Selasa, 14 Ogos 2018

Lim Guan Eng Bengang Gila Bila Tumpat Tak Faham Maksud 'Sesat'.

Dewan Rakyat |Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah bin Mat Nawi nampaknya marah apabila Lim Guan Eng menggunakan perkataan 'sesat' ketika menjawab soalan di Parlimen semalam.


Pada awalnya Tumpat diberikan laluan oleh Bagan untuk bertanyakan soalan;

"Nak cuba clearkan nama menteri juga, insya-Allah. Saya cuba nak memahami dalam suasana Dewan Negara belum lagi bersidang, tiba-tiba menteri beberapa kali membuat andaian. Yang mana Dewan Negara akan menolak, apa yang cuba dibawa oleh kerajaan untuk mengutip hasil dan sebagainya.

Dan bukan sekadar membuat andaian, tetapi menteri turut menyebut tindakan itu merupakan tindakan jahat dan sebagainya.

Jadi saya mahu bertanya kepada menteri, apakah menteri tidak menyakini sistem Parlimen, sehingga boleh membuat andaian sedemikian dan mengeluarkan perkataan jahat dan sebagainya.

Atau adakah menteri tidak lagi merasakan ahli-ahli senator sepatutnya kita ini bebas memberikan pandangan, bebas berfikir dan sebagainya. Sehingga kita mesti menetapkan, sekiranya mereka menentang maka itu adalah merupakan satu tindakan yang jahat.

Sedangkan kita mendengar perbahasan beberapa hari yang lalu, walau apa pun jawapan daripada menteri tetapi kita dapat melihat dalam suasana PAS yang memang menolak GST dan SST, tetapi kita dapat melihat hujah mempertahankan GST lebih dari SST, kita dapati tidak dapat dijawab dengan baik dengan pihak kerajaan. 

Walaubagaimanapun maknanya PAS jelas menolak samada GST mahupun SST. Dan kita yakin maknanya ahli-ahli Dewan Negara dari PAS memang akan menolak. Jadi tidak boleh menteri menyebut itu adalah satu tindakan jahat. 

Kerana itu adalah pendirian kita. Pendirian kita ialah tidak bersetuju dengan GST dan juga SST, cukai yang berasaskan kepenggunaan.

Dan ini bukan jahat, ini untuk kerja untuk membela rakyat.

Dan kita yakin lebih jahat kerajaan apabila membebankan rakyat dengan janji dengan pemahsuhan GST tiba-tiba rakyat dibebankan dengan SST. Saya rasa ini lebih jahat," katanya.

Lim Guan Eng dengan wajah kebosanan itu kemudiannya bangun dan menyatakan rasa kesal kerana memberikan laluan kepada Tumpat meskipun sesi soal jawab mengenai SST dan GST telah pun digulung.


"Saya agak kesal bagi jalan sama Tumpat la. Tadi, bila saya buat komen itu adalah disebelah depan ini. Mana saya ada sebut PAS," jawab Lim Guan Eng seperti nada 'bengang' kerana Tumpat dianggap salah faham akan kenyataannya. 

Tumpat bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan berkata Bagan sebelum ini ada menyebut tentang kerjasama PAS dan UMNO.

Lim Guan Eng yang dilihat seperti mahu marah, kemudiannya berkata : "Sudahlah, sudahlah. Saya rasa sudah salah sasaran. Saya rasa YB Tumpat sudah sesat nampaknya. Sudah sesat nampaknya, sudah sesat nampaknya," kata Lim Guan Eng. 

Tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut, Tumpat kemudiannya mempertikaikan Lim Guan Eng kerana menggunakan perkataan sesat lalu bertanyakan beberapa kali perkataan sesat itu ditujukan kepada siapa.

"Tuan Yang Dipertua, menteri sebut siapa sesat ini?," soal Tumpat.

Lim Guan Eng kemudiannya dengan nada marah berkata, "Duduklah.. aihh".

Lim Guan Eng juga menjelaskan perkataan sesat itu merujuk kepada hujah yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Tumpat. 

"You punya hujah dah sesatlah," jawab Lim Guan Eng dengan nada geram. 

"Kepada anda, hujah anda yang sesat," balas Lim Guan Eng lagi dalam nada yang semakin marah. 

Tumpat kemudiannya meminta Speaker mengarahkan Bagan menarik semula perkataan sesat.

"Atas alasan?," soal Speaker. 

"Sesat ini neraka," jawab Tumpat.

"Aiyah..," keluh Lim Guan Eng.

"Saya, tak terima," respon Speaker.

"Lainkali saya tak perlu la bagi jalan lagi," sampuk Lim Guan Eng.

"Lainkali saya kena bawa kamus la..," balas Speaker kemudiannya sambil tergelak.

"Hujah yang sesat bukannya orang," tegas Speaker sekali lagi apabila Tumpat masih mempertikaikan penggunaan frasa 'sesat' yang ditujukan padanya. - 14 Ogos 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...