Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 November 2018

Portal Islam Rusia Laporkan Perkahwinan Agong, NSTP Padamkan Berita.

SEMASA | Semalam portal Islam tempatan Rusia, https://www.islamnews.ru/ melaporkan perkahwinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan seorang wanita dari negara itu, yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.


Majlis perkahwinan itu dilakukan di Dewan Barvikha dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa dan minuman yang dihidangkan juga tidak mengandungi sebarang alkohol bagi meraikan kedua-dua pasangan mempelai itu.

Majlis perkahwinan dikatakan berlangsung dengan tradisi melayu dan Rusia bergabung dimana Sultan Muhammad V lengkap berpakaian baju melayu berwarna biru tua manakala pasangannya berbaju gaun biru muda. 


Gambar-gambar perkahwinan Agong yang mula tersebar sejak malam tadi di sosial media bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dari netizens.

Ada yang beranggapan gambar-gambar itu palsu dan edit dan ada pula yang menyindir. Bagaimanapun di pihak kami, kami mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Sultan Muhammad V, semoga bahagia berkekalan hendaknya. Amin.

Dalam perkembangan berkaitan, portal NSTP dilihat telah memadamkan laporan berita mengenai perkahwinan itu di websitenya.

"Halaman yang dikunjungi tidak lagi boleh diakses" begitulah kenyataan yang terpapar apabila menekan pautan ke berita tersebut.

Meskipun tidak menjelaskan sebab kenapa artikel itu dipadamkan tetapi pihak kami mempercayai ia mungkin kerana akhbar itu tersalah melaporkan perkahwinan Agong yang berlangsung pada tahun 2015 sedangkan menurut portal Rusia, majlis persandingan itu berlangsung pada baru-baru ini sahaja dan bukannya gambar lama. - 24 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...