Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 November 2018

ICERD Agenda Freemason Yang Merosakkan Agama, Bangsa Dan Negara Kata Presiden PAS.

MALAYSIAKINI |Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sebagai agenda Freemason.


“Akhirnya, ICERD adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara,” katanya tanpa menghuraikan lanjut dakwaan itu.

Hadi berhujah demikian dalam kenyataan panjangnya berkaitan triti antarabangsa yang ditentang hebat PAS, Umno dan sekumpulan NGO Melayu.

Freemason ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang sering dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi di seluruh dunia.

Hadi berhujah, takrif takrif diskriminasi, hak dan keadilan bagi orang Islam “berbeza dengan kalangan yang tidak beragama”.

“Adil mengikut takrif kita ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya,”
katanya.

“Maka amatlah wajar diletakkan hak istimewa kepada kaum tertentu bagi menampung kelemahan yang berlaku seperti memberikan hak istimewa kepada kaum Bumiputera kerana dipinggirkan pada zaman penjajah.”


Beliau menyifatkan pengiktirafan terhadap Icerd seperti menebuk dinding rumah sendiri.

“Adapun kepada kita, adalah menjadi keyakinan bahawa mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut.

“Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara,”
katanya.

Beliau juga menyifatkan Icerd sebagai “tidak beragama dan (tidak) berkemanusiaan”

“Jangan terpengaruh dengan Barat yang sudah meninggalkan agama dan etika kemanusiaan yang sebenarnya,” katanya. - 22 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...