Sudah bertahun-tahun menunggu RUU 355 lulus di Parlimen, akhirnya ia tidak kemana-mana menyebabkan Mamu Rashid menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan PAS pada hari ini.
"Pelbagai program dilaksanakan agar orang Islam menyokong. Tiba-tiba kesudahannya seperti dibangkul sampahkan", kata Mamu Rashid yang juga bekas Setiausaha Penerangan PAS Pulau Pinang
Mamu Rashid berkata, sebagai orang yang masih berkeahlian PAS, beliau amat sedih dengan pemimpin PAS yang tidak bersungguh-sungguh untuk mendesak kerajaan membawa perkara itu sehingga diluluskan.
"Kat Masjid-masjid, isu ini sampai ke mimbar masjid sehingga wujud amalan kafir mengkafirkan, tuduhan munafik sesama orang Islam", kata Mamu Rashid yang juga kini setiausaha Masjid Taman Sembilang.
Sumber : Khabar-Siyasah.