Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 November 2018

Penduduk TTDI Kecewa Walaupun Dah Tukar Kerajaan, Taman Rimba Kiara Masih Diancam.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PENDUDUK Taman Tun Dr Ismail yang berjuang untuk menyelamatkan taman awam itu daripada pembangunan kecewa dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang menunjukkan taman awam itu dizonkan semula dengan kemungkinan untuk pembangunan di masa akan datang.


Koordinator Save Taman Rimba Kiara (STRK) Leon Koay berkata, pihak berkepentingan tidak pernah berunding mengenai pelan itu sebelum ia digazetkan dan bimang dengan dan cemas dengan pelencongan daripada Rancangan Draf KL 2008.

Pelan yang digazetkan itu didedahkan kepada umum sejak 12 November.

Dalam pelan 2008, lebih 8 hektar kawasan Taman Rimba Kiara dipelihara sebagai Kawasan Lapang Alam, dengan pengecualian kuil Hindu dan rumah panjang kayu yang dibina untuk bekas pekerja ladang getah yang dipindahkan ke situ bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Dalam pelan yang diwartakan, yang berdasarkan kajian draf pelan 2018, Taman Rimba Kiara dibahagikan kepada tiga kawasan.

Satu plot diperuntukkan bagi pembangunan campuran, satu lagi untuk perumahan berkepadatan tinggi dan berukuran ketiga kira-kira 2.4 hektar ekar untuk ruang terbuka awam.

Koay berkata pengezonan semula itu “tidak boleh diterima” dan pelan itu mesti ditukar kembali ke ruang terbuka awam.

“Pengezonan itu tidak sepatutnya berlaku, ia perlu ditarik balik. Ia mengecewakan untuk melihat bahawa ia berada dalam rancangan yang diwartakan baru-baru ini.

“Kami mengundi Pakatan Harapan dan kami percaya bahawa mereka boleh membawa pembaharuan dan perubahan,”
katanya kepada The Malaysian Insight.

Pengezonan semula bermakna bukan sahaja menyebabkan ruang terbuka mengecil dari 8 hektar kepada 2.4 hektar, tetapi kajian STRK berhubung pelan yang digazetkan itu mendapati plot perumahan berkepadatan tinggi diperuntukkan bagi kepadatan 400 orang seekar.

2.4 hektar yang disimpan sebagai ruang terbuka awam juga dilihat tidak selamat, kerana ia jatuh ke dalam kawasan lebih besar yang ditanda sebagai zon rancangan pengangkutan atau transit termasuk stesen MRT TTDI, kata SRTK dalam dokumen yang dimuat naik di laman Facebook dan diberikan kepada The Malaysian Insight.

Menurut tafsiran kumpulan itu mengenai zon, Datuk Bandar Kuala Lumpur dilihat masih mempunyai kuasa bagi membenarkan pembangunan lebih lanjut yang dapat mengambil alih atau menggantikan pelan zon semasa.

Koay berkata STRK akan menghadiri sesi town hall yang dirancang pada Jumaat ini bagi mendapatkan penjelasan dari Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Tambahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum menyatakan keperluan untuk rumah kekal kepada 100 keluarga yang tinggal di rumah panjang Taman Rimba Kiara sejak lebih 30 tahun lalu sementara menunggu rumah baru.

Koay mempersoalkan sama ada Khalid membenarkan orang dalam DBKL untuk membenarkan pembangunan walaupun mendapat bantahan daripada penduduk.

“Mengapa tiada tindakan diambil terhadap pegawai kanan Dewan Bandaraya yang membenarkan pembangunan di taman itu?

“Ia bukan hanya mendakwa bekas menteri wilayah (Tengku Adnan Tengku Mansor) dengan rasuah, tetapi proses dalaman perlu pembaharuan,”
katanya.

Tengku Adnan baru-baru ini didakwa dengan dua tuduhan rasuah kerana menerima rasuah RM3 juta untuk membantu pemaju dalam projek di Kuala Lumpur.

Khalid pada 31 Oktober di Dewan Rakyat mengumumkan Pelan Rancangan Kuala Lumpur 2020 sudah digazetkan. Berita itu mengejutkan beberapa kumpulan penduduk di pinggir bandar Kuala Lumpur ang mana mereka memperjuangkan projek pembangunan di kejiranan mereka yang sedia sesak.

Ditanya mengapa beliau memungkiri janji yang dibuat pada Julai untuk bertemu penduduk sebelum mengazetkan pelan itu, Khalid berkata beliau tidak pernah berjanji demikian dan hanya berkata akan “pertimbangkan” untuk berjumpa dengan penduduk.

SRTK berjuang untuk pembangunan semula Taman Rimba Kiara lebih setahun lalu, sejak berita projek oleh pemaju Memang Perkasa untuk membina dua bangunan apartmen 42 tingkat dan 54 tingkat, bersama satu lagi blok bangunan rumah mampu milik 30 tingkat untuk memindahkan penduduk rumah panjang.

Penduduk TTDI menentang pembinaan apartmen itu tetapi bersetuju perumahan harus disediakan untuk penduduk rumah panjang.

Yeoh membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung projek berkenaan selepas menjadi Ahli Parlimen Segambut.

Penduduk TTDI tahun lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap projek berkenaan tetapi kes itu tertangguh berikutan “resolusi bersama” yang sedang dibuat oleh DBKL.

Yeoh ketika dihubungi berkata, beliau berharap Khalid akan mendengar rayuan penduduk ada sesi town hall Jumaat ini dan akan mengezonkan seluruh plot Taman Rimba Kiara sebagai ruang terbuka awam.

“Kami harap Khalid dan Datuk Bandar Hisham akan mendengar rayuan penduduk kerana mereka mahu Taman Rimba kekal hijau,” katanya dalam satu mesej kepada The Malaysian Insight.

Berhubung laporannya kepada SPRM, beliau berkata pegawai berkenaan memberitahunya siasatan masih berjalan. – 21 November 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...