Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 April 2018

Selepas Rakyat Huru Hara Kerana TMJ Belanja, Terbukti Johor Perlukan Kepimpinan Baru Kata Pendakwah.

PENDAKWAH bebas penuh kontroversi, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary berkata apa yang berlaku selepas TMJ membelanja Bangsa Johor membuktikan Johor sebenarnya memerlukan kepimpinan yang lain.

Ini katanya, reaksi balas yang ditunjukkan rakyat terhadap tindakan TMJ itu membuktikan rakyat Johor memerlukan banyak bantuan namun kerajaan sedia ada tidak berjaya mencukupkan keperluan rakyat dengan sewajarnya.


Katanya lagi rakyat mampu berjalan ke banyak pasaraya besar namun tidak mampu membeli barang kerana dahagakan bantuan dek kepimpinan yang tidak terurus dengan baik.
 
"TMJ TELAH BUKTIKAN BAHAWA JOHOR PERLUKAN KEPIMPINAN YANG LAIN
 

Kejadian di Aeon Johor membuktikan bahawa rakyat sangat memerlukan banyak bantuan. Kerajaan sedia ada termasuk negeri Johor tidak berjaya mencukupkan rakyat Johor dengan sewajarnya.
 

Kesusahan yang wujud dalam zahir kesenangan sebenarnya berlaku dalam masyarakat negara Malaysia terutama Johor.
 

Kita boleh dan mampu pergi berjalan ke banyak pasaraya besar namun tidak mampu beli barang pun kerana rakyat masih dahagakan bantuan dek kepimpinan rakyat yang tidak terurus dengan baik," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook.

Pada rabu, TMJ telah berkunjung ke AEON Tebrau dan mengumumkan menggunakan pembesar suara untuk membayar apa sahaja yang diambil oleh pelanggan pada ketika itu.

Laungan terima kasih dan nama TMJ kemudiannya kedengaran selepas pengumuman dibuat.

Bagaimanapun sejurus selepas kejadian itu, pasaraya berkenaan menjadi huru hara berikutan diserbu ramai pelanggan.

AEON Tebrau kemudiannya ditutup sebentar pada pagi khamis dan menyambung semula operasinya pada petang selepas melakukan kerja-kerja pembersihan dan penambahan stok.

Beberapa pasaraya lain turut diserbu pada khamis apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita TMJ akan membelanja semua BANGSA JOHOR pada hari itu. - 13 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...