Khamis, 12 April 2018

Diselar Sebar Fitnah, Rafidah Aziz Edit Kenyataan Asal Isu Tanah MINDEF.

8 April lalu, Tan Sri Rafidah Aziz telah menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Baca : Dasar Penswastaan Tanah Milik MINDEF Kini Milik 3 Individu.

Dalam surat itu, Rafidah mendakwa 40,000 hektar tanah milik MINDEF kini bertukar milik kepada 3 individu yang dipajakkan selama 40 tahun lamanya.


Projek itu juga katanya tidak dibuat secara tender terbuka malahan diberikan kepada syarikat yang tidak diketahui rekodnya.

Kata Rafidah lagi, dasar penswastaan tanah MINDEF itu menguntungkan syarikat yang memiliki tanah-tanah pajakan MINDEF. Malahan katanya, tanah-tanah milik MINDEF kini bukan lagi milik MINDEF

Menurut Rafidah, syarikat diberikan kuasa untuk membangunkan kem-kem militari base yang baru dan selepas selesai, syarikat akan memiliki tanah yang dipajak yang mana mereka boleh menjual kepada pihak lain atau membangunkan tanah tersebut secara komersial.

Tanah itu kata Rafidah, adalah aset strategik negara dan sangat berharga.

Susulan pendedahan oleh bekas menteri MiTi itu, kumpulan cybertroopers UMNO kemudiannya tampil membidas dakwaan berkenaan.

Pro BN mendakwa kenyataan Rafidah adalah #FakeNews dan fitnah semata-mata ini kerana pada penghujung 2008, Tan Sri Rafidah Aziz bukan lagi menteri yang berada dalam kabinet. Malahan Najib juga bukan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Berdasarkan semakan, nama Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan dari senarai kabinet Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) selepas berakhirnya PRU12. 

Perkara itu turut dilaporkan oleh portal Malaysiakini. Rujuk sini.

Manakala Najib meskipun memegang porfolio Kementerian Pertahanan tetapi ia hanya bertahan sehingga September 2008 sebelum beliau menukar portfolio kepada Kementerian Kewangan pada tahun yang sama.

Kementerian Pertahanan kemudiannya diserahkan kepada Pak Lah. Lihat rujukan sini dan sini.

Selepas apa yang dituliskan oleh pro BN menjadi viral, didapati Tan Sri Rafidah Aziz kemudiannya mengedit sedikit tentang kenyataan asalnya dengan mengubah tahun daripada 2008 kepada penghujung 2007.


Dalam perkembangan yang lain, Eric Se To, Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional turut menyelar kenyataan Rafidah Aziz mengenai pemilikan tanah MINDEF itu.

Menurutnya, apa yang didakwa oleh Rafidah itu juga pernah tersebar di group WhatsApp pada bulan lepas.

Gambar - Eric Se To
Tidak diketahui siapa yang menulisnya tetapi kerana ia terlalu karut maka Eric Se To memilih untuk mengabaikannya. 

Namun tidak disangka-sangka dakwaan yang sama kini disebarkan atas nama Tan Sri Rafidah Aziz, adakah kini Rafidah sengaja menyebarkan ia dan meletakkan 'kredit' ke atas namanya agar isu tersebut menjadi tular, kata Eric Se To dalam satu kenyataan.

Eric Se To turut berkata, pada tahun 2008 Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal turut berada dalam kabinet Pak Lah yang kemudiannya Najib sehingga tahun 2015.

Jika ia merupakan satu perkara besar, sudah tentu ia akan menjadi isu dan dipersoalkan Tun Mahathir.

4 Kali Edit Sindir Pro BN - Gambar Pro BN

Rafidah bagaimanapun tidak memperjelaskan kenapa beliau mengubah tarikh ataupun menjawab kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pro BN.

Namun Rafidah menjawab kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang menafikan semua pendedahan Rafidah dengan mendakwa ia adalah pembohongan semata-mata.


"Ia adalah satu pembohongan. Penipuan dan lebih banyak penipuan," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussien ketika diminta mengulas tentang pendedahan Rafidah pada 8 April lepas.

Jawapan Rafidah untuk Hishammuddin/Menteri Pertahanan


Respon Rafidah kepada unit komunikasi MINDEF 


Mempertahankan dakwaannya, Rafidah tetap mengesa agar kertas kabinet pada akhir tahun 2007 didedahkan kepada umum biar semua menilai dan mengetahui kebenarannya sendiri. - 11 April 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...