Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Ogos 2018

Buat Masa Ini MakNyah Boleh Guna Tandas OKU - Fuziah Salleh.

Oleh : Malaysiakini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berpendapat, masyarakat perlu melihat masalah golongan transgender secara menyeluruh.

Justeru, berhubung penggunaan tandas, anggota parlimen Kuantan berkata mungkin ketika ini golongan mak nyah boleh menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) jika mereka tidak selesa menggunakan tandas lelaki.


"Kita kena lihat secara keseluruhan, transgender ini ada. Mereka kelompok kecil.

"Selama ini isu tandas tak timbul tapi oleh kerana isu ini besar maka timbul soalan pelbagai.

"Secara psikologi mereka ini ialah wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki, mereka akan rasa tak selamat tak selesa ke tandas lelaki.

“Akan tetapi bila ke tandas perempuan, perempuan juga tak selesa sedangkan selama ni orang perempuan tak rasa apa.

“Oleh kerana isu ini dah jadi isu besar, ia timbul dilema oleh golongan transgender.

"Buat masa ini, mungkin itu (menggunakan tandas OKU) ialah penyelesaiannya,"
katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau diminta pemberita menjelaskan penggunaan tandas OKU oleh golongan transgender.

Bagaimanapun, Fuziah menegaskan, isu tandas bukan isu utama.

Sebaliknya, kata wakil rakyat PKR itu, kerajaan memberi perhatian kepada usaha membawa golongan berkenaan kepada fitrah.

"Kita perlu cakap mengenai isu ini kerana penting untuk bantu mereka kembali kepada fitrah.

"Dalam proses itu kita kena hadapi beberapa situasi yang kita tidak boleh nafikan.

“Saya harap usaha kita berjaya untuk keluarkan mereka dari lorong. Ia isu yang lebih besar berbanding isu tandas,"
ujarnya lagi. - 13 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...