Isnin, 9 April 2018

Dikritik Bertubi-Tubi Oleh Netizens Atas Isu Mahathir, Ini Jawapan Balas TMJ.

Selepas dikritik hampir kesemua netizens yang mengulas di kenyataan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, mengenai Tun Mahathir Mohammad, TMJ sekali lagi mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab kesemua kritikan-kritikan online itu.

Dalam kenyataan balas terbaru TMJ itu, beliau meraikan kepelbagaian dan perbezaan pendapat kerana menurutnya itu adalah hak masing-masing.

Terdahulu page JDT juga sempat berkongsikan gambar 'it's okay to be different' yang dipercayai ada kaitan dengan kenyataan beliau mengenai kepimpinan Tun Mahathir.


Kenyataan TMJ;
 
APA-APA KEPUTUSAN DAN PENDAPAT ITU ADALAH HAK MASING-MASING.

Baca betul-betul dan fahamkan dahulu. Bukan terus ‘breakdance’.

Saya berikan pendapat saya secara ikhlas yang mana saya fikirkan adalah yang terbaik untuk negeri saya. Ia adalah pendapat peribadi saya dan dengan kedudukan saya, saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik atau individu. Bila saya memikirkan tentang sesuatu, saya akan memikirkan apa yang terbaik untuk negeri Johor dan saya tidak akan membiarkan emosi saya menganggu pendapat saya.

Tetapi apa pun, orang ramai berhak untuk memberikan pandangan mereka sendiri. Mereka berhak untuk menyokong sesiapa yang mereka mahu dan berhak untuk mempunyai pendapat masing-masing. Itu hak semua orang. Saya tetap berpegang walau sesiapa pun yang akan menjadi ketua dalam negara, beliau bukan berkhidmat untuk idealogi parti tetapi perlu berkhidmat kepada rakyat. Keutamaan yang pertama adalah rakyat.



Apa-apa kenyataan yang saya bagi semalam, itu adalah pandangan peribadi saya tetapi rakyat berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk masing-masing. Di negeri Johor lain. Anda perlu faham bahawa di negeri Johor lain, kami mempunyai cara kami yang tersendiri. Oleh itu janganlah terbawa pengaruh dari luar masuk ke negeri Johor. Manakala yang di luar sana, jagalah negeri masing-masing dan negara.

Itu adalah pandangan ikhlas saya, tetapi macam mana yang saya katakan rakyat berhak untuk pilih apa sahaja yang rakyat mahu. Tetapi ingat, bahawa orang yang anda pilih mesti berkhidmat dan beri keutamaan kepada anda. Bukan kepada agenda peribadi.

Pandangan saya adalah untuk negeri Johor. Apa jua yang saya fikir dan apa yang saya buat adalah demi rakyat Johor. Pada saya, rakyat Johor yakin dengan kepimpinan DYMM Tuanku Sultan Johor

Saya dilahirkan untuk menjaga negeri Johor. Jadi, itu adalah tanggungjawab saya. Saya tidak cakap saya sokong Tun Mahathir, Dato Seri Najib atau sokong mana-mana pihak. Saya jenis berterus-terang. Sebelum ini ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Dato Seri Najib, saya tegur! dan juga apabila Tun Mahathir ada isu pun saya tegur. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak menyokong sesiapa. Saya hanya tidak bersetuju apabila sesetengah individu yang pernah ada krisis dengan negeri Johor cuba mengambil negeri Johor! Kerana ini negeri saya. Negeri yang ayahanda saya dan datuk moyang kami mempertegakkan apabila berlaku sebarang krisis. Takkan begitu mudah rakyat lupakan krisis tersebut?

Walaubagaimanapun, perlembagaan negeri Johor dan institusi negeri Johor perlu dikekalkan, dan kedaulatan serta kesejahteraan negeri Johor mesti menjadi keutamaan. Takkan itu pun amat susah untuk difahami? Anda hendak sokong sesiapa, anda sokong. Tetapi seperti yang saya katakan, apa jua urusan dalam negeri Johor itu antara saya dan rakyat Johor. Saya rasa orang lain tidak perlu masuk campur dan bersuara. Majoriti apabila kami buat kaji selidik, datang daripada luar.

Apa yang akan terjadi dalam Malaysia itu urusan anda. Apa keputusan yang terbaik saya rasakan untuk negeri Johor itu antara saya dan rakyat saya. Kami boleh bersama berbincang, sama-sama berbual dan saya beri pendapat saya, mereka bagi pendapat mereka. Itulah perkara yang membuatkan negeri ini maju, kerana kami saling berkongsi pendapat dan yang penting sekali adalah ikhlas serta taat kepada institusi dan juga perlembagaan negeri Johor.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...