Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 Ogos 2018

Ahmad Maslan Bukan Lagi Badut - Khairul Azri.

Oleh : Khairul Azri
 

Ahmad Maslan Bukan Lagi Badut

1. Ahmad Maslan semalam (7 Ogos 2018), memulakan perbahasan dengan menyenaraikan kadar-kadar GST diseluruh dunia.

2. Menjelaskan bahawa harga barang dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti:

- Harga barang
- Penawaran dan Pemintaan (Supply and Demand)
- Etika peniaga
- Nilai Ringgit
- Musim Tengkujuh
- Musim Perayaan
- Monopoli Barangan
- Kartel Pakatan
- Orang Tengah
- Penguatkuasaan yang Lemah
- Sabotaj Ekonomi
- Keupayaan KuasaBeli
- Perdagangan Dunia

3. Meminta KPDNKKHEP melihat etika peniaga yang memanipulasi harga barangan dan sabotaj ekonomi.

4. Menjelaskan tuduhan bahawa beliau ada menyebutkan ayat "GST boleh menurunkan harga barang" tapi beliau tidak sebut "GST boleh menurunkan harga semua barang".

5. Beliau memberikan 4 hujah sokongan kepada statement "GST boleh menurunkan harga barang" :

i) 30/10/2017, KPDNKK menjawab soalan dari Kubang Kerian bahawa 223 barang sememangnya telah turun harga kerana GST.

ii) Berlaku jualan murah pasca pengenalan GST kesan psikologi daripada sistem GST, apabila rakyat berpandangan bahawa GST menaikan harga barangan, mereka berhenti membeli barang, apabila demand turun, peniaga terpaksa menurunkan harga dengan melakukan jualan murah seperti jualan murah 10% ataupun 80% yang secara tidak langsung telah menurunkan harga barang.

iii)1/4/2015, dada akhbar turut menyebut bahawa pengeluar kereta menurunkan harga-harga kereta turun selepas pengenalan GST, dan percaya harga kereta akan melambung semula apabila SST diperkenalkan september nanti.

iv) Kadar inflasi sebenarnya telah menurun apabila GST diperkenalkan, 2014 kadar inflasi adalah 3.2%, 2015 kadar inflasi 2.1%, 2016 kadar inflasi 2.1%, 2017 kadar inflasi 3.6% kerana nilai matawang ringgit yang menurun, namun telah pulih semula pada 6 bulan pertama 2018 dimana kadar inflasi pada 1.8%.

6. Menerangkan bahawa GST juga adalah cukai yang menurunkan cukai yang lain. Sebagai contoh:

- Cukai SST kepada GST: 10%->6%
- Cukai Pendapatan: Turun 1-2%
- Cukai Syarikat: Turun dari 25% kepada 24%
- Cukai Koperasi:Turun 1-2%
- Cukai IKS, PKS:Turun dari 20% kepada 19%


Maka jika SST itu cukai yang baik, cukai apakah yang akan diturunkan apabila ia diperkenalkan semula kelak?

7. 3 Bulan Tax Holiday, Kerajaan telah rugi 11Billion, sepatutnya transisi ini dilakukan dengan lebih lancar tanpa wujudnya tempoh tax holiday.

8. Memohon penjelasan mengenai ketirisan hasil seperti Transfer pricing dan the hidden economy. Kerana beliau telah dimaklumkan oleh Kastam bahawa saiz hidden ekonomi di Malaysia adalah berjumlah RM30 Billlion. Dan melalui GST, jumlah ini telah berkurangan kepada RM10 Billion.

9. Soalan cukai bertindih apakah mekanisma kerajaan nanti, dan adakah eksport akan dikecualikan cukai kerana melalui GST eksport tidak dicukai.

10. Akhir sekali mengingatkan kepada kerajaan PH, kalaulah kerajaan PH dulu sebut bahawa mereka akan hapuskan GST dan dalam masa yang sama akan diganti SST 10 dan 6% beliau yakin bahawa PH takkan jadi pemerintah pada hari ini.

Nampaknya, pembunuhan karaker beliau betul2 berjayalah, sebab memang "jauh panggang dari api" kalau dihemat dari gerak lentok gaya perbahasan beliau tadi dengan karakter atau watak badut, joker, bodoh yang telah digembar-gemburkan selama ini.

Sekian.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...