EXCO Pemuda PPBM, Dr. Faiz Na'aman kemudiannya menyelar tindakan ISMAWEB itu yang pada anggapannya adalah satu bentuk serangan peribadi.
"ISMA NAK MAIN POLITIK JUGA KE?
Apa yang pihak Ismaweb.net, Ikatan Muslimin Malaysia mahu sampaikan dengan menaikkan tajuk begini? Jika beginilah pihak kalian selaku NGO yang guna nama Islam cuba menyerang peribadi seseorang secara halus, maka kalian telah GAGAL dalam usaha dakwah malah menjauhkan orang-orang muda Melayu-Islam sendiri dari mendekati golongan yang bersentimen keagamaan seperti kalian.
Kalian memupuk perasaan benci terhadap pihak yang kalian sewenang-wenangnya cop sebagai liberal, rasis, anti-Islam dan pelbagai lagi label negatif. Adakah itu salah satu pendekatan dakwah yang Rasulullah ajar? Melabel orang guna media? Menyuburkan syak wasangka malah membuka aib lampau seseorang?
Bukankah saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah mengaku kesilapannya dahulu mengunjungi disko secara terbuka di media? Apa lagi yang ISMA tidak puas hati dengannya? Mahu jaga dosa pahala orang seperti PAS pula ke? Apakah ISMA tidak boleh bersangka baik dengan keinsafan insan seakidah yang sedikit terlajak dahulunya? Islam jenis apa yang ISMA cuba promosi? Jenis berdakwah atau jenis melabel? Menghukum? Memperli?," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook.
Sebelum ini cybertroopers UMNO pernah mendedahkan beberapa gambar Syed Saddiq yang berhibur di dalam disko bagi menyerang anak muda itu yang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara terang-terangan.
Salah seorang ahli keluarga Syed Saddiq juga pernah didakwa sebagai gay dan gambar-gambarnya dimainkan oleh cybertroopers pro UMNO.
Bagaimanapun setakat ini diperlihatkan Syed Saddiq tidak mengambil peduli serangan berbentuk peribadi itu dan tidak memberikan apa-apa respon sebaliknya focus dalam kerja-kerja politik bagi menumbangkan Barisan Nasional. - 9 April 2018.