVASI”
_______________________
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Pertahanan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...