Selasa, 14 Ogos 2018

"Kadang-Kadang Kita Guna Bahasa Arab," Mahathir Sindir TITM Kaw-Kaw.

Dewan Rakyat |Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadli Shaari mempertikaikan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang didakwanya tidak menjawab soalan yang dikemukakan berhubung arahan penggunaan bahasa inggeris oleh Polis Diraja Malaysia ketika menyampaikan sesi taklimat dan operasi setiap hari.


Menurut Ahmad Fadli Shaari, Perdana Menteri itu dengan sengaja menjawab secara sinis dan mengelak dari menjawab soalan dari Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
"Lain Yang Ditanya, Lain Yang PM Jawab

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta penjelasan berkenaan berita The Malaymail yang menyatakan Polis Diraja Malaysia akan menggunakan Bahasa Inggeris bukannya Bahasa Melayu dalam taklimat dan operasi pada setiap hari.

PM secara sinis menjawab "kadang-kadang kita guna Bahasa Arab kerana yang mendengar itu tidak faham dan terjemahannya itu kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi, amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang dalam bahasa apa pun, yang penting dia faham apa yang kita kata. 


Kalau dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksalah guna bahasa Arab bagi orang yang pandai bahasa Arab."



Jawapan PM ini sungguh tidak menjawab soalan pokok iaitu mengapa Polis perlu menggunakan Bahasa Inggeris bukan Bahasa Melayu.?

Lantas, YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bangun sekali lagi menegur PM dengan berkata "saya fikir Perdana Menteri tidak jawab soalan. Tolong jawab soalan. Ini Polis Diraja Malaysia. Saya minta Perdana Menteri jawab soalan."

Maka, tak usahlah kita hairan mengapa kebelakangan ini ada Menteri Kerajaan PH yang sesuka hati mengeluarkan kenyataan rasmi bukan dalam Bahasa Melayu kerana PM sendiri gagal menghormati dan mengiktiraf Bahasa Kebangsaan kita.

Kata pepatah Melayu, 'bapa borek, anak rintik',"
tulis Ahmad Fadli Shaari dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi ini.

Naib Ketua Pemuda PAS itu turut mengaitkan tindakan Tun Mahathir yang tidak menjawab soalan itu sebagai membuka ruang kepada pihak lain khususnya menteri-menteri Pakatan Harapan memperlekehkan Bahasa Melayu.


Di laman sosial pula, sesetengah netizens berpendapat tindakan Mahathir yang menjawab secara sinikal dan menggunakan Bahasa Arab sebagai contoh adalah mungkin berniat untuk memperli pemimpin PAS secara tidak langsung. - 14 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...