Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 November 2018

Menteri Perpaduan Sampai Terkulai Sendirian Dikecam Kaw-Kaw, Tiada Seorang Pun MP Kerajaan Bangkit Menolongnya.

PARLIMEN | Menteri Perpaduan P. Waytha Moorthy hari ini dikecam bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen dari PAS dan Barisan Nasional apabila gagal menjawab isu mengenai ICERD dan kenyataannya di Belanda pada 10 tahun yang lepas mengenai diskriminasi kaum india.

P. Waytha ketika itu sedang menjawab kesan ICERD ke atas Perlembagaan Negara terutamanya ke atas artikel 153 apabila Ahli Parlimen Bera menjelaskan hampir kesemua peruntukan dalam ICERD telah dilaksanakan oleh Malaysia kecuali artikel 153.


 
Bagaimanapun jawapan P. Waytha bahawa kerajaan tidak akan menratifikasikan ICERD andai artikel 153 akan tergugat nampaknya tidak diterima oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berikutan kewujudan percanggahan jawapan Menteri Perpaduan itu sendiri.

Menteri Perpaduan menjelaskan langkah konsultasi akan dilaksanakan bagi menjelaskan isu sebenar berkaitan ICERD bagi mendapatkan sokongan dan respon rakyat untuk menghapuskan semua diskriminasi kaum namun dalam sesi yang sama P. Waytha turut mengatakan tiadanya diskriminasi di Malaysia.

P. Waytha juga gagal untuk menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepala Batas apabila ditanya mengenai;

👉 ada 9 instrumen;

👉 setakat ini 197 negara yang menandatanggani ICERD hanya 24 darinya bersetuju dengan semua instrumen yang dinyatakan dalam ICERD;

Selepas tidak menjawab soalan pokok, Menteri Perpaduan kemudiannya diserang bertubi-tubi dari Tanjung Karang dan Kepala Batas sebelum beberapa Ahli Parlimen dari PAS dan UMNO bangkit mempertikaikan P. Waytha Moorthy.

Speaker pula dilihat gagal untuk mengawal keadaan kerana terlalu lembut dan baik hati.

Keadaan menjadi semakin kecoh dan huru hara apabila P. Waytha kelihatan marah selepas diprovokasi oleh Tanjung Karang mengenai kenyataannya kaum india didiskriminasikan pada 10 tahun lepas ketika mendapatkan perlindungan di Belanda.

Ahli Parlimen pembangkang kemudiannya mendesak P. Waytha memberikan bukti bahawanya kaum india didiskriminasikan dan Menteri Perpaduan itu tanpa sedar telah termasuk ke dalam perangkap Ahli-Ahli Parlimen BN dengan bersedia mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya 10 tahun lepas.

Untuk rekod, 10 tahun lepas P. Waytha mendakwa;

👉 10,000 kuil diroboh dan 23,000 dalam proses

👉 Hindu dipaksa tukar agama jika mahu bekerja kerajaan

👉 Kaum india didiskriminasikan dan dinafikan haknya di Malaysia

P. Waytha juga tidak menarikbalik kenyataan lampaunya sebaliknya mempertahankan ia dengan bertegas mahu memberikan bukti seperti yang diminta oleh Ahli Parlimen dari kem pembangkang.

Laungan rasis, rasis, rasis kemudiannya bergema apabila P. Waytha yang dilihat hilang pertimbangan gagal menjawab kata-kata kecaman yang diberikan kepadanya.

P. Waytha kemudiannya memohon untuk menghentikan perbahasan mengenai ICERD dan perkara itu turut menimbulkan kemarahan Tanjung Karang yang akhirnya mengatakan jika Malaysia ialah diskriminasi Pengerusi Hindraf juga tidak akan berada di dalam Dewan Rakyat dan menjadi menteri.

Apa yang menariknya juga, P. Waytha yang diserang bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen pembangkang itu nampaknya tidak dibela walau seorang pun ahli parlimen dari kem kerajaan.

Mereka semuanya duduk diam di tempat masing-masing dan membiarkan sahaja Pengerusi Hindraf itu diserang bertubi-tubi sehingga hilang kawalan.

Tiada seorang pun yang bangun untuk mencelah apatah lagi tampil membela seolah-olah telah bersepakat sesama mereka untuk tidak masuk campur dalam urusan tersebut memandangkan isu ICERD menjadi semakin kontroversi sejak tersebarnya rakaman P. Waytha Moorthy yang menfitnah Malaysia. - 19 November 2018. 
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...