Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2018

Lebih RM400b Diperlukan Jika Mahu Bebas Tol - Menteri.

Oleh : Awani

Kerajaan mengakui bukan mudah untuk melaksanakan penghapusan tol, terutamanya dalam keadaan kewangan negara ketika ini.

 
Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi janji manifesto.

"Namun, Kerajaan mengakui cadangan itu bukan mudah untuk dilakukan terutamanya dalam keadaan kewangan semasa yang tidak mengizinkan.

"Kerajaan telah meneliti pelbagai faktor serta implikasi penghapusan tol di mana anggaran kos pelepasan tol ialah melebihi RM400 billion,"
kata Baru Bian.

Tambahnya, selepas menimbangkan perkara ini, Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan ini sehingga keadaan ekonomi benar-benar stabil.

"Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus meneliti pilihan lain bagi membantu rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup," kata beliau.

Baru Bian berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) yang bertanyakan tentang bilakah tol dijangka akan dimansuhkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...