Menurutnya, beliau tidak pernah bertemu dengan Presiden PKR tersebut.
![]() |
Azmi Ghazali |
“Setakat ini saya ahli parlimen bebas dan fokus saya Bagan Serai,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, FMT memetik sumber berkata Anwar yang mahu kembali ke Dewan Rakyat melalui PRK sedang menyasarkan sebuah kerusi Parlimen di Perak.
Sumber itu berkata, bekas ketua pembangkang itu mungkin bertanding di kerusi yang dimenangi ahli Parlimen bebas atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu.
Sumber itu berkata, ahli parlimen bebas berkenaan menemui Anwar dan menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada presiden PKR itu.
Selain Noor Azmi, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal juga ahli parlimen bebas di Bukit Gantang.
Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata beliau juga belum lagi mahu menyertai mana-mana parti politik.
Pada 24 Jun lalu, Noor Azmi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan Harapan (PH).
Katanya, beliau dipinggirkan Umno Bagan Serai dan tidak pernah diterima ahli bahagian sepanjang 5 tahun menjadi ahli parlimen.
Azmi berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen bebas, tetapi bercadang menyertai PPBM yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. - 15 Ogos 2018.