Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Ogos 2018

Najib Sedih Mahathir Tak Naikkan Gaji, Dakwa PM Tak Suka Polisi Gaji Minima.

Oleh : Najib Razak

Saya sedih dengan pengumuman Tun Mahathir bahawa kerajaan tidak akan menaikkan gaji penjawat awam dan menguatkuasa gaji minima pada masa terdekat. Menurut beliau, kerajaan tidak mampu kerana adalah majikan terbesar dan menaikkan gaji minima akan memberi impak kepada kos operasi kerajaan.

Isu gaji penjawat awam yang dikatikan dengan gaji minima adalah salah satu polisi utama yang menyebabkan Mahathir kurang senang dengan saya.


Mahathir telah berkata sebelum ini bahawa beliau dipaksa untuk keluar dari persaraan untuk melawan saya kerana rakan-rakan perniagaannya tidak senang dengan keputusan polisi kerajaan saya. Gaji minima merupakan salah satu polisi yang tidak disukai beliau dan rakan-rakannya.

Malah, Mahathir menulis mengenai ketidak puasan beliau dengan gaji minima di dalam blog Chedet pada 2 Mei 2012 di mana beliau menyatakan Malaysia sudahpun mempunyai gaji yang tinggi di ASEAN setelah Singapura dan menaikkan gaji minima akan menyababkan pelabur dan orang asing memindahkan kilang mereka keluar dari Malaysia.

Pandangan saya ialah jurang pendapatan di Malaysia adalah tinggi dan kita tidak memerlukan kilang yang datang ke sini untuk mengeksploitasi rakyat malaysia dengan gaji rendah. Kalau mahu, mereka boleh pergi dan kita boleh menggantikan dengan industri dan pelabur yang menawarkan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Menaikkan gaji penjawat awam mendekati gaji sektor swasta dan menaikkan pendapatan rakyat adalah salah satu fokus utama kerajaan saya terdahulu. Ini adil.

Ini antara sebab polisi seperti GST dan gaji minima diperkenalkan

Di bawah GST, ahli perniagaaan kaya dan ekonomi gelap tidak lagi dapat mengelak dan melarikan diri dari cukai atau terlibat dalam pengeluaran kapital dari Malaysia secara haram seperti yang mereka lakaukan di bawa SST, sementara kami mengutip lebih banyak wang dari orang kaya yang akan berbelanja lebih di bawah GST berbanding dengan orang miskin kerana terdapat banyak pengecualian.

Kerana itulah kutipan SST adalah kurang berbanding GST.

Sekarang GST telah dihapuskan, orang kaya dan ahli perniagaan boleh mengelakkan cukai sekali lagi dan merekalah yang akan beroleh kelebihan utama.

Wang yang hilang kepada orang kaya ini tidak lagi boleh digunakan untuk menaikkan gaji penjawat awam dan membantu kumpulan B40.

Menaikkan gaji penjawat awam merupakan salah satu dari janji di bawah manifesto BN PRU14 dengan kajian gaji dijanjikan pada bulan Julai. Ini tidak lagi menjadi.

Penjawat awam yang paling terkesan bukan hanya kerana gaji masih tidak dinaikkan, tetapi dari segi pencen jangka hayat yang lebih rendah apabila mereka bersara.

Saya harap “Malaysia Baharu” ini bukan hanya untuk yang kaya dan golongan peniaga sahaj

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...