Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 November 2018

PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad.

SINAR HARIAN | Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad sedia mempertimbangkan kebenaran penganjuran perhimpunan besar-besaran menolak cadangan kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD.


Menurutnya, namun ia bergantung kepada nasihat polis dan setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi yang kemukakan berhubung hasrat penganjuran himpunan yang dikatakan dijangka disertai satu juta orang itu.

"Kita tidak terima apa-apa permohonan untuk diadakan perhimpunan itu. Jadi kita tunggu untuk permohonan dikemukakan. Kita pun nak tahu siapa penganjurnya, apa tujuan membuat permohonan secara rasmi dengan segala maklumat yang diperlukan.

"Untuk beri kebenaran, kita tengok permohonan, kalau dia datang nak bakar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita tidak benarkanlah. Tapi kita tengok apa tujuan dan matlamatnya, siapa disebaliknya, semua maklumat penting untuk kita nak nilai permohonan.

"Secara dasar dan umumnya kita tidak menghalang perhimpunan aman,"
katanya ditemui media selepas Perasmian Art In The City di Kuala Lumpur City Walk di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan berkenaan, Khalid berkata, pihaknya sukar untuk membenarkannya sekiranya ia melibatkan penyertaan yang terlalu ramai.

"Kena tanya pihak polis. Mungkin polis juga akan bagi nasihat. Sebab mereka kata nak turunkan 1 juta orang. Habis melimpah rosak lah Dataran Merdeka.

"Kalau nak turunkan seribu dua orang mungkin kita boleh muatkan. Kalau sejuta orang kena hantar ke tempat lain. Bergantung kepada nasihat pihak polis,"
katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini dilaporkan menyatakan hasrat penganjur himpunan besar-besaran berkenaan membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno.

Himpunan itu bakal diadakan di ibu negara pada 8 Disember depan bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...