Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Ogos 2018

SKMM Padam 'Senarai Bahasa Terlarang' Dari Web Tanpa Penjelasan Selepas Ianya Kecoh.

Beberapa hari lepas kecoh di sosial media mengenai senarai bahasa terlarang yang disediakan oleh SKMM sebagai protokol bagi agensi media khususnya ketika menulis, melaporkan dan membaca berita di agensi masing-masing.

Senarai itu diperolehi dalam bentuk PDF di website rasmi SKMM menerusi pautan : https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Bahasa-Terlarang.pdf

Bagaimanapun pautan tersebut tidak lagi boleh diakses selepas ianya menjadi sensasi diperkatakan dikalangan warga maya.

Menerusi arahan tersebut, terdapat lima jenis panduan yang digariskan bagi melarang pihak media dari menuliskan perkataan/frasa/bahasa yang dianggap;

i)  Gelaran tidak santun kepada individu seperti : Mat Monggol, Mat Sembab, Si Gagap, Mat Komedi, Si Puaka, Maha Firaun, Mat Sabun dan Mak Lampir.

Gelaran Mat Sembab selalunya ditujukan pada Muhyiddin.
Gelaran Maha Firaun pula kepada Mahathir.
Gelaran Mat Lampir kepada Zuraidah Kassim.
Gelaran si Puaka kepada Rosmah Mansur.
Gelaran Mat Komedi kepada Zahid Hamidi.
Gelaran Si Gagap kepada Khalid Ibrahim.
Dan gelaran Mat Sabun kepada Mat Sabu.

Ini antara perkataan yang selalu digunakan oleh penyokong partisan yang tegar (hardcore).

ii) Gelaran tidak santun kepada institusi atau organisasi seperti : Dapig, Fuckatan, Pascai, Umngok, Umporno, TV tiga suku, Utusex, Parti Kencing Rakyat (PKR) dan PanDAP.

iii) Menyamakan manusia dengan haiwan ataupun mahkluk tidak baik seperti : babi, anjing, lembu, hantu, syaitan, iblis.

iv) Anggota badan dan hasil daripada badan manusia seperti : .. mak, butuh, tahi.

v) Sifat dan kelakuan manusia seperti : bodoh, dungu, celaka, haram jadah, betina, sundal, mampos, dan tonggong.  
 





Apa yang menjadi tanda tanya dikalangan netizens ialah apabila perkataan/frasa seperti mak ko ijau, bahlul, mangkuk ayun, kepala bapak, haprak, bangkai, kepala bana, kafir perlu disunting dalam penyiaran sebelum diterbitkan kepada orang ramai.

SKMM setakat ini tidak memberikan apa-apa maklum balas mengenai senarai tersebut meskipun ianya hangat diperkatakan sejak dua hari lepas. - 13 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...