Selasa, 10 April 2018

Perlu Taat Pada Najib, Undi Barisan Nasional - Abu Aqif.

Salah seorang cybertrooper tegar UMNO yang juga sering menyebarkan mesej-mesej Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari dan lain-lainnya menyebarkan hadis yang menyeru semua rakyat untuk taat kepada Barisan Nasional dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan yang tersiar pada 6 April itu berbunyi begini;



"Namun sebagai Muslim ia bukanlah alasan untuk kita mengambil kesempatan dari sistem yang tidak sempurna ini untuk melakukan tindakan Khawarij.
 

Perdana Menteri masih lagi Pemerintah yang sah dan masih lagi memiliki kuasa yang sama seperti sebelum Parlimen bubar.
 

Jadi, sebagai makhluk yang telah kenal sunnah, belajar hadis dan beriman dengannya, bagaimana tindakan kita apabila Perdana Menteri Malaysia sebagai pemerintah yang sah meminta mengundi Barisan Nasional?
 

Adakah permintaan ini tidak makruf?
 

Mahu taat atau tidak mahu taat?
 

Mohon jadikan hadis ini sebagai pedoman ketika menjawab. Sabda Nabi ﷺ,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Dari Ibnu Umar, Nabi ﷺ bersabda,

"Bagi setiap muslim, wajib taat dan mendengar kepada pemerintah kaum muslimin dalam hal yang disukai mahu pun hal yang tidak disukai (dibenci) kecuali jika diperintahkan dalam maksiat. Jika diperintahkan dalam hal maksiat, maka boleh menerima perintah tersebut dan tidak boleh taat (tidak taat dalam hal kemaksiatan itu sahaja, -pent)." [HR. Bukhari no. 7144 dan Muslim no. 1839].

Allahua'lam," jelasnya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook.





Kemudiannya pada 8 April, Abu Aqif sekali lagi menyebarkan video ceramah Ustaz Idris Sulaiman yang membayangkan seolah-olah ianya ada kaitan dengan sokongan terhadap kepimpinan Najib Razak meskipun perkara itu tidak disebutkan secara jelas.

"Iaitu tentang soal kewajipan taat kepada pemerintah muslim dalam perkara yang maa'ruf. Ini juga kewajipan-kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang muslim.

Takpe kita tumpu pada akidah dalam masa yang sama kita bersama khawarij.

Ini apa cakap ini? Ini bukan cakap seorang muslim. Takpe, kita tumpu pada akidah dalam masa yang sama kita bersama khawarij, itu takpe. Ini apa cakap ini? Ini tak masuk akal.

Jangan dikelirukan permasalahan ini. Permasalahan hubungan antara pemerintah dengan rakyat perlu diperbetulkan. Seperti mana banyak perkara-perkara yang perlu diperbetulkan. 

Tapi saya melihat perkara ini menjadi keutamaaan. Kerana negara di persimpangan jalan.

Apabila kita melihat pihak-pihak, musuh-musuh nak menjatuhkan kerajaan. Adakah disitu kita nak berpeluk tubuh lalu kita buat syubahat?

Ini keliru. Ini orang yang tak faham keutamaan.

Dikala negara hendak dijatuhkan, hendak dijatuhkan oleh musuh hendaklah kita bertindak sewajarnya. Jangan dibuat syubahat-syubahat seperti ini yang hanya mengelirukan, ya.

Sebab itu saya melihat ada keperluan untuk menekan perkara ini.

Dalam masa terdekat ini negara akan berdepan suasana yang paling tidak kita kata, sedikit sebanyak getir la.

Ya, kerana pilihanraya, tuan-tuan kena maklum, itu adalah masa paling cemas bagi sebuah kerajaan.

Kerana memang sistem demokrasi direka seperti itu. Untuk menanti pada hari pilihanraya itu, untuk pihak-pihak berkepentingan bertindak.

Sekiranya pemerintah itu menurut kehendak mereka, maka mereka sokong. Sekiranya pemerintah itu tidak menurut kehendak mereka, maka mereka akan berusaha menjatuhkan. Kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak seperti ini memperlakukan negara dan kerajaan kita sedemikian rupa.

Kerana akhirnya kita akan merasa kesannya, ya," kata Ustaz Idris Sulaiman dalam rakaman ceramah berkenaan. 

Fatwa undi pemerintah



Fatwa undi mempertahankan pemerintah turut disebarkan oleh Abu Aqif.

Berdasarkan semakan, hampir kesemua netizens yang memberikan pandangan di ruangan komen menyokong kesemua fatwa, ceramah ataupun dalil yang dihujahkan keperluannya menyokong Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional. - 9 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...