"Pulang ke Malaysia dan berdepan dengan pihak berkuasa. Jika anda tidak bersalah, berhenti bersembunyi.Come back to Malaysia and face the authorities. If you are innocent, stop hiding. For as long as you are on the run & the other related court cases (SRC) remain pending, my party cannot move beyond the 1MDB issue & rebuild. https://t.co/bKwGQ6uZFW— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 12, 2018
Selagi mana anda melarikan diri dan mengelak dari menghadapi siasatan termasuklah kes SRC yang masih sedang ditangguhkan (siasatannya), maka parti saya sukar untuk melepaskan diri dari dakwaan penyelewengan 1MDB, bahkan susah untuk dibina semula (reputasinya)," tulis Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.
KJ berkicau sambil berkongsikan pautan berita mengenai Jho Low yang dilaporkan mempertikaikan tindakan Mahathir Mohammad mengenai penyitaan kapal mewah Equanimity yang baru-baru ini tiba di pelabuhan Malaysia.
Kapal mewah itu turut dikaitkan dengan skandal 1MDB dan didakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri dari rakyat.
Kicauan KJ itu bagaimanapun mengundang kritikan ke atas dirinya yang diperli oleh sesetengah netizens yang beranggapan kenapa baru sekarang KJ menyuarakan hal tersebut.
Namun penyokong KJ dengan pantas membela bekas ketua pemuda UMNO itu dengan memberikan bukti bahawanya KJ sebenarnya telah lama menyuarakan pandangan yang Jho Low seharusnya pulang ke Malaysia bagi menghadapi siasatan atas dakwaan menyeleweng dana 1MDB menerusi SRC International. - 12 Ogos 2018.