Perkara itu didedahkan oleh PW Community malam tadi, sebuah kumpulan yang aktif menentang MLM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya syarikat yang dikaitkan dengan skandal penipuan ke atas pengguna.
![]() |
Gambar - PW Community |
"Menteri KPDNKK dan KPDNKK-Laman Rasmi dah kena lelong ni..
Kan kami dah bagitau. Memang akan dijaja nama tu nanti. Siap beritahu KPDNKK intiraf produk mereka (siap dengan gambar menteri).
Jadi, sanggupkah Tuan Saifuddin Nasution Ismail mengiktiraf produk mereka dan dakwaan-dakwaan karut yang pad boleh jimatkan elektrik, rawat migrain, cegah kanser dan lain-lain tu? Jika tidak sanggup, moleklah jika dibuat penafian tentang perkara ini.
Tuan Menteri kena ingat, pengundi-pengundi tuan menteri pun ramai yang di kalangan insan-insan cerdik. Jadi, jangan kecewakan mereka," tulis pentadbir halaman itu.
Semakan di laman sosial mendapati Aida Nasir masih mengekalkan post tersebut namun perkataan pengiktirafan telah ditukarkan kepada kelulusan.
Setakat ini KPDNKK dan Saifuddin Nasution belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai perkara ini. - 16 Ogos 2018.